Posts

Showing posts from March 1, 2009

Di Antara Kata - Kata Nasihat Imam As-Syafie R.A :-

1. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasannya, ditutup kekurangannya dan diampun kehinaannya. 2. Sesiapa menasihati saudaranya dengan sembunyi sesungguhnya ia menasihati dan menimbangnya, dan sesiapa menasihati saudaranya dengan terang-terang, sesungguhnya ia telah memalukan dan mencelanya. 3. Sesiapa mendengar dengan telinga ia adalah seorang pencerita dan sesiapa mendengar dengan hatinya ia adalah seorang sedar dan sesiapa memberi nasihat dengan perbuatan ia adalah seorang petunjuk.

Sifat Sahabat

01. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 02. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 03. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, nescaya ia akan membantumu. 04. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, nescaya ia akan menerima dengan baik. 05. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)daripadamu, nescaya ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu 06. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, nescaya ia akan menutupnya. 07. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, nescaya ia akan mengusahakannya. 08. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), nescaya ia akan menanyakan kesusahanmu. 09. Jika datang sesuatu bencana menimpa ...

20 Perkara 'Jangan'.

01. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. 02. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 03. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 04. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 05. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 06. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 07. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 08. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 09. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh...