PERUBAHAN ERA BAHARU

 



Hari berganti hari, minggu berubah selepas tujuh hari, bulan pula silih berganti, lalu tahun terus berlalu, maka bertambahlah usia dan dunia bergerak semakin laju. Kelajuan masa yang semakin mencemburui menyebabkan pelbagai kerja tidak releven jika tidak seiring mengikut peredaran zaman. 

Dari mula membaca keratan akhbar sekarang sudah berubah kepada paparan di layar telefon pintar, dulu bergambar selepas sebulan baru boleh lihat hasilnya, itupun jika pergi mencuci gambar di kedai gambar, dan kini, selepas sesaat sudah boleh ditatap, bahkan boleh pula di ambil semula jika tidak berpuas hati dengan hasilnya.


Begitu pantas masa, begitu juga keadaan dan situasinya, semua laju kadangkala tak terkejar, baru rasa nak memahami sesuatu, tahu-tahu kita dah tertinggal dan ditinggalkan oleh sesuatu yang lain.


Begitulah lajunya, sehingga yang masih di takuk lama akan terus kekal di takuknya, dan siapa yang sentiasa mengikuti dan mempelajarinya, akan kekal relevan di waktu semasa.


Dulu menulis di kertas, kemudian zaman menaip di blogspot dan seumpamanya, tapi kini, masih adakah tang ingin membaca? Persoalan yang kita sendiri kena jawab dengan cara ajar diri kita, isteri kita, anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita, agar semangat membaca, seterusnya menjadikan membaca satu hobi kerana bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca.


Teruskan pembacaan, dan tambah nilai diri mengikut keadaan dan situasi semasa. Peredaran ini semakin laju. 


Dan aku, terus cuba menguatkan hati dan tangan untuk kekal menaip di papan kekunci sebagai satu medan. Moga berjaya. 


Seiring dengan cuba mengikuti arus dunia, yang ingin mudah dan senang, juga ku hasilkan video-video pendek, bertujuan untuk medan dakwah, tetapi jiwa ini belum benar-benar kental, jadi aku mulakan dengan video-video santai di aplikasi tiktok, bercerita tengtang hobi dan minat-minat, mana tahu, satu hari nanti, aku mampu berkata-kata seperti guru-guru yang aku sayangi dan hormati.


Jadi, kepada pembaca, bolehlah berkenalan dan menziarahi laman tiktok saya di https://www.tiktok.com/@roslizanmy?_t=8nbSVmSNXFP&_r=1. Moga ada manfaatnya.


Sekian  coretan kali ini. Moga diberkati masa dan umurku untuk terus menulis. InsyaAllah.


Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA