Posts

Showing posts from July 12, 2010

mereka yang berjaya

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Berjaya atau gagal untuk mencapai hasrat tersebut bergantung sejauh mana usaha dan perancangan yang teliti dan berterusan yang telah dilaksanakan.

Kalian juga pasti memiliki hasrat untuk berjaya, samaada berjaya dalam pelajaran, kerjaya atau perniagaan. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, agama progresif dan dinamik yang amat menggalakkan agar umatnya berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat.

Sebelum kalian memburu kejayaan yang dicita-citakan perkara penting yang perlu diperhatikan adalah membina dahulu cemerlang dalam akhlak dan keperibadian dan perhubungan sesama manusia. Kalian perlulah berusaha dan memenuhi syarat ini terlebih dahulu, barulah ia akan jadi pelengkap kepada kejayaan kalian.

Apakah ciri-ciri kejayaan yang di pelupori oleh pejuang dan cendikiawan Islam yang telah berjaya memberi sumbangan yang besar ke atas kehidupan manusia? …