Monday, December 17

Doa Seorang Sahabat







Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Moral :

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari "yang terlihat"






~إن الصديق علي الصديق مصدق~

DEFINISI LINGUISTIK





Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.

Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.
Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)

Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.

Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

STRUKTUR BAHASA
Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain.
Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis
Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.
Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik.

fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.

morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.

semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.

leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.

Kerak Nasi Untuk Ibu..


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yg di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yg akan datang nanti.

Aku yg bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yg patut memerhati kegagahan ibu yg sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu, "tak payah..." katanya, "biar ibu yg buat. nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan ibu nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yg baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati ibu ada rasa sedih dan sayu kerana ada anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya. tetapi langsung tidak ditunjukkan, malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut ibu kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yg semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yg digoreng mak untuk abang-abang dan kakak yg tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. dan memang berselera semuanya. sukakan nasi goreng ibu. ibu tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku, "ahhh ibu belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu..." seraya itu abang ku bertanya "siapa tak makan lagi nasi ni". Aku menjawab "ibu belum makan apa lagi tu".

Ibu dengan bersungguh menjawab, "Ehh ibu tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi..." dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku di dalam hati. "oohh... mungkin juga ibu nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya"

Bila semua dah pulang. aku lihat ibu terhinjut-hinjut ke dapur. lantas aku tanya "ibu nak apa... nak ambilkan".   lantas dia berkata, "takpa ibu nak rasa ni sikit".

Sayu sedih dan terguris sungguh hatiku. bila kulihat ibu rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yg masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya... zaman sekarang pun masih ada ibu yg sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yg aku saksikan..

YA RABB
Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah Dosanya, berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yg tak terhingga. AMIN....


Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...