Posts

Showing posts from October, 2013

Lagu Sekolah

Image
Sk Tanjung Labian,
Destinasi utama ilmu,
Agar menjadi pedoman,
Agar hidup sentiasa maju,

Sk Tanjung Labian,
Namamu indah diingatan,
Sepanjang hayat tersemat,
Jasamu tetap diingat,

Cita-cita bersemadi,
Dari bimbingan guru sejati,
Penggerak semangat juang,
Jasamu tetap dijulang

Sk Tanjung Labian,
Kaulah tunggak kemegahan,
Warisan sepanjang zaman,
Tegak berdiri capai wawasan.


DUnia Pendidik

Image
Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan sekalian alam, sekian lama ruangan ini ditinggalkan bagi memenuhi tuntutan sebagai pemegang amanah dan agen penyebar ilmu, akhirnya dapat juga menyelinap mencuri masa untuk menulis.

Kini saya berada di suatu kawasan yang menarik bagi diri saya, kawasan persekitaran sekolah yang berhadapan dengan lautan biru yang luas, menyegarkan mata, jauh dari keluarga yang tercinta, jauh dari kesibukan ibu kota.

Jika satu ketika dulu, saya berkhidmat sebagai pendidik di SJK (C) Lai Meng, di tengah-tengah kesibukan bandaraya, berhampiran dengan KLCC,



kini, saya di tempatkan di sekolah yang jauh dari bandar, terletak dipenghujung peta Sabah

Sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk ke Bandar Lahad Datu, terletak di Tanjung Labian, jika dilihat di dalam peta, ianya terletak di hidung :)


Alhamdulillah, saya disini, mencurah bakti, ingin berkongsi, menyampaikan amanah ilmu, buat anak bangsa sendiri, moga-moga doa diiringi, buat diri yang lemah disisi Tuh…