Posts

Showing posts from December, 2010

Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?

MUQADDIMAH Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para penganut agama ini akan meraikan perayaan Krismas sempena memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut pegangan agama kristian, Nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain akibat perbuatan Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga. Namun berbeza pula kita sebagai seorang muslim yang dikurniakan dua perayaan besar iaitu ‘Idulfitri dan ‘Iduladha tanpa mengingkari Nabi Isa adalah sebagai utusan, bukannya anak Allah S.W.T. Nabi Isa Tidak Disalib Kelahiran Nabi Isa a.s. merupakan satu peristiwa istimewa yang telah tertulis di dalam Al-Quran. Kelahiran amat yang luar biasa apabila ibunya, Maryam terpilih untuk dihidupkan roh seorang insan agung di dalam rahimnya dengan izin Allah S.W.T. walaupun dirinya ketika itu belum pe

Senarai calon-calon kepimpinan PMRAM & AJKT HEWI 2011

Image
0 Dengan ini,Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2010 mengisytiharkan calon-calon kepimpinan PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM 2011 CALON PRESIDEN PMRAM MUHAMMAD ZUHAILI B. SAIMAN 16868 SYARIAH ISLAMIAH SELANGOR / KAHERAH CALON-CALON BADAN PENGURUS PMRAM 1. ZULHAFEEZ B. AHMAD ZAHIDI 18387 BAHASA ARAB PERAK / KAHERAH 2. IBRAHIM B. ANI 17240 SYARIAH ISLAMIAH KEDAH / DUMYAT 3. MOHD HAFIZZUL AZRI B. AZMAN 19111 AL-QURAN SELANGOR / SHOUBRA 4. AHMAD BAIHAKI B. RASHID 18114 SYARIAH ISLAMIAH PAHANG / KAHERAH 5. AHMAD DANIEL B. MOHMAD HASSAN 19558 BAHASA ARAB JOHOR / KAHERAH 6. NUR AHMAD WAFIY B. NOOR AZRI 17042 AL-QURAN KEDAH / TANTA 7. AHMAD ZAMZANI B. CHE DAUD 20611 BAHASA ARAB KELANTAN / KAHERAH 8. NORHALIS SYAFIQ B. AHMAD 19509 SYARIAH ISLAMIAH WILAYAH / TANTA 9. ABDUL AZIZ B. ALI 18495 BAHASA ARAB KELANTAN / KAHERAH :: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING :: CALON-CALON AJKT HEWI PMRAM 2011 1.

Tarikh Pembukaan Pencalonan BP Dan HEWI PMRAM 2011

Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 (SPR PMRAM 2010) hari ini mengumumkan bahawa, tarikh pembukaan pencalonan bagi memilih Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi pentabiran 2011, adalah pada 20 Disember 2010 sehingga 23 Disember 2010, bersamaan dengan hari Isnin sehingga Khamis, 14 Muharram 1432H hingga 17 Muharram 1432H. Pencalonan dibuka kepada seluruh ahli PMRAM yang berada di setiap cawangan, tidak kira mahasiswa Pengajian Islam mahupun Perubatan. Tarikh tersebut telah dipersetujui oleh SPR PMRAM yang telah menetapkan di dalam perbincangan mesyuarat. Segala urusan pencalonan boleh dibuat sepanjang tarikh tersebut. Borang pencalonan boleh didapati di Tingkat 5, Bilik Gerakan SPR PMRAM, Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabiek, bagi pencalonan BP PMRAM, manakala HEWI, borang boleh didapati di Bilik Gerakan SPR HEWI PMRAM, Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaher

Pemurnian Sejarah: Zaman Paleolitik Itu Tidak Wujud!

Image
Firman Allah SWT: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah al-Baqarah 2:20) 1- Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM. Walaubagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM. 2- Fakta yang dipelajari di seluruh dunia termasuklah di Malaysia mengenai sejarah awal tamadun manusia a

Alhamdulillah :)

Image
Alhamdulillah...setelah hampir 3 bulan menunggu keputusn peperiksaan yang tak kunjung tiba...akhirnya penantianku berakhhir dengan sedikit lega apabila keputusan peperiksaan yang ku nanti-nantikan telah ditampak kat kuliahh hari ini...Alhamdulillah yang tidak terhingga ku panjatkan kepada ALLAH atas kejayaan ini... Alhamdulillah,kini berkira-kira mengenai tarikh untuk pulang ke tanah air....nantikan :)

sibuk @ penyibuk???

Ketika anda sedang sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar beberapa hari lagi, tiba-tiba kawan sebilik mengajak anda keluar minum. Anda pun menjawab ringkas "Maaf, saya sibuk, tak ada masa". Atau mungkin anda sedang membersihkan kereta yang anda sayangi, tiba-tiba anak anda datang dan meminta anda bacakan buku cerita yang isteri anda belikan beberapa hari lepas atau mungkin beberapa bulan lepas. Andapun menjawab sambil lewa "Ayah tengah sibuk ni, tak ada masa". Mungkin juga anda sedang menonton TV lalu adik anda datang memohon bantuan untuk baiki sedikit kerosakan pada basikalnya lalu anda menjawab tanpa memandang wajah adik anda "Abang tak ada masalah sekarang". Katakan dalam semua keadaan itu, tiba-tiba anda menerima panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa ayah anda kemalangan dan sekarang di wad kecemasan. Adakah anda akan jawab dengan selamba "Maaf encik, saya tengah sibuk ni, tak ada masa". Hari ini kesibuk

hijrah dari sekarang...

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Perjalanan kehidupan tidak terhenti di sini walaupun roh kita sudah berpisah daripada jasad kita nanti. Akhirat adalah hentian terakhir sebelum menuju Syurga atau Neraka. Allah swt jadikan dunia ini untuk kita beramal kepadaNya. Bekalan amalan kita di dunia ini akan dihitung dan ditimbang di hari akhirat nanti. Keputusan hari pengadilan itu akan menentukan destinasi terakhir kita – syurga atau neraka! Tak mungkin di peringkat ini, kita dapat mengetahui dan menilai bekalan kita itu mencukupi ataupun tidak untuk melayakkan kita masuk ke syurga ! Kita setakat berusaha ! Hanya Allah swt akan menentukan samada amalan kita ini diterima atau tidak. Kita berserah dan memohon keredhaan dan belas kasihanNya. Semoga juga syafaat Nabi Muhammad s.a.w. akan menyinari kita di hari tersebut. Apapun, sewajarnya kesempatan dan ruang yang masih ada ini digunakan sebaik mungkin untuk merperbanyakkan lagi bekalan amalan kita! Untuk melakukannya, kit