Posts

Showing posts from June 26, 2010

keindahan hati

Image
Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi..., Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh. Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa; "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28) Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu. Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan b