Posts

Showing posts from May 12, 2010

SALAM IMTIHAN

Image
semangat da bagi... motivasi pun da dapat... ha...pe tunggu lagi...... salam imtihan untuk semua......

Marilah Kita Bersaudara Kerana Allah

Marilah kita bersama memuji Allah, atas nikmat Islam yang menjadi sebaik-baik nikmat Allah kepada kita. Bersyukurlah dengan memuji Allah Taala yang telah memberi taufik kepada jalan dakwah, memudahkan siapa yang telah menolong memimpin dan membangunkan saudara dan mengingatkan saudara dari kelupaan dan kelalaian yang menyelubungi sebahagian kaum muslimin zaman ini. Lantaran saudara mengenali hakikat wujudnya kita dan hakikat risalah dan tugas kita di dalam hidup ini. Dialah yang telah memberi taufik dan hidayah kepada saudara dengan akidah, ibadah dan akhlak Islam. Dengan demikian saudara dapat merasa betapa mulia, agung dan beratnya tanggungjawab saudara terhadap agama yang benar ini. Saudara pula menyedari bahawa saudara tidak akan merasa cukup dengan hanya pada diri saudara tetapi saudara mesti dan pasti memainkan peranan yang positif untuk membangunkan daulah Islam, negara Islam yang adil dan makmur dan menegakkan masyarakat Islam yang dikuasai dan dihakimi oleh akidah Islam, syari...

5 Pesanan Daripada Ketua Unit Hisbah PMRAM

Kepada semua mahasiswa yang berada dibumi mesir agar dapat mempertingkat keselamatan kita semua kerana sejak akhir-akhir ini banyak ganguan telah berlaku,kes terbaru berlaku dibumi zaqaziq tentang perlakuan arab yang tidak senonoh cuba melakukan ganguan seksual terhadap mahasiswi perubatan. Apa yang penting ialah kita cuba bertindak dengan keadaan berikut:-  Sila bergerak kearah tempat yang selamat  Elakan keluar seorang diri walaupun keadaan terdesak  Jangan panic ketika keadaan kecemasan berlaku  Banyakan selawat tafrijiah dan lain-lain amalan agar kita tidak alpa  Sila hubungi Pesiden ,Pengerusi PMRAM cawangan atau mana-mana wakil Hisbah dengan segera mengikut keadaan tempat Memandangkan musim panas telah pun berada dipermulaanya keadaan orang-orang arab lebih agresif pada waktu ini berbanding dengan musim sejuk.Keadaan kita juga tertekan dengan hampirnya imtihan jadi jagalah dan hargailah diri anda in sya Allah.Gunalah khidmat musrif sepenuhnya dengan apa yang telah diaturkan ...

7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat n...

10 petua hadapi peperiksaan

Image
Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia mampu buat calon lupa 50 peratus dipelajari Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir. Jangan panik Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek) Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan. Banyakkan pembelajaran secara output le...

Isteri Solehah

Image
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran Di rumah dia istri di jalanan kawan Di waktu kita buntu Dia penunjuk jalan Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang diberi dapat disimpan Kita lupa dia mengingatkan Nasihat kita dijadikan pakaian Silap kita dia betulkan Penghibur diwaktu kesunyian Terasa ramai bila bersamanya Dia umpama tongkat sibuta Bila tiada satu kehilangan Dia ibarat simpanan ilmu Semoga kekal untuk diwariskan Sikap dan perasaan cemburu ini adalah lumrah dan fitrah kepada manusia. Bukan kita sahaja, bahkan ahlul bait, yakni keluarga rumah nabi juga mengalaminya. Allah mentaqdirkan kisah ini terjadi pada ahli bait supaya kita; isteri2 orang biasa biasa belajar drpnya. Yakni, nabi dan keluarganya bukan malaikat, mereka juga manusia biasa seperti kita. Kisah ini ada dalam al-Quran dalam surah at-Tahrim ayat 1-5. Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan ‘Aisyah) berasa cemburu dgn Zainab yg telah men...