Posts

Showing posts from May 17, 2010

Wahai puteriku..

Image
Kepada Puteriku Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan- lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata- kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah. Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu- malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas mu...

Perbualan lembu & anjing yang menginsafkan

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je? ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi. LEMBU : Eh? kenapa? ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak. NJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU" Sedikit Penjelasan: Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan berse...

ukhwah

Semoga kita semua faham ukhwah adalah satu keterikatan hati antara dua atau lebih insan yang bersaudara.Tentu akan lebih faham apabila ukhuwah yang dibina atas dasar cinta kerana Allah akan lebih bertahan lama berbanding nafsu. Ukhuwah adalah rasa persaudaraan, saling sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa didasari oleh kepentingan sesuatu. Mungkin boleh dikira, mereka yang benar-benar faham siapakah itu saudara. Di dalam Islam, ikatan aqidah adalah melebihi ikatan darah daging. Tidak mengenal batas usia, warna kulit, bangsa, darah, harta dan keturunan. Untuk memperbanyakkan saudara, kita tidak boleh pula duduk seorang diri mengharapkan orang lain akan menyapa. Sehinggalah kita sendiri keluar dari lingkungan ‘persendirian’ kepada lapangan persaudaraan. Untuk memulakan persaudaraan kena saling kenal mengenal tentang diri seorang kawan, namanya, ibu ayahnya, perasaan, latarbelakangnya . Bukan apa, kadang-kadang kita terburu-buru di dalam mengenali seseorang – cakap kita lepas mend...

Hanya pada MU

Image
Ya Allah kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingatiMU? mungkihkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran? setiap hari aku solat, membaca al-Quran tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan bagaimanakah akan kutempuhi hidup ini? adakah jiwa ini akan dapat Engkau terima? Ya Allah! janganlah Engkau tinggalkan aku janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan apalah diri ini tanpaMU aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini Ya Allah kasihanilah jiwaku yang kerdil ini aku sangat mengharapkan pimpinan-MU aku sangat merindui belaian-MU bantulah aku,Ya ALLAH! bantulah aku Ya Rabbi! lemparkan cahayaMU ke dalam jiwaku... Ya Allah! apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran MU apalah gunanya segala yang kumiliki tanpa rahmatMU Ya Allah! berikanlah petunjuk-MU kepadaku aku tahu bahwa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar aku redha, Ya Allah... Engkau ambillah apa yang aku miliki tetapi campakkanlah Nur MU ke dalam jiwa ini... Ya ALLAH! aku malu untuk berhadapan de...

MUKMIN SEJATI

Mukmin Sejati Bercirikan Sifat Orang Beriman. Sebagaimana di dalam Al Quran atau Hadith, banyak diungkapkan tentang sifat dan ciri-ciri orang yang beriman di antaranya : Ciri Pertama Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran: "Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik ...