Posts

Showing posts from May 1, 2010

Sekadar Renungan

Image
Sekadar renungan ... Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup: 1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya. 2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah. 3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya. 4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya. 5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau. 6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat. 7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat. 8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

PMRAM TIDAK PERNAH MENYUSAHKAN MAHASISWA: PRESIDEN PMRAM 2010

Image
Sebagai sebuah persatuan induk yang menyatukan suara anak-anak Melayu di Mesir ini, PMRAM tidak pernah melaksanakan suatu polisi gerak kerja yang menyusahkan mana-mana pihak. Bahkan PMRAM dikenali dengan persatuan yang beorientasikan kebajikan kepada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir. ISU KEBAJIKAN Di peringkat PMRAM, kebajikan yang disalurkan bukanlah hanya tertumpu pada kewangan samata-mata bahkan lebih meluas daripada perkara tersebut. PMRAM menekankan kebajikan mahasiswa dari segi keselamatan, pendidikan, thaqafah, kesihatan dan lain-lain. Dengan bahasa realitinya, PMRAM mementingkan soal akademik mahasiswa dengan melaksanakan 'study group' berpusat, kelas tutorial, kempen sifar rasib dan lain-lain. Sebagai bukti kesungguhan PMRAM dalam perkara ini, setiap tahun PMRAM mengkaji statistik keberjayaan mahasiswa Malaysia di Mesir. Sehingga kini, PMRAM cuba menghadapi isu mahasiswa qiraat Shoubra dan Mansurah dengan melibatkan pihak berwajib dalam menangani masalah ini. ISU PE...

RINTANGAN PERJUANGAN KEHIDUPAN PENDAKWAH

Image
Ketahuillah wahai saudaraku para juru dakwah, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala pasti mengenakan cubaan kepadamu. Dia akan menguji hakikatmu. Benar-benar seperti yang pernah dinyatakannya di dalam Al Qur’an dengan firmanNya: الم ( 1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَن یُتْرَآُوا أَن یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ ( 2) وَلَقَدْ ( فَتَنَّا الَّذِینَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِینَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ( 3 “Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al Ankabut 1-3) Di dalam hadith dinyatakan: الشد الناس بلاء الأ نبياء ثم الأ مثل فالأ مثل “Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas it...