Posts

Showing posts from April 29, 2010

Hari Jumaat

Image
Bersempena ngan hari jumaat...maka teringinlah nak tulis tentang jumaat.... Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana kita dapat bertemu lagi di hari ini dengan limpahan nikmat kesihatan yang baik yang di kurniakan dari YANG MAHA ESA......semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah swt pada hari ini iaitu penghulu segala hari dan hari-hari sterusnya..insyaAllah.... JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku....

3 PERKARA TENTANG SOLAT

Image
3 Perkara Berat Tentang Solat "Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.Berat ada 3 peringkatA. Berat sebel...

AWAS!!!!!!

Image

Kawal Nafsu Amarah Anda

" Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-A'raf:20) Baginda Rasul berpesan kepada para sahabatnya dengan berkata:"Jangan marah,jangan marah,jangan marah." Terdapat satu kisah iaitu ketika seorang lelaki dalam keadaan marah,disuruh oleh baginda Rasul memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syitan. "Dan aku berlindung kepada-Mu,wahai tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku" (Surah al-mukminun:98) "Sesungguhnya org2 yang bertakwa,apabila mereka di sentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,mereka ingat(kpd ajaran Allah)maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Surah Al-A'raf:201) Terdapat hal-hal yang dapat menimbulkan keresahan,kesedihan,emosi dan amarah di dalam hati,yang ubatnya ada pada diri Baginda Rasul: 1)Menahan Marah "Dan org2 yang menahan marahnya" (Surah Ali Imran:134...

Ramalan Kitab Hindu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian. 1. Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji. 2. Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw sememangnya dilahirkan di padang pasir. 3. Narashangsa dikatakan amat dikasihi oleh pengikutnya. Stanley Lane Poole dalam Speeches Of Muhammad menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw amata dikasihi pengikutnya. 4. Narashangsa dikatakan akan mendapat wahyu. Nabi saw menerima wahyu daripada langit. 5. Narashangsa dikatakan memiliki personality yang lembut, sama dengan nabi saw. 6. Narashangsa mencegah pengikutnya daripada melakukan dosa. Tugas Nabi saw adalah untuk mencegah daripada perbuatan dosa dan menggalakkan perbuatan yang mengundang pahala. 7. Narashang...

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

Image
KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut. Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka. Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini (gambar), juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut. “Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari...

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH(muqaddimah)

Entri kali ini berkisar tentang buku yang berjudul: RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH MUQADDIMAH Buku ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri-ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subhanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Buku ini mengandungi 4 persoalan asas: PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yan...

kenapa kita bermazhab

1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. tidak bermazhab, kenapa kita perlu bermazhab? 2. Persoalan ini sering kali menghantui segelintir umat Islam. 3. Mazhab ialah kefahaman para ulama. Apabila disebut mazhab Syafii, ia adalah kefahaman Imam Syafii dan ulama kemudian yang mengikut gaya kefahaman beliau dalam memahami nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga dengan mazhab yang lain. 4. Apakah perlu bermazhab? Sebenarnya tidak perlu jika kita mempunyai kemampuan untuk berijtihad secara langsung daripada al-Quran dan hadis. Jika tidak, seeloknya mengikut kefahaman para ulama. 5. Contohnya dalam keinginan untuk makan kek. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kek tersebut. Pertama dengan membeli bahan mentan seperti tepung, gula, telur dan sebagainya. Kemudian diproses masak hingga menjadi kek. Kedua dengan terus membeli kek di kedai. 6. Bagi yang mampu, silalah untuk membuat kek sendiri. Jika tidak, belilah kek di kedai. 7. Kenapa perlu bermazhab? Antaranya : - Ketidakmampuan memahami nas al-Q...

kenapa kita bermazhab

1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. tidak bermazhab, kenapa kita perlu bermazhab? 2. Persoalan ini sering kali menghantui segelintir umat Islam. 3. Mazhab ialah kefahaman para ulama. Apabila disebut mazhab Syafii, ia adalah kefahaman Imam Syafii dan ulama kemudian yang mengikut gaya kefahaman beliau dalam memahami nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga dengan mazhab yang lain. 4. Apakah perlu bermazhab? Sebenarnya tidak perlu jika kita mempunyai kemampuan untuk berijtihad secara langsung daripada al-Quran dan hadis. Jika tidak, seeloknya mengikut kefahaman para ulama. 5. Contohnya dalam keinginan untuk makan kek. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kek tersebut. Pertama dengan membeli bahan mentan seperti tepung, gula, telur dan sebagainya. Kemudian diproses masak hingga menjadi kek. Kedua dengan terus membeli kek di kedai. 6. Bagi yang mampu, silalah untuk membuat kek sendiri. Jika tidak, belilah kek di kedai. 7. Kenapa perlu bermazhab? Antaranya : - Ketidakmampuan memahami nas al-Q...