Posts

Showing posts from July, 2010

piala dunia + dakwah =piala dakwah

Image
Alhamdulillah,syukurku panjatkan kepada Tuhan yang masih memberiku nikmat iman dan islam,selawat dan salam buat Junjungan Nabi SAW ,sahabat serta keluarga Baginda SAW.. Tahun 2010 ini banyak banyak perkara yang telah berlaku.Antara yang menarik pada tahun ini ialah ‘PIALA DUNIA’.Memang tidak dinafikan bahang dan kehangatan pesta piala dunia ini dirasai oleh semua peringkat,tanpa mengenal usia. Siapa yang tidak mengetahui perkembangan piala dunia akan kelihatan agak pelik,ini menunjukkan sukan bola sepak masih lagi mendapat perhatian seluruh dunia. Bola sepak tidak perlu diperkenalkan lagi,dalam satu perlawanan bola sepak memerlukan kesebelasan utama yang merupakan pemain-pemain terbaik dari setiap pasukan,juga melibatkan pemain-pemain simpanan,penyokong juga tidak boleh dipisahkan kerana tanpa penyokong dimanakah kemeriahannya.Dalam satu perlawanan memerlukan pengadil untuk mengadili perlawanan secara adil. Jika kita lihat peranan setiap

selagi ada masa | uruslah masa sebaiknya |

Semua yang dikasihi kerana Allah, Didoakan moga sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan. Juga menjadi sebaik-baik insan yang membawa kebaikan orang lain. "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran".(Al-Asr: 1-3) Berpandukan ayat berkenaan, setiap mukmin semestinya mengisi seluruh masa hidup dengan amalan kebaikan. Juga perlu memberi perhatian serius dalam menghargai masa. Tidak membiarkan masa berlalu dengan sia-sia. Mahupun menghabiskan masa dengan amal perbuatan yang dilarang dan dimurkai Allah SWT. Juga ingatlah! Rasulullah SAW bersabda; "Rebutlah(pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain; Masa hidup sebelum datang kematian, Masa sihat sebelum datang penyakit, Masa lapang sebelum dipenuhi kesibukan, Masa muda yang kuat sebelum tua, dan Masa kaya sebelum fakir"

Keajaiban Matematik di Dalam Al-Quran

Image
“Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk lelaki dan perempuan adalah sama. Walaupun ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24. Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: – Jumlah perkataan di dalam Al-Quran: Dunia 115 . Akhirat 115 Malaikat 88 . Syaitan 88 Hidup 145 . Mati 145 Manfaat 50 . Korup 50 Manusia 50 .Rasul 50 Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11 Musibah 75 . Terima kasih 75 Sedekah 73 . Kepuasan 73 Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17 Muslimin

masa berbaki untuk berbakti| |Hormati dan Kasihilah Ibu Bapa Kamu | |

Image
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi...bersyukur sangat-sangat seawal pagi ini dapat menghubungi ibu saya yang berada di Malaysia...sungguh tak tertahan sebak didada mendengar suara ibu yang ku rindui..memang sudah menjadi kebiasaan,jika di Malaysia saya akan menjadi pendengar setia apabila berbual dengan emak saya,perkara ini masih diteruskan walaupun jarak memisahkan kami beribu batu..saya masih meluangkan masa untuk berbual dan mendengar luahan dan cerita emak saya..huhu... apabila difikirkan kembali , dan saya melemparkan pandangan di zaman ini..ramai muda-mudi yang bergelar anak dan mempunyai ibu serta bapa.apabila membuka halaman-halaman akhbar,ada terbaca berkaitan muda-mudi yang bermasalah..ada yang menderhaka kepada kedua ibu bapa...memang mereka tidak dipersalahkan seratus peratus,memang diakui adanya punca-punca lain yang menjadi sebab.Dan tak dapat dinafikan terjadinya perkara begini disebabkan institusi kekeluargaan itu sendiri.Jadi,dikesempatan ini,marilah kita sam

.::sekadar renungan::.

“YANG HALAL ITU JELAS, YANG HARAM ITU JELAS, DAN ANTARA KEDUA-DUANYA ADALAH DIRAGUI (SYUBHAH), YANG TIDAK RAMAI MANUSIA TAHU TENTANGNYA. SESIAPA YANG MENGELAKKAN DIRI DARIPADA YANG SYUBHAH, MAKA DIA TELAH MEMELIHARA AGAMANYA DAN MARUAHNYA. DAN SESIAPA YANG TERJEBAK DENGAN YANG SYUBHAH, MAKA IA JUGA TERJEBAK DENGAN YANG HARAM.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Darimi) "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU BAIK, DIA TIDAK MENERIMA SESUATU PUN MELAINKAN YANG BAIK SAHAJA" RIWAYAT MUSLIM “BAGINDA S.A.W MENYEBUT PERIHAL SEORANG LELAKI YANG BERMUSAFIR JAUH, YANG BERAMBUT KUSUT MASAI DAN BERDEBU, IA MENADAH TANGAN KE LANGIT (IAITU BERDOA): WAHAI TUHANKU! WAHAI TUHANKU! BAGAIMANAKAH DOANYA AKAN DIMAKBULKAN SEDANGKAN MAKANANNYA HARAM, MINUMANNYA HARAM, PAKAIANNYA HARAM DAN DIA DIBERI MAKAN DENGAN MAKANAN YANG HARAM?” RIWAYAT MUSLIM "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada yang haram. " (Hadis riwayat Ahmad)

Ayah kau pesan..

Image
Semalam aku jumpa ayah kau Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia??? Dia nampak macam risau je… Aku tanya kenapa nampak macam risau je?? Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”.. Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau Dia ada tingalkan pesan.. AYAH KAU PESAN.. Jangan kau lupa pada Tuhan Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau. AYAH KAU PESAN.. Bila berkawan jangan berperang Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang. AYAH KAU PESAN.. Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang Supaya kau boleh nampak jalan pulang. AYAH KAU PESAN.. Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!! AYAH KAU PESAN.. Jangan lupa segala pesan Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal Melainkan doa dari seorang anak...

adoft hiltler... | sape die ni? | .:mana yang betul?:.

Image
Ap a yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di z aman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tap