Posts

Showing posts from 2012

Jika hari ini, andai hari esok

Image
Hari ini kita sakit hati dengan leteran ibu.. Hari ini kita sakit hati dengan permintaan ibu yang bermacam-macam.. Hari ini kita sakit hati dengan ibu yang selalu mengongkong kebebasan kita.. Tetapi..hari esok bila ibu sudah tiada,kita bukan lagi sakit hati..kita akan HANCUR HATI kerana tidak sempat berbakti kepadanya.. Tahukah anda..orang yang ketiadaan ibu sanggup membayar seberapa harga pun dan sanggup buat apa saja jika diberi peluang untuk bertemu kembali ibu mereka walaupun sesaat.. Jadi anda yang masih mempunyai ibubapa ,hargailah dan berbaktilah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada..♥ ~Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu ~ ****** Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak berma

Kisah pekerja buruh dan duit syiling

Image
Sentiasalah kita mendongak ke langit tanda syukur atas pemberian-NYA. Ting..... Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Ting.... Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu di

tingkap hati

Image
Satu pasangan muda yang baru berkahwin menetap di sebuah rumah taman perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui tingkap kaca. Dia melihat jirannya sedang menyidai kain. "Ish, awat kain hat dia basuh tu nampak tak bersih?", kata si isteri kepada suaminya. "Macam tak reti cuci kain jaa. Mungkin dia patut pakai sabun cuci hat bagus sket." Suaminya menoleh ke arah tingkap kaca, tetapi hanya diam dan tidak memberi sebarang komen. Sejak hari itu setiap kali jirannya menyidai pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya pakaian yg dicuci jirannya. Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian2 yang disidai jirannya terlihat cantik dan bersih, dan dia berkata kepada suaminya," Bang2, tengok tu, jiran kita dah belajaq bagaimana mencuci kain dgn betul. Macam tu la baru orang panggil cuci kain. Sabun apa yang dia pakai agaknya ye?" Si suami yg mendengaq potpet2 isterinya itu lalu berkata, "Taktau l

jangan sampai lupa nikmat

Image
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.. Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anakterkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan... dengan hati yang berat...kotak itu be

Baju sekolah

Image
Cerita ini saya salin kerana ianya bermanfaat :) Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kot or. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah

Cinta Dan Kecantikan

Image
"Boleh saya melihat bayi saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berpaling memandang ke arah luar jendela hospital. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga! Waktu membuktikan bahawa pendengaran bayi yang kini telah tumbuh menjadi seorang anak itu bekerja dengan sempurna. Hanya penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk. Suatu hari anak lelaki itu bergegas pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya di pelukan sang ibu yang menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Anak lelaki itu terisak-isak berkata, "Seorang anak laki-laki besar mengejekku. Katanya, aku ini makhluk aneh." Anak lelaki itu meningkat dewasa. Ia cukup tampan dengan cacatnya. Dia pun disukai teman-teman sekolahnya. Ia juga mengembangkan bakatnya di bidang musik

11 Teknik Memperbaiki Displin Bilik Darjah

Image
1. Berfokus Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berb

Perompak Silap

Image
Ada dua orang perompak Bank terkenal dan selalu menjadi buruan polis.  Malam itu, mereka berniat merompak sebuah bank baru dekat rumah mereka. Mereka sudah membayangkan betapa banyak duit di sana, karana selalu banyak pelanggan. Malam itu, mereka menyelinap ke dalam bank.  Ketika peti bank dibuka,  udara dingin seperti kulkas keluar dari dalam peti.  Karena takut nanti membeku, pintu mereka biarkan terbuka.  Di dalam, mereka sangat bingung karena ada begitu banyak  peti. Peti pertama dibuka, isinya agar - agar!  Mereka tambah bingung lagi! Karena kebetulan belum makan, mereka habiskan agar - agar di dalam peti itu. Peti kedua, isinya agar - agar lagi!  Ya sudah, mereka makan lagi.  Peti ketiga,  Isinya agar-agar lagi! karena kesal, mereka buka semua petinya,  isinya semua agar - agar!  Karena masih lapar,  mereka makan saja semua!  Karena tidak ada duit,  mereka akhirnya pulang.  Esoknya, di Halaman depan Newspaper, 

Seorang Gadis Bernama Li-Li

Image
Seorang gadis Cina bernama Li-Li menikah dan tinggal bersama suami dan ibu mertua. Semenjak itu, Li-Li menyedari bahwa dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya dalam semua perkara. Sikap dan prinsip mereka berbeza dan Li-Li sangat marah dan tidak begitu menyenangi ibu mertuanya. Li-Li juga sering dikritik ibu mertuanya. Hari demi hari, minggu demi minggu, Li-Li dan ibu mertua tidak pernah berhenti berleter dan bertengkar. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana berdasarkan tradisi Cina, Li-Li harus taat kepada setiap permintaan ibu mertua. Semua ketegangan dan pertengkaran di dalam rumah menyebabkan si suami yang miskin itu berada di dalam tekanan. Akhirnya, Li-Li tidak tahan lagi dengan sikap panas baran dan dominasi ibu mertuanya, dan dia memutuskan untuk melakukan sesuatu. Li-Li pergi menemui teman baik ayahnya, Mr. Huang, yang menjual herba ubatan Cina. Li-Li menceritakan segala masalah yang dialaminya dan meminta Mr.Huang memberinya sejumlah racun supaya masala