Senyuman boleh membuatkan orang sekeliling gembira dan senang hati. Senyum juga merupakan penawar pada yang berduka. Tetapi Awas! senyum juga punyai maksud tersendiri. Jenis-jenis senyum: Senyum sinis/ egois- boleh buatkan orang sakit hati. Senyum menggoda- untuk menggoda seseorang. Senyum ketabahan- dari seseorang yang punyai masalah dan tabah menghadapi dugaan. Senyum tegar- Ingatkan blogger sahaja tegar. Sentiasa menghiasi bibir dan punya kekuatan dalam hidup walaupun hadapi masalah berat, tetap tersenyum. Senyum ketulusan- Datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang. Senyuman juga punyai banyak manfaat pada kesihatan, penampilan dan juga sosial. Menurut kajian saintis, senyum dan ketawa adalah salah satu senaman berbentuk joging dalaman di mana ianya dapat merangsang seluruh tubuh dan memberi manafaat kepada sistem saraf. Selain itu, kajian juga menunjukkan, seseorangg yang tersenyum dan ketawa sebanyak 100 kali dalam tem...