~sindrom dalam berukhuwah~
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan (Dialah) yang menyatu padukan di antara hati-hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(8:63)
Ukhuwah adalah bahasa amal. Seringkali manusia terjerumus ke dalam persengketaan dek hanya kerana masalah ukhuwwah. Para ikhwah dan akhwat yang tak pernah tidak, sering berbicara perihal ukhuwwah juga tidak terlepas dari masalah ini. Bahkan mungkin lebih dasyat.
Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah menulis sebuah buku bertajuk Virus-virus Ukhuwwah – menceritakan tentang punca masalah ukhuwwah dikalangan kita. Saya saringkan tulisan beliau secara ringkas.
1. Tamakkan nikmat dunia
Duit dan harta tidak dapat tidak, merupakan keperluan. Sezuhud mana pun seorang ikhwah/akhwat itu, pasti memerlukan duit untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Tak hairan bila melihat dua sahabat baik hatta adik beradik biologi sekalipun bergaduh hanya kerana masalah kewangan.
Ikhwah/akhwat tak terlepas dari masalah ini. Bila berusrah, berprogram, bersenang-senang, semua bersama. Bila tiba masalah duit, masing-masing senyap membisu – play safe.
Tetapi mashaallah, tak kurang juga ramainya ikhwah/akhwat yang sangat itsar. Allah memberi penghargaan kepada golongan ini seakan-akan mereka seperti para Ansar ketika menolong Muhajirin. Allah rakamkan kisah mereka dalam al-Qur’an:
وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”
(Al-Hasyr:9)
2. Tidak santun dalam berbicara
Kemahiran komunikasi yang sepatutnya ada pada setiap dae’i merupakan aset penting dalam dakwah. Para peniaga MLM dilihat lebih kedepan dalam hal ini. Malanglah bagi si dae’i tidak dapat menguasai kemahiran ini sedangkan produk yang kita promosikan jauh lebih tinggi nilai harganya.
Berbicara dengan nada tinggi, bahasa yang kasar, menolak cadangan mentah-mentah, tidak menghargai saranan, sering berdebat, mengkritik dengan keras dan berterusan merupakan masalah yang selalu berlaku.
Alasan yang diberikan biasanya – “Memang style ana macam ni, nak buat macam mana.”
3. Tidak pedulisme
Segelintir ikhwah/akhwat tidak sensitif tentang perasaan akh/ukht lainnya. Kerana sudah terbiasa bersama, sesetengah aspek tidak dihiraukan. Kadang-kadang, kerana perkara kecil pun mudah membuatkan ketidakpuasan hati.
Hanya kerana hubungan sesama ikhwah, ramai merasakan segalanya tiada masalah walhal jauh di sudut hati, ada perasaan yang terguris dan tidak puas hati.
Kalau dengan kawan-kawan yang bukan Islam, setiap aspek perhubungan diambil peduli agar kawan tadi tidak tersinggung. Tapi kalau dengan ikhwah?
4. Membuat perbicaraan rahsia
Dalam riwayat Ibnu ‘Umar ra dinyatakan bahwa Rasulullah saw bersabda :
إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ الثَّالِثِ إِلَّا بِإِذْنِهِ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ
“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat pembicaraan rahsia , kecuali jika orang ketiga mengizinkan, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih”.
(Riwayat Ahmad)
5. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan cadangan
Sikap ini adalah manifestasi kepada sifat merasakan diri hebat. Ia hampir kepada riak yang kita takuti akan jatuh kepada syirik. Nau’zubillah.
6. Sering membantah dan berbeza pendapat
Berbeza pendapat adalah normal dan kadang-kadang membawa kepada buah fikiran yang lebih muntij. Tapi jika ia selalu berlaku – akan menyebabkan ukhuwwah tercemar. Berpada-padalah dalam mengurus perbezaan pendapat.
7. Memberi teguran di depan orang lain
Sikap ini sering berlaku walau dalam usrah sekalipun. Orang yang ditegur secara khalayak seperti ini akan merasakan begitu inferior dan jiwanya akan memberontak. Langsung menjauhi dakwah ini. Nau’zubillah.
8. Sering menegur
Teguran dan tazkirah adalah perlu. Namun jika ia berlaku dalam semua tindakan walaupun ia tidak salah, cuma caranya berbeza, maka ia boleh menyebabkan masalah ukhuwwah.
Anas bin Malik, pelayan Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan tentang kelemah-lembutan Rasulullah s.a.w.. Kata beliau : “Aku menjadi pelayan Rasulullah s.a.w. selama 10 tahun, dan selama itu baginda tidak pernah mengeluh atau menegur pekerjaanku, seperti mengatakan, ‘Kenapa kamu lakukan ini?’, juga tidak pernah berkomentar ketika aku tidak melakukan sesuatu, seperti mengatakan ‘Kenapa kamu tidak melakukan ini?’.
9. Mudah percaya hasutan orang yang mengadu domba dan dengki
Seorang akh perlu sentiasa berbaik sangka dengan ikhwahnya yang lain. Setiap berita yang buruk mengenai ikhwah perlu diselidik dengan rapi. Jangan mudah melatah tak tentu arah bila mendengar berita itu dan ini.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(QS. Al-Hujarat: 6).
10. Membuka rahsia dan aib
إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ بِالْحَدِيثِ ثُمَّ الْتَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ
“Jika seseorang diberitahu oleh sahabatnya mengenai suatu hal, lalu ia pergi, maka hal tersebut telah menjadi amanat (rahsia yang harus dijaga) baginya.”
(Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad)
“Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”
(Muslim)
11. Sering mencampuri urusan peribadi
Dalam tarbiyyah kita dididik untuk selalu sensitif dan empati dengan ikhwah. Berkongsi perihal peribadi dengan ikhwah lain kadang kala sangat berguna terutama bila berhadapan dengan masalah. Namun, setiap akh itu ada perkara-perkara peribadi yang tidak mahu diberitahu kepada orang lain. Janganlah kita selalu bertanya atau nak ambil tahu tentang peribadi ikhwah melainkan apa yang mahu dikongsi olehnya.
وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
“Jangan mencari-cari kesalahan (tajassus), mencuri pendengaran (tahassus), saling bermusuhan dan saling menjauhi. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)
مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
“Di antara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.”
(HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)
12. Enggan mengungkapkan perasaan cinta
Ini juga kurang diamalkan oleh para dae’i terutama ikhwah. Ramai yang terasa kekok untuk mengungkapkan perasaan cinta kepada ikhwah lain walhal ia penting untuk membasahkan ukhuwwah yang terjalin. Rasulullaah s.a.w. bersabda:
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudarnya karena Allah, maka kabarkanlah kepadanya, karena hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”
*****************************
munajatku..
Banyak lagi permasalahan ukhuwwah yang timbul selain daripada semua di atas. Saya hanya mencedok beberapa daripadanya.
Ikhwah sekalian, kekuatan dakwah ini tidak boleh dipisahkan dengan ukhuwwah. Kita meyakini ukhuwwah kita adalah ukhuwwah rabbaniyyah yang diikat oleh Allah. Maka Allah lah yang berkuasa mempereratkan ikatannnya. Kewajipan kita adalah bermunajat memohon kepada Allah agar dipelihara ukhuwwah ini. Doakan ikhwah/akhwat kita sentiasa.
Wallaahua’lam.
********************************
p/s-
kita diberi peluamg oleh ALLAH untuk berubah ke tahap yang terbaik....tapi kita sendiri yang menyekat,dengan alasan...xpe la...huhu...
ALLAH datangkan pelbagai petunjuk bagi kita tahu bahawa itu peringatan dariNYA...tapi kita tak perasan sebab hati kita.....
Comments
thumbs up
gamba atas sekali best