RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH(muqaddimah)

Entri kali ini berkisar tentang buku yang berjudul:
RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH

MUQADDIMAH
Buku ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya sampaikan
dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam
huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering
dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri-ciri
dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru
kepada Allah Subhanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani,
mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat
pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Buku ini mengandungi 4 persoalan asas:
PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim
lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai
Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an;
sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5
jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam
itu ialah:
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
KEDUA --- Menyentuh muasafat Imaniyyah yang mesti dimiliki oleh para
aktivis Muslim dan Da’ei di setiap zaman dan tempat untuk menjadi manusia
yang Rabbani, iaitu beberapa sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat suci:
i) Orang yang sentiasa bertaubat
ii) Orang yang ‘abid
iii) Orang yang sentiasa bertahmid memuji Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Orang yang berpuasa atau berkelana
v) Orang yang rukuk dan sujud
vi) Orang yang sentiasa menyuruh yang ma’ruf, mencegah yang munkar
vii) Orang yang sentiasa menghormati batasan-batasan Allah Subhanahu
Wata’ala
KETIGA — Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah
Subhanahu Wata’ala untuk menuju hari pembalasan. Bekalan-bekalan tersebut
dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dengan sabdanya:
i) Puasalah pada hari yang amat panas demi hari kebangkitan kelak
ii) Sembahyang 2 raka’at di malam yang gelap demi kelengangan kubur
iii) Tunaikanlah Haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
iv) Bertuturlah dengan perkataan yang benar dan kuasailah diri dan
memperkatakan yang bathil
v) Hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap
KEEMPAT —Huraian ini juga mengajukan beberapa dayung dan bahtera
penyelamat. Para Da’ei Muslim, hendaklah mengenderainya moga-moga mereka
sampai ke pantai bahagia di dunia dan di akhirat. Antara dayung dan bahtera
tersebut ialah:
i) Mengenal Allah Subhanahu Wata’ala dan beriman kepadaNya
ii) Beribadah kepada Allah Subhnahu Wata’ala dan cenderung
kepadaNya
iii) Mengingati Allah Subhanahu Wata’ala
iv) Takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala
v) Sentiasa bermuraqabah dengan Allah Subhanahu Wata’ala
vi) Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wata’ala
vii) Redha
viii) Mengasihi Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
ix) Mengasihi para sahabat Rasulullah Sallahu’alaihi Wasallam
Tujuan asas buku ini dan perbahasan yang terkandung di dalamnya ialah
untuk menegaskan bahawa para Da’ei Muslim tidak akan mencapai kejayaan
selama mereka belum bersifat “Rabbaniyyin” Sesungguhnya banyak persoalan
penyelewengan, fitnah yang berlaku di dalam kehidupan dan perkembangan
dakwah di sana sini. Hal ini adalah pertamanya kerana kecuaian para Da’ei itu
sendiri menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Kesibukan
mereka di dalam kerja-kerja penyampaian dakwah telah mengurangkan
‘commitment’ mereka sendiri dan penyertaan mereka dengan kandungan
dakwah itu sendiri. Selama belum tercapai interaksi antara Du’at dan Hidayah
yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan dapat menjadi
penunjuk dan pembimbing orang lain.
Orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan
apa-apa. OIeh sebab itu, hendaklah para Du’at memberi perhatian yang besar
kepada proses penggarapan; lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah
meningkatkan usaha-usaha penjernihan diri sendiri sebagai usaha untuk
meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat
penghormatan dan orang yang mendidik manusia lain.
Sesungguhnya para Du’at dalam konteks menanggung beban perjuangan
untuk menegakkan kebenaran Allah Subhanahu Wata’ala dan menyebarkan
panji Allah Subhanahu Wata’ala bagi menegak negara Al Qur’an hendaklah
menginsafi hakikat yang fundamental ini. Hal ini telah pun disebut oleh salah
seorang pemimpin harakah semasa yang mendapat petunjuk dari Allah
Subhanahu Wata’ala. Beliau berpesan:
“Wahai saudara, dirikanlah negara Al Qur’an di dalam hati sanubari saudara, niscaya Ia
akan terbina pula di tanahair saudara.”
Akhirnya marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar
memberi taufiq dalam amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam
mengerjakannya. Di samping itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam
hidup.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:
وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ
( الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا آُنتُمْ تَعْمَلُونَ ( 105
“Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu
Wata’ala, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian
akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala
menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA