~sindrom dalam berukhuwah~
(xde kaitan ngan sape2) ************************************************************* وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ “Dan (Dialah) yang menyatu padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (8:63) Ukhuwah adalah bahasa amal. Seringkali manusia terjerumus ke dalam persengketaan dek hanya kerana masalah ukhuwwah. Para ikhwah dan akhwat yang tak pernah tidak, sering berbicara perihal ukhuwwah juga tidak terlepas dari masalah ini. Bahkan mungkin lebih dasyat. Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah menulis sebuah buku bertajuk Virus-virus Ukhuwwah – menceritakan tentang punca masalah ukhuwwah dika...