Tarbiah Ramadhan


Assalamualaikum...
Kehadiran Ramadhan kali ini di sambut meriah oleh segenap lapisan masyarakat(ye ke?)
ramadhan yang dikatakan sebagai penghulu segala bulan,bulan pengampunan,bulan rahmat...
Yang penting,bulan ramadhan ini memang satu bulan yang istimewa,kerana dianya juga adalah bulan tarbiah dan pengorbanan...
Jika kita imbau sejarah,bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW bersama sahabat2 Baginda melakukan pengorbanan dalam meneruskan perjuangan menyebarkan agama Allah sehingga sanggup bergadai nyawa walaupun di dalam bulan Ramadhan,hingga terjadilah dalam rentetan sejarah peperangan2 yang hebat seperti Peperangan Badar Al Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah bersamaan dengan 624 Masihi.
Peperangan lain adalah seperti Peperangan Al qadisiyah,peperangan Andalusia(Spain),Peperangan Hittin,Peperangan Tentera Tartar,semuanya menjadi saksi keramat Ramadhan dan kemenangan islam.
Ada juga segelintir orang beranggapan bahawa kehadiran Ramadhan ini sebagai sebuah Madrasah bagi mentarbiah diri.Ini kerana bulan yang di janjikan dengan awalnyw rahmat,pertengahannya pengampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka.Kesinambungan ketiga-tiga kelebihan dalam bulan ramadhan ini bergantung kepada cara kita memanfaatkan bulan ramadhan ini,jika kita hanya menganggap bulan ramadhan yang tiba ini sebagai satu penyeksaan kepada kita,adakah kita akan mendapat keistimewaan tersebut?Terpulang kepada kita..
Cuma,kita perlu membuat strategi untuk diri kita dalam bulan Ramadhan ini bagi mendapatkan segala kelebihan yang ALLAH janjikan,kita harus bersiap sedia dengan persiapan yang rapi,kerana kita tahu bahawa Syaitan dibelenggu ketika ini,akan tetapi nafsu yang telah di tarbiah oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya bagi menghadapi bulan ramadhan ini sudah tentulah ianya sangat hebat.Bagaimana persediaan dan kesediaan kita dalam mentarbiah diri dalam bulan ramadhan ini dan sekaligus melawan nafsu yang telah di tarbiah oleh syaitan sebelum ini.
Ramadhan hanya datang setahun sekali,Alhamdulillah kita sudah merasa ramadhan tahun ini,jadi manfaatkan ramadhan ini dangan sebaik-baiknya,kerana belum tentu kita sempat bertemu dengannya sekali lagi....
Ramadhan yang sama,natijah berbeza,

Islam Memimpin Perubahan.....

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA