Posts

Showing posts from June, 2010

kerana masa....

Satu hari adik korang yg sekolah tadika cakap: “Bang2..saya telah rugi…” Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian adik korangkan? -10 sen? -100 sen? -1000 sen? Tapi kalau bapak korang pulak cakap: “Wahai anakku, bapakmu telah rugi…” Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian bapak korangkan? -1 ribu? -10 ribu? -100 ribu? Dan macamana pulak kalau majikan korang pulak cakap: “Wahai para pekerjaku, boss telah rugi…” Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian boss korangkan? -1 juta? -10 juta? -100 juta? Apatah lagi kalau Kerajaan kita NAJIB pulak cakap “Wahai rakyakku sekalian, Negara kita Malaysia telah rugi…” Tentu korang boleh imagine berapakah kadar kerugian kerajaan kitakan? 1 bilion? 10 bilon? 100 bilon? Dan, cuba tuan2 dan puan yg aku muliakan, fikir dengan kepala kita, Bila Raja segala manusia, Allah berfirman (cakap): “SEMUA MANUSIA DALAM KERUGIAN!” boleh korang imagine berapakah kadar kerugian itu? Rug

Kembali bertugas….

Alhamdulillah semalam 28hb…ta’yin yang mendebarkan telah dilepasi….Alhamdulillah , kini dengan rasminya memulakan kembali tugasan-tugasan yang tertunggak sejak 2 bualan yang lepas…huhu… Ye..bermula selepas selesainya peperiksaan semalam , terus mengumpaul dam membungkus barang-barang untuk pulang ke bilik ku sendiri(ye…sudah 2bulan berkampung@bersuluk dan berjauhan dari bilikku) Kemudian terus bersama rakan-rakan bergerak ke citystar membeli-belah di pasaraya ‘Spinneys’.. Maka berakhirlah semalam…. Hari ini bermulanya episode baru, memulakan dengan mempersiapkan tugasan-tugasan yang berlum selesai samada tergendala disebabkan peperiksaan atau yang tergendala dengan sendirinya…maka kesemua proses ini mengambil masa lebih kurang sehari untuk disempurnakan ….. Ya…bermulanya kembali tugasan…bermulanya kembali kerja-kerja….bermulanya kembali segala-galanya…….

::. Redha Dia Mengiringi redha mereka .::

Image
Segala puji dan syukur hanya untukMu ya Rabbi!, tempat pergantungan seluruh makhluk. Kepantasan waktu belum berhenti. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Berbelas tahun menuju puluhan tahun. Dulu kita kanak-kanak, kini muda remaja... Dalam kesibukan yang tidak berhenti, mari kita luangkan sedikit waktu, menyemak apa yang telah kita perbuat kepada... "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutuanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-ibu".(QS An-Nisaa':36) Rasulullah s.a.w bersabda: "Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?. Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata; Bahkan tidak ya Rasulullah. Baginda bersabda; Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu-bapa". Apakah yang dimaksudkan derhaka kepada ibu-bapa? Soalan ini sering/sentiasa menyentuh perasaanku. Aku terasa gementar setiap kali soalan ini singgah di benakku. Justru itu kukumpulkan jawapan yang boleh

....

Image
Redup diluar tingkap menandakan hujan bakal turun menyirami bumi..Suasana sunyi.. Kedengaran desiran angin dari penghawa dingin serta petikan keyboard.. sejuk.. hanya lagu-lagu lama yang menemani jiwa. Terasa seperti suasana yang terasing, lengang disemua tempat. Tiada suara yang berbicara memecah kesunyian. Keadaan terlalu damai memang selalu melemahkan semangat bekerja.. Keadaan memaksa diri mencari inspirasi di dalam hati. melihat-lihat tumbuhan hijau.. nyaman terasa dengan sentuhan angin yang membelai.. Segala yang terindah adalah ciptaan Allah juga.. Bagaimana pohon-pohon ini boleh bertahan tanpa berteman, bergerak, berkomunikasi dan beremosi? Tetap sabar walau di pukul angin dan di petik manusia.. Tidak! jgn dilupa.. semua yang hidup adalah makhluk Allah.. sekali pun disakiti hendaklah bertahan dan sabar atas dugaan.. Tiada yang terkecuali dengan izin Allah.. Pohon-pohon itu berteman.. berteman dengan unggas-unggas,semut-semut dan burung-burung yang hinggap berteduh.. pohon-pohon

keindahan hati

Image
Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi..., Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh. Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa; "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28) Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu. Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan b

kalam tarbiah' seorang pejuang'

Image
" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan". ' Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin' pagi Jumaat nan indah ini , tetiba teringat akan seorang pejuang agama ALLAH... 'Almarhum Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin'....... walaupun saya bertemu dengannya hanya seketika,tetapi cukup merasakan almarhum adalah seorang yang bersungguh-sungguh dalam lapangan dakwah ini.....dipertengahan tahun 2008 sekitar bulan jun ,almarhum datang ke Mesir , dan menginap dirumah kami.....gaya,perwatakan,cara bercakap memang menggambarkan almarhum seorang yang hebat dari segi tarbiahNYa.... setiap kata-kata dan lawak almarhum ustaz ,mesti diselitkan dengan perihal umat...terutama umat di negeri sembilan....tempoh kami bersama kira-kira 2 bulan sahaja,sebelum beliau pulang ke Malaysia.... kesempatan yang kedeua ALLAH berikan kepada saya bersama beliau...ketika saya mengendalaikan sebuah program pelajar sekolah menengah di kompleks suka

Sampai Bila Mahasiswa Hendak Diperbodohkan

Penulis berniat untuk menjawab beberapa isu berkenaan dengan tulisan yang bertajuk “ Sudah Sampai Masanya MB Kelantan Berundur” . Tetapi setelah difikirkan balik, baik isu ini tidak diperpanjangkan. Sejak dari awal penulis menyebut bahawa tulisan tersebut bukan bermakna krealiti Tok Guru dipertikaikan. Selepas Perhimpunan Mansuh ISA selesai dalam jam 6.30 petang pada 1 Ogos baru-baru ini. malamnya, Penulis sempat menonton buletin TV3 bagi melihat apa yang bakal diulas oleh pemberita tentang perhimpunan yang berlaku. Begitu banyak menteri yang mengulas, penulis paling tertarik dengan amaran yang dikeluarkan Menteri Pengajian Tinggi bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan telah membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh pembangkang. Kenyataan yang agak agresif tetapi agak mundur ke belakang. Penulis selalu terfikir kenapa pemikiran mahasiswa pasca 70’an begitu

.::menjadi tetamu Syeikh Asyraf::.

Image
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH Yang Maha Esa...semalam selesai peperiksaan bagi kuliah syariah tahun 4...seperti yang diberitahu keesokan harinya...iaitu hari ini kami semua diarahkan untuk datang ke syuun untuk mengambil bahan kajian untuk peperiksaan syafawi(ta'yin).... Dengan penuh semangat melangkahkan kaki seawal pagi untuk mengambil bahan tersebut.... suasana memang seperti biasa,riuh2 orang arab berebut kertas....kejar2 nak g potostat....dan sebagainya.....Alhamdulillah sumenye selesai..... Selesai mengerkan solat zohor,kami bersama-sama Syeikhuna Asyraf bergerak ke rumah beliau.... Tiba dirumah beliau,kami dihidangkan dengan air suam bagi penyejuk badan dikala suhu bumi mencecah tahap kepanasan matahari.... (ni lah lebih kurang rupa air suam-bg yang xtau) untuk pengetahuan semua,air suam @ kosong memang baik untuk sistem badan manusia.....lihat gambar dibawah ini...jadi kami meminum air tersebut bagi peringkat permulaan....Alhamdulillah.. . (sistem badan bergerak l