Kata-Kata Hikmah Khulafa Ar-Rasyidin
Abu Bakar radhiallahu anhu berkata: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu: 1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; 2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; 3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna Umar bin Khattab radhiallahu anhu berkata: Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Utsman bin Affan radhiallahu anhu berkata: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 1. Hatinya selalu berniat suci 2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 3. Kedua matanya menangis kerana pen...