Posts

Showing posts from August, 2009

Sambutan Siswa/wi Baru Perak

Image
Assalamualaikum... 26hb 8 2009.... Rabu.... ana dan rakan2 dari Negeri Perak telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput siswa/wi baru yang datang dari Negeri Perak.. ni la keadaan sahabat2 yang xsabar2 menanti kedatangan sahabat2 baru dari Malaysia... sambil membawa sepanduk.. > perak dengan menaiki bas yang bertanggungjawab mengambil kami pergi dan pulang dari lapangan terbang... ni lah wajah2 siswa2 baru bagi negeri Perak kelihatan sahabat2 sedang bekerja bagi melancarkan perjalanan pulang ke tempat penginapan pelajar... tanpa menghiraukan lapar dan dahaga di bulan puasa.... semakin gagah mereka di bulan puasa BP ANGKAT PERAK tempat tujuan maka selamat sampai siswa siswi baru ke tempat penginapan mereka di Mesir iaitu Rumah Negeri Perak di Mesir..... Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat...dah la dalam bulan puasa...korang tetap semangat,jad

Tarbiah Ramadhan

Image
Assalamualaikum... Kehadiran Ramadhan kali ini di sambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat(ye ke?) ramadhan yang dikatakan sebagai penghulu segala bulan,bulan pengampunan,bulan rahmat... Yang penting,bulan ramadhan ini memang satu bulan yang istimewa,kerana dianya juga adalah bulan tarbiah dan pengorbanan... Jika kita imbau sejarah,bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW bersama sahabat2 Baginda melakukan pengorbanan dalam meneruskan perjuangan menyebarkan agama Allah sehingga sanggup bergadai nyawa walaupun di dalam bulan Ramadhan,hingga terjadilah dalam rentetan sejarah peperangan2 yang hebat seperti Peperangan Badar Al Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan dengan 624 Masihi. Peperangan lain adalah seperti Peperangan Al qadisiyah,peperangan Andalusia(Spain),Peperangan Hittin,Peperangan Tentera Tartar,semuanya menjadi saksi keramat Ramadhan dan kemenangan islam. Ada juga segelintir orang beranggapan bahawa kehadiran Ramadhan ini sebagai sebuah Madrasah bag

Syukran

Image
Salam Ramadhan... mekasih kepada pemberi award ni.... http://www.muslimahatiku.blogspot.com/

Kemeriahan yang berterusan

Semalam telah berlangsung majlis penutup ekspo Gempak PMRAM di dataran HAYYU ASYIR... Majlis yang di hadiri oleh lebih dari 2 ribu pelajar yang menuntut di Bumi Mesir ini memang amat2 mengagumkan ana. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengarah program iaitu Us. Jamal,kemudian di susuli pula dengan ucapan dari Presiden PMRAM Us. Muiz,Dan kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Us. Hairul Nizam. Dalam ucapan Us.Hairul Nizam,beliau menegaskan tentang peranan kita di Bumi Anbiya' ini,beliau memperingatkan kita tentang hadaf kita ke sini,tak lain dan tak bukan iaitu mencari ilmu,tetapi beliau menimbulakan persoalan kepada sidang penonton tentang berapa ramai yang datang ke sini yang benar2 melaksanakan hadafnya iaitu menuntut ilmu...Beliau juga memperingatkan kita semua bahawa menuntut ilmu di luar negara ini merupakan amanah dan tanggungjawab..Dan setiap yang dipertanggungjawabkan akan disoal mengenai tanggungannya(amanah). Dan selepas itu program di teruskan dengan persemba

Gambar expo yang Gempak

Image

Ahlan Wasahlan kepada siswa/wi Baru 09/10

Image
Hari ini 9 Ogos 2009,insyaALLAH kami pelajar-pelajar Negeri Sembilan Di Mesir akan menyambut ketibaan sekumpulan @ jemaah(BUKAN JEMAAH HAJI) pelajar siswa n siswi baru yang akan menyambung pelajaran di sini... Jadi,kami semua mengucapkan selamat datang kepada mereka,beserta nasihat supaya bersedia dan sentiasa tajdid niat semasa belajar di sini supaya kita tidak terpesong... Seperti tahun-tahun lalu,sajian makanan di sediakan supaya siswa/wi baru ini tak terputus terus ngan makanan2 dan masakan2 neegara kita,cuma capati dan tosei tak dapat la di sediakan... Sekian,

Expo Gempak Yang Memang Gempak

Image
Gempak,Hebat,Gah.... Huish,rasa macam berada kat Malaysia je apabila ana melihat sendiri semangat dan kerjasama anak-anak Malaysia di Mesir ini merayakan sambutan Hari Kebangsaan Negara kita ... Erm..gambar xsempat nak upload sebb kekurangan masa,jadi sempat nak cerita sikit2 je... Majlis bermula dengan persembahan dari anak-anak Malaysia di Mesir,Ini barula menunjukkan satu Malaysia,Bermula dengan persembahan dari pelajar-pelajar Buuth,kenudian di susuli dengan paluan kompang beserta lagu-lagu yang best oleh anak-anak negeri Johor,paluan kompang di sertai dengan lagu-lagu seperti can malican,ala omak kawin kan aku dan jit-jit semut memang memukau para penonton yang hadir menjayakan program... Majlis kemudian di susuli dengan persembahan seni mempertahankan dir iaitu seni taekwondo...setiap terjahan dan aksi peserta taekwondo ini memang menunjukkan bahawa para daie @ ustaz juga perlu menguasai ilmu mempertahankan diri... Acara di teruskan lagi dengan persembahan konvoi motosikal membaw

Ingin Mencuba

Image
Assalamualaikum kepada semua... ini hasil percubaan ana yang baru belajar cara2 nak buat banner... walaupun hasilnya tak berapa best... tapi ini la yang mampu di buat bagi org yang baru belajar n mahu mencuba..... e-jan

Hadis ke-7

Dari Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah an-nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi Imam-imam kaum Muslimin dan orang awamnya(seluruh kaum muslimin). '

Debaran berakhir penyuntik semangat baru

Image
assalamualaikum kepada semua pembaca n pengunjung... alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana setiap anugerah dan nikmatnya kepada kita semua makhluk... Sepertimana yang kita ketahui,pengajian di bumi anbiya' ini banyak dugaan dan cabaran... tak usah la nak bercerita tentang dugaan dan cabaran tu,sebenarnya arini ana nak berkongsi sesuatau.... Biasalah,selepas imtihan kita semua akan menunggu natijah,dan sistem di Al-azhar yang menggunakan cara pengulangan tahun sekiranya gagal adalah perkara yang menakutkan... seperti orang lain,bermula Bulan Ogos,pasti berdebar-debar menunggu natijah yang bakal di tampal... Dahla 1hb orang nak buat demontrasi....semangat da ada,tapi comeh ngan natijah lagi tinggi....erm.....percubaan menenangkan diri sehingga demam...huhuhu... bertambah lagi debaran dan perasaan cemas,kerana 2hb ogos adalah ulang tahun kelahiran ibuku.... Arrrrggghhh...perasaan cemas bertambah-tambah...ana leka memikirkan natijah yang bakal keluar...sehingga demam...huhuhu... Menjela

Titian Pemandangan

Salam sejahtera kepada semua... tujuan entri kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran pada diriku semata-mata... Alhamdulillah kita di lahirkan dalam keadaan kita ni beragama islam, mak ayah kita islam, persekitaran kita islam... Kita membesar dengan cara islam... di didik dengan islam.... Ada di kalangan kita... Sudah mengenali sirah2 Nabi2 semasa kecil lagi.. juga tahu pengorbanan sahabat-sahabat sekeliling Nabi-Nabi.... Alhamdulillah ramai di antara kita tahu tentang Islam..... Sekarang ni,berapa ramai yang benar-benar menghayati Islam.... Kalau kita lihat dari jenis peranan.... Apa tanggungjawab kita yang belajar?untuk menghadapi masyarakat kita nanti? Dapatkah kita jawab sekiranya di tanya kepada kita "Apa Dia Islam"???? Apa kita naka jawab?Sedangkan kita dari kecil lagi dah Islam.... Di mana Islam kita selama ini?....kenapa kita tidak bersungguh-sungguh mengkaji tentang Islam itu sendiri?Adakah disebabkan kita sudah lama beragama islam sehingga menyebabkan kita ras