Sunday, June 20

TAUBAT~






Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim


Ingat
mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim


Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


*****************************

sebelum terlambat~

mereka dah tempuh....kita akan menyusul

rahsia cap jari


Bentuk pola mampu dedahkan personaliti, potensi individu CAP jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.


Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil bawaan genetik. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa untuk dicanai bagi merungkai rahsia diri seseorang. Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik - ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya. Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak. Dermatoglifik pula adalah tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya. Analisis cap jari ini menjadi antara khidmat yang disediakan syarikat perundingan, Airborne Discovery Sdn Bhd yang berpejabat di Shah Alam, Selangor. Pengurusnya, Hanizah Ujang, berkata cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah. “Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak,” katanya. Namun, tegas Hanizah, tujuan dan manfaat analisis cap jari adalah untuk mengetahui potensi bakat, kecerdasan, watak dan motivasi individu dan tiada kena mengena dengan perbuatan meramal masa depan seperti menilik nasib berasaskan tapak tangan (Palmistry) dan sebagainya. “Kaedah ini boleh dijadikan sumber rujukan berdasarkan potensi genetik untuk menentukan kejayaan masa depan, bukan untuk mengetahui masa depan. Memandangkan analisa dibuat melalui teori dan metodologi ilmiah dan proses perhitungan logik maka laporan adalah tepat berdasarkan data statistik dan biometrik. “Masyarakat kini tidak lagi meletakkan kepentingan akademik sebagai kayu pengukur kejayaan dalam hidup secara seratus peratus, potensi bakat juga dilihat dan dinilai dalam diri seseorang kerana sebagai manusia kita dilahirkan unik. Ada kalanya kelebihan orang lain adalah kekurangan pada kita dan di situlah cabaran untuk kita memperbaiki diri,” katanya. Bagi anak ‘auditory’ (gemar belajar dengan iringan suara, muzik dan bahasa) misalnya perlukan pendekatan berbeza berbanding anak kinestetik (menyukai pembelajaran dengan gerakan, pancaindera dan praktikal) dan visual (menyukai pembelajaran dengan gambar, grafik, foto dan tampilan). Begitu juga kedudukan mereka dalam kelas dan cara untuk berkomunikasi dengannya atau kalangan majikan, pekerja, pelajar, ibu, bapa dan individu lain. Menurut Hanizah, teknologi analisis cap jari mula dipelopori lebih 25 tahun lalu di Amerika Syarikat (AS) terutama bahagian forensik Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hanya selepas dua tahun kaedah ini tersebar di Singapura dan Indonesia barulah ia sampai ke sini. Katanya, sejak mula beroperasi lebih dua tahun lalu, syarikat Airborne Discovery sudah mempunyai 5,000 pangkalan data sampel cap jari. Kaedah ini bukan saja banyak memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak sebagai panduan memilih jurusan yang sesuai berdasarkan potensi diri, mengesan gaya pembelajaran yang sesuai dan efektif malah berupaya merancang masa depan dan kerjaya yang sesuai dengan bakat. “Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara terutama kalangan perunding motivasi dalam membina sahsiah diri, majikan, ketua jabatan, guru-guru khidmat bimbingan dan kaunseling, penghuni pusat pemulihan akhlak serta pesalah juvana, golongan berkerjaya malah pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.” Bagi menjaga sensitiviti pelanggan yang majoriti beragama Islam, kaedah ini mempunyai panel syariah sendiri iaitu Penasihat dakwah untuk Kerajaan Negeri Selangor, Dr Azahar Yaakob yang juga Pensyarah Pengajian Islam UTM dan diiktiraf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). “Kami juga menitikberatkan soal keselamatan data yang tersimpan dalam pangkalan datanya. Menjadi amalan penganalisis untuk memusnahkan imej sampel cap jari mengikut tempoh yang sudah ditetapkan iaitu satu hingga tiga bulan,” katanya 8 perkara asas analisis cap jari “Sejak kecil hingga berkahwin dan beranak pinak, satu soalan yang masih sukar untuk dijawab hingga kini ialah adakah salasilah dalam keluarga yang berkahwin dengan orang asing? Adakah saya berdarah campur?” kata Zenora Ibrahim, 35, salah seorang pelanggan Airborne Discovery Sdn Bhd. Pelbagai soalan timbul kerana pertama mungkin rupa paras, nama selain perwatakannya yang ceria, mesra dan mudah untuk didekati. “Hidup tanpa kepastian memang cukup menyeksakan, dan maklumat mengenai salasilah keluarga menjadi semakin sukar kerana perpisahan dan juga kematian, jadi saya hilang punca dan tiada sumber untuk merujuk hal berkaitan keturunan dan darah,” kata Eksekutif Perhubungan Awam di sebuah firma swasta di ibu negara. Mengetahui mengenai kaedah yang diperkenalkan AD selepas terlihat pameran mereka di sebuah pusat membeli belah. Selepas membuat temujanji semua persoalan semakin jelas. “Analisis itu ternyata satu kejutan buat saya, berdasarkan rupa bentuk atau pola cap jari jenis lengkungan (arches), saya memang sah berdarah kacukan. Apapun, salasilah keturunan dan bangsa masih lagi satu misteri namun apa yang pasti arwah moyang saya adalah seorang guru taranum begitu juga ibu yang berbakat mengaji dengan baik manakala ayah yang berkebolehan bermain muzik.” Hasil analisis itu juga menjelaskan ibu kepada tiga orang anak ini punya kecenderungan yang besar terhadap muzik. Laporan itu turut mendedahkan tabiat Zenora sewaktu menuntut yang tidak boleh belajar tanpa mendengar muzik. Ternyata Zenora jatuh dalam kategori pelajar auditory iaitu lebih menyukai pembelajaran dengan suara, muzik dan bahasa. Laporan itu turut menggambarkan bahawa otak kanan Zenora yang mewakili kreativiti, warna, seni, visual, intuisi, idea, khayalan, muzik, bentuk dan ruang lebih dominan berbanding otak kiri, yang begitu cenderung terhadap sesuatu yang artistik. Apa yang sebenarnya berlaku adalah, perisian khas analisis imbasan cap jari akan memproses dan menilai lapan subjek atau perkara menerusi data yang diperoleh iaitu Ujian otak kanan otak kiri; Ujian potensi kompetensi multiple intelligence; Ujian pengambilan/penempatan pekerja; Ujian gaya belajar; Ujian kepekaan belajar; ujian keperibadian; Alternatif kerjaya dan Cadangan gaya kerja. Laporan analisis oleh penganalisis yang siap akan dicetak dan dibukukan dalam Buku Bakat. Menerusi laporan analisis ini penganalisis akan berbincang dengan pelanggan mengenai maksud, interpretasi dan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan dalam merancang kejayaan dan masa depan pelanggan di mana proses ini hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Laporan analisis ini juga membolehkan penganalisa mengesan Kecerdasan secara majmuk (multiple intelligence) supaya pelanggan lebih fokus dan terarah pada bidang tugas yang paling sesuai dengan potensi dan bakatnya. INFO: Proses cap jari
  • Sampel cap jari peserta diambil (sepuluh jari satu persatu)
  • Sistem komputer mengumpulkan dan menganalisa data cap jari
  • Perisian khas akan menganalisa data cap jari berdasarkan ilmu Neuroscience dan Dermatoglifik
  • Fungsi kerja otak dipetakan
  • Laporan Hasil Analisa Potensi Bakat dan proses rundingan.




  • Sujud....munajat...taubat.....

    SUJUD

    Di keheningan malam
    Ku bersujud pada MU
    Di perpaduan malam
    Bermunajat pada MU Tuhan

    Tuhan ampunkan segala dosa-dosaku

    Kuharap hanya pada MU
    Engkaulah harapanku

    Bersimpuh memohon

    Ampunan MU oh Tuhan
    Ku malu banyak meminta
    Di atas segala dosaku

    Ku sadari oh Tuhan

    Diri ini lemah dan hina
    Perlukan pimpinanmu
    Di dalam kehidupanku
    Oh Tuhan layakkah
    Diriku ke syurgamu
    Ku banyak berbuat dosa
    Lupakan perintahmu

    Menitis air mata

    Mengenangkan dosa pada MU
    ku sering lupakanmu
    Ku sering lalai dengan MU


    MUNAJAT

    Bilakah hatiku
    Termenung seorang diri
    Teringat dosa - dosaku
    Yang pernah aku perbuat

    Tangisan mataku
    Berlinang tiada jemu
    Bersujud untuk berdo?a
    Menyesal atas sgalanya

    Berdo?a dalam hatiku
    Kepada tuhanku
    Maha pengasih
    Dan maha penyayang
    Kepada semua hambanya

    Ya ? Allah ampuni dosa
    Hamba yang hina dihadapanmu
    Terimalah keikhlasan hati
    Padamu Allah,
    Ku memohon atas namamu

    TAUBAT

    Dengarlah hai sobat
    Saat kau maksiat
    Dan kau bayangkan ajal mendekat
    Apa kan kau buat
    Kau takkan selamat
    Pasti dirimu habis dan tamat

    Bukan ku sok taat
    Sebelum terlambat
    Ayo sama-sama kita taubat
    Dunia sesaat
    Awas kau tersesat
    Ingatlah masih ada akhirat

    Astafighrullahal’adzim


    Ingat
    mati, ingat sakit
    Ingatlah saat kau sulit
    Ingat ingat hidup cuman satu kali

    Berapa dosa kau buat
    Berapa kali maksiat
    Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

    Cepat ucap astafighrullahal’adzim

    Pandanglah ke sana
    Lihat yang di sana
    Mereka yang terbaring di tanah
    Bukankah mereka
    Pernah hidup juga
    Kita pun kan menyusul mereka

    Astafighrullahal’adzim


    Cepat ucap astafighrullahal’adzim


    Cepat ucap astafighrullahal’adzim
    Cepat ucap astafighrullahal’adzim



    ~sementara masa berbaki~




    ************************************

    Ya ALLAH.....aku bermohon kepadaMU.....terimalah ahu menjadi tentera agamaMU....

    Ya ALLAH...aku wakafkan diriku ini ke jalan MU......


    روسليزان بن محمد يوسف


    *******************************

    petang ni peksa qadaya...doakan saya....

    .::selamat hari ayah::.


    tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
    hinggalah sekarang baru aku tersedar
    ia sudah melimpah ruah….

    kerana abah aku disini
    kerana abah aku gembira
    kerana abah kuterasa bahagia…
    abah oh abah

    abah…
    semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
    semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
    semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
    abah…
    ketika aku mengalah…
    engkau semangatku
    ketika aku sakit…
    engkau penawarku
    ketika aku bersedih…
    kau air mataku
    ketika aku ketawa
    engkau riangku
    dan ketika engkau berduka?
    aku harap akulah penawar duka laramu
    selamat hari bapa


    ******************************
    rindu abah~

    Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

    Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...