muhasabah fasa 1 ramadhan | permulaannya Rahmat |
Sahabat yang dirahmati Allah, Masa berjalan begitu cepat sekali, sekarang ini kita telah berada pada hari ke lapan puasa Ramadhan. Kita masih di fasa pertama iaitu 'permulaannya rahmat'. Marilah kita bermuhasabah dan menilai ibadah puasa yang dilaksanakan dan adakah segala pengisian Ramadhan kali ini dapat kita penuhkan dengan aktiviti ibadah atau masa berlalu begitu saja tanpa kita pergunakannya sebaik mungkin? Amalan seorang Mukmin adalah hari ini lebih baik dari semalam dan amalan hari esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari amalannya meningkat dan lebih berkualiti. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t." Sahabat yang dimuliakan, Pergunakanlah masa yang Allah berikan pa...