selagi ada masa | uruslah masa sebaiknya |
Semua yang dikasihi kerana Allah, Didoakan moga sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan. Juga menjadi sebaik-baik insan yang membawa kebaikan orang lain. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".(Al-Asr: 1-3) Berpandukan ayat berkenaan, setiap mukmin semestinya mengisi seluruh masa hidup dengan amalan kebaikan. Juga perlu memberi perhatian serius dalam menghargai masa. Tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Mahupun menghabiskan masa dengan amal perbuatan yang dilarang dan dimurkai Allah SWT. Juga ingatlah! Rasulullah SAW bersabda; "Rebutlah(pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain; Masa hidup sebelum datang kematian, Masa sihat sebelum datang penyakit, Masa lapang sebelum dipenuhi kesibukan, Masa muda yang kuat sebelum tua, dan Masa kaya sebelum fakir"...