Posts

Showing posts from November 10, 2010

minda mahasiswa

Mahasiswa adalah satu kelompok masyarakat yang memiliki daya intelektual dan penaakulan yang tinggi. Kelebihan ini sesuai dengan jiwa mereka yang sering meneliti dan mengkaji. Mahasiswa juga memainkan peranan yang penting sebagai agen perubah kepada masyarakat.Namun sejak kebelakangan ini kelompok ini seakan-akan hilang fungsinya. Sindrom takut menanggung risiko serta malas untuk mengambil tahu kerana menganggap tiada kaitan dengan kepentingan diri semakin menular disanubari mahasiswa, sedangkan kita semua sedia maklum bahawasanya mahasiswa bukanlah golongan yang mudah dijual beli dan bukan juga sebagai pak turut. Beridealisma serta proaktif memungkin mereka menjadi perhatian masyarakat, Ini kerana nilai yang ada pada golongan ini menjadi penentu kepada masadepan sesebuah negara dimasa akan datang. Sindrom ini berlaku antaranya disebabkan beberapa factor seperti kewujudan Akta Universiti Kolej (AUKU) pindaan 1975/1971. Auku diperkenalkan oleh Tun Hussein Onn ketika mana ...