Posts

Showing posts from June 15, 2009

Hadis Ke-3

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan

Study Bersama,Gembira bersama,InsyaALLAH Kecemerlangan Bersama

Image
08-10 JUN 2009 DUMYAT REHLAH STUDYGROUP MENGERAT UKHWAH,MENELADANI SIRAH. Pada 08-10 JUN yang lalu sekumpulan pelajar tahun 3 kuliah syariah islamiyah telah melakukan aktiviti rehlah ke Ra'su Bar,berdekatan dengan bandar Dumyat.Rehlah ini di sertai oleh 12 peserta yang terdiri dari kaum adam sahaja. Tujuan rehlah ini dijalankan adalah untuk merebat ukhwah sesama ahli studygroup setelah berjuang berhabis-habisan sehingga titisan dakwat yang terakhir,dan bertungkus lumus dalam perbincangan dalam kumpulan sebelum berjuang di medan imtihan. Ya,sepanjang 3 hari 2 malam kami disana pelbagai pengalaman dan aktiviti kamu rasai n buat. cukup sekadar ini saja,doakan kami semua berjaya di dunia n akhirat...wassalam

TARBIYAH

Tarbiyah?ape itu tarbiyah?apa kepentingannya? Tarbiyah adalah didikan kepada individu atau masyarakat. Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf. Semua ini adalah peribadi yang lahir ...