masa berbaki untuk berbakti| |Hormati dan Kasihilah Ibu Bapa Kamu | |
apabila difikirkan kembali , dan saya melemparkan pandangan di zaman ini..ramai muda-mudi yang bergelar anak dan mempunyai ibu serta bapa.apabila membuka halaman-halaman akhbar,ada terbaca berkaitan muda-mudi yang bermasalah..ada yang menderhaka kepada kedua ibu bapa...memang mereka tidak dipersalahkan seratus peratus,memang diakui adanya punca-punca lain yang menjadi sebab.Dan tak dapat dinafikan terjadinya perkara begini disebabkan institusi kekeluargaan itu sendiri.Jadi,dikesempatan ini,marilah kita sama-sama menghargai pinjaman Allah yang berbentuk sementara kepada kita,dan tak lain tak bukan pinjaman itu ialah IBU BAPA...
Sahabat yang dikasihi Allah,
Dari mana asal kita?Tidak lain dari keturunan ibu dan bapa.
Begitulah satu renungan besar yang mesti terpahat di dalam sanubari.
Betapa susahnya si ibu membawa kandungan berbulan-bulan, saat melahirkan penentuaan antara hidup dan mati, menyusukan dan membesarkan dan mendidik kita, bapa pula bersusuh payah mencari rezeki dan menyara keluarga. Terlalu besar jasa dan pengorbanan mereka berdua dan kita tidak akan mampu membalasnya.
Abu Laith Samarqandi meriwayatkan bahawa datang seorang pemuda berkata kepada Rasulullah s.a.w, "Ya Rasulullah, ibu saya sakit di tempat saya, maka sayalah yang memberi makan dan minum. Tangan sayalah yang mewudhukkan mereka, mengangkat di atas bahu saya. Apakah dengan itu terbalas jasa-jasa mereka?"
Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud, "Belum satupun dari jasa-jasa mereka! Cuma kau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala yang besar terhadap amal kau yang sedikit itu."
Sahabat,
Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kita semestinya berbakti semaksima mungkin kepada kedua ibu dan bapa. Hormatilah dan dengarlah nasihat mereka, sekiranya pilihan hati kita tidak direstui oleh ibu bapa , utamakanlah pendapat mereka kerana keredhan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa. Janganlah menjadi anak yang derhaka, sesungguhnya anak yang derhaka tidak akan mencium bau Syurga.
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)
Berurusanlah dengan mereka dengan berendah hati untuk mengelak membantah dengan suara keras. Membentak sekalipun dengan satu perkataan umpama 'cis' menguris hati mereka. Tanyalah mana-mana orang tua dan mula lemah anggota kerana ketuaan, bantahan anak memang memilukan hati. Hati orang tua cukup sensitif.
Allah menjadikan orang tua lazimnya bersifat pengasih dan penyayang, lebih-lebih lagi orang tua yang sangat manis beribadat. Mereka suka melihat kelakuan anak yang sopan terhadap mereka, mengambil berat tentang mereka, dan menjadi kawan bicara mereka. Tugas seumpama itu tidak berat. Usahlah kesibukan membuat kita abaikan mereka. Jika berjauhan seringkalilah hubungi mereka melalui telefon tanya khabar, walaupun hanya dua tiga patah perkataan sebenarnya boleh mengembirakan hati ibu bapa. Bila ada masa lapang ambillah cuti dan ziarahlah mereka, sesungguhnya apabila kita membuat hati ibu dan bapa gembira menyebabkan Allah meredhai hidup kita.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan do'akanlah (untuk mereka dan berkata): "Wahai Tuhanku. Cucuri mereka dengan rahmat sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra' ayat 24)
Ayat itu menuntut supaya kita membuang sifat besar diri terhadap mereka yang kelihatan lemah atau nyanyuk. Wajib kita rasa rendah di hati. Dituntut pula kita memasukkan do'a terhadap mereka dalam do'a harian kita. Begitulah suci hati kita terhadap ibu bapa saban hari tanpa diketahui oleh mereka.
Sahabat,
Sekiranya ibu bapa kita telah meninggal dunia, kita masih boleh berjasa kepada mereka, iaitu kita berdo'a untuk mereka semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka. Bukan setakat do'a-do'a kita sahaja boleh membantu mereka dialam Barzah, tetapi sedekah, amal jariah dan amal soleh yang kita laksanakan, disamping kita memperolehinya, kedua ibu bapa yang berjasa mendidik kita sehingga kita menjadi anak yang soleh akan mendapat sahamnya. Begitu besarnya rahmat Allah s.w.t. tidak mensia-siakan amal kebaikan yang di buat ketika di dunia ini.
Terdapat juga beberapa amalan kebaikan lain yang boleh kita laksanakan sebagai bakti kita kepada kedua ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia seperti hadis dibawah.
Seorang dari suku Bani Salimah datang dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada cara untuk aku berbakti kepada mereka?"
Jawab Nabi s.a.w, "Ya, membaca istighfar untuk kedua mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghormati sahabat-sahabat mereka, dan menghubungkan keluarga mereka."
88888888888888888888888888888888888888888888888888
bila difikirkan sejenak,bermula apabila Doktor mengesan kita berada dalam perut seorang ibu,disitu kita sudah memberi kesusahan kepada insan bergelar ibu...membawa kita kemana-mana selama 9 bulan....banyak kita susahkan mereka sehingga sekarang...agak-agaknya,ada x jasa mereka yang dah kita balas????
ada tak kesusahan mereka yang kita da tampung???
bila difikirkan sejenak,bermula apabila Doktor mengesan kita berada dalam perut seorang ibu,disitu kita sudah memberi kesusahan kepada insan bergelar ibu...membawa kita kemana-mana selama 9 bulan....banyak kita susahkan mereka sehingga sekarang...agak-agaknya,ada x jasa mereka yang dah kita balas????
ada tak kesusahan mereka yang kita da tampung???
dari saya untuk saya....
Comments