Posts

Showing posts from March, 2009

Hadith Kedua

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu. ( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tent

Berita Ku Petik Dari Harakahdaily

Ustaz Khairul 'semangatmu' akan terus hidup dijiwa anak muda Badrul Hisham Shaharin Fri | Mar 20, 09 | 2:58:52 pm MYT Ustaz Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi saya kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa. Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini. Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi. Semalam saya mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Dato' Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon. Kudin (Pegawai YB Taufek Abdul Ghani) memaklumkan Ustaz Khairul kritikal dan kin

Ayam....Hati ?Pe kaitan?

Salam... aku baru pas tengok berita... dalam tu de berita tentang ayam... erm..terjadi kat negeri selangor... ayam-ayam xsembelih ngan baik... pastu bercampur ngan ayam yang dicucuk je... huhuhu lagi sedih ayam2 tu dijual kepada restoran2 sekitar selangor... huhuhu....cane ek? makanan yang dimakan akan jadi darah... binatang yang xdisembelih,jadinye bangkai... Ya ALLAH pelihara la kami...jangan jadikan kami berhati keras....

Al-Fatihah Buat Pejuang

Kepada sahabat2... seorang pejuang agama telah kembali ke rahmatullah... marilah kita sedekahkan Al-Fatihah beserta doa agar rohnya ditempatkan bersama dengan kekasih dan pejuang2 agama ALLAH,beliau ialah Ustaz Haji Khairul Azhar Kamaruddin (hj Khir) (negeri sembilan)yang meninggal dunia kerana demam denggi. Allahyarham adalah mantan Penasihat PMRAM. Alfatihah... Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Hari Rabu Yang Cukup Seronok

Huhuhu...xtau la cane nak cakap...benda ni mungkin aku je rasa seronok... macam biasa aku ke kuliah setiap hari..erm...ke kuliah ni da jadi kewajipan kat aku,sbb aku da janji kat mak nak ke kuliah setiap ari...jadi Alhamdulillah sejak mula datang ke Mesir hingga ke arini aku rasa xpenah mungkir janjiku tu... Jadi hari rabu bersamaan 18hb 3 2009,aku ke kuliah macam ari2 biasa,aku datang kelas fiqh muqaran...kelas mula kul 1 sampai kul 3....jadi macam biasa la...DR ngaja...tapi aku rasa bersemangat je dalam kelas kali ni...dan dalam 3 tahun aku ikuti kuliah di Al-Azhar...baru arini aku dapat jawab soalan DR n DR berpuas ati ngan jawapan aku...huhu...selalu aku bg jawapan tergagap-gagap..tapi kali ni Alhamdulillah dapat jawab...ni la yang membuatkan aku rasa seronok sangat...yela...bukan senang nak jawab spontan....hehehe Tapi ape2 pun jom la ramai2 penuhkan kuliah...best g kuliah tu...macam2 nak cerita pas blik kuliah...bila lagi nak dapat rasa susah macam para ulama' terdahulu..baru

Hadis

Image
Terjemahan Hadis Pertama Dari Kitab HADIS 40. Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Kata-Kata Hikmah Khulafa Ar-Rasyidin

Image
Abu Bakar radhiallahu anhu berkata: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu: 1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; 2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; 3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; 4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna Umar bin Khattab radhiallahu anhu berkata: Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Utsman bin Affan radhiallahu anhu berkata: Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: 1. Hatinya selalu berniat suci 2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah 3. Kedua matanya menangis kerana pen

Ceritera Cinta Murabbi Terulung

Bersempena dengan sambutan maulidur rasul yang kita sambut setiap tahun,ana tertarik untuk mencoret sesuatu bagi mengisi ruangan ini. Detik 12 RabiulAwal,semua individu di seluruh pelosok dunia ini yang mengikuti dan mengetahui sejarah peradaban dunia mahupun sejarah islam mengakui bahawa telah lahirnya seorang Insan Yang Menjadi Pilihan Allah dan Insan Yang dinantikan kelahirannya oleh seluruh isi dunia pada masa itu,yang dapat mengembalikan keharmonian dunia dan sahsiah masyarakat dunia pada masa itu,Beliau yang ana maksudkan dan telah pun diketahui oleh pembaca,tak lain insan yang dimaksudkan adalah Insan Yang Ke Atasnya Selawat Dan Salam,Kekasih hati kami dan kekasih ALLAH SWT Nabi MUHAMMAD SAW. KelahiranNya ke atas dunia ini bagaikan Penyelamat ke atas dunia.Seprti mana yang kita ketahui dari sirah kehidupan Baginda,banyak liku-liku kesusahan dan kepayahan,jika kita perhatikan Baginda juga diuji oleh ALLAH SWT ketika masih bayi lagi sehingga Baginda dewasa,apetah lagi selepas Bagi

Ape Tafsiran Anda tentang Gambar ni?

Image

Di Antara Kata - Kata Nasihat Imam As-Syafie R.A :-

1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya. 2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya. 3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

Sifat Sahabat

01. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 02. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 03. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, nescaya ia akan membantumu. 04. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, nescaya ia akan menerima dengan baik. 05. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu, nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 06. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, nescaya ia akan menutupnya. 07. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, nescaya ia akan mengusahakannya. 08. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu. 09. Jika datang sesuatu bencana menimpa

20 Perkara 'Jangan'.

01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. 02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 07. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 09. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh