Posts

Showing posts from May 29, 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Image
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli. “Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ket...

PMRAM dan Akta Pertubuhan 1966

Salam Bai’ah, PMRAM selamanya tidak boleh dinafikan hak kewujudannya oleh kerajaan Malaysia, malah tidak boleh langsung mengambil sebarang tindakan yang berkait dengan undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan. Hujah saya adalah hal yang berkait dengan AKTA PERTUBUHAN 1966 (AKTA 335). Di bawah akta ini, iaitu kuasa menteri (menteri yang berkuasa dengan akta ini) adalah boleh membatalkan mana-mana pertubuhan yang dianggap telah menyalahi undang-undang Negara. Seksyen 5(1); iaitu yang berbunyi, 5.Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. (1) maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budibicaranya yang muthlak, dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peingkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya, adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenterama...

Mahasiswa v.s AUKU

Salam Bai’ah, 4 mahasiswa UKM ditahan di bawah akta AUKU kerana telah membabitkan diri dalam politik ketika mana PRK di Sibu baru-baru ini. Anda adalah mahasiswa, anda berhak atas hak anda di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menyebut; BAHAGIA 8. PILIHANRAYA Perkara 119. Kelayakan pemilih-pemilih. (1) Tiap-tiap warganegara yang- (a) Telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan; Adalah berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri… Saya berpendapat, Adakah dikira dengan umur 21 tahun maka tugas anda hanya perlu pergi mengundi, tidakkah mengundi itu secara tidak langsung adalah pembabitan anda ke dalam politik Negara ? Pada hemat saya, Jika anda telah mencapai umur 21 tahun sepertimana di dalam kad pengenalan anda, maka perkara 119 tersebut telah mengiktiraf anda bahawasanya anda adalah diterima untuk terlibat di dalam pembabitan politik negara. Baru-baru ini berlaku kes 4 orang mahasiswa UKM ya...

7 Langkah Mencapai Matlamat

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda ter...

Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Pengertian Mengulangkaji Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru. BAGAIMANA MENGULANGKAJI? Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah: Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan den...

pelajar cemerlang

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Amanah Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. Bijak Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melak...