Nasihat Nabi
Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Aku menasihatkanmu; * Kamu hendaklah bertakwa kepada Allah kerana Ianya sumber segala amalan. * Utamakanlah bacaan al-Qur'an dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut dilangit dan sebabkan nur dipermukaan bumi. * Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan-urusan agamamu. * Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan lenyap. * Utamakan jihad kerana itulah kebanggaan umatku. * Hendaklah mengasihi orang-orang miskin dan mengauli mereka. * Dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. * Janganlah sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang lebih tinggi daripada keadaanmu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang Ia kurniakan kepada kamu. * Hendaklah mengukuhkan silaturahim dengan kaum ker...