NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH ENGKAU DUSTAKAN
KOTA METROPOLITAN “Ibu M kata kakak hitam.” Saya terselingar. Hari ini, selepas memandikan dia dan adiknya, saya membedakkan mukanya. Tiba-tiba bicara itu terlantun daripada bibir comelnya. Kanak-kanak berusia hampir empat tahun di hadapan direnung penuh rasa kasih dan sayang. Betapa tidak, bukankah Rasulullah s.a.w adalah qudwah terbaik yang amat menyayangi anak-anak. Malah baginda pernah menyebut: “Barang siapa yang tidak berkasih-sayang, dia tidak akan disayangi.” Mafhum hadis yang amat mudah difahami bagi yang sesiapa membaca mahupun mendengarnya ini tidak akan bisa disanggah kebenarannya. Penulisan utama entry saya pada kali ini bukanlah mahu menjadikan tittle ‘kasih-sayang’ sebagai entry utama, sebaliknya ia sekadar muqaddimah kepada jemari untuk terus bermain kekunci. Musim libur sempena saifi dari kota Kaherah telah melontar saya ke tengah-tengah kota metropolitan berbanding musim libur sebelum-sebelum ini. Tentunya suasana baharu sedikit sebanyak memberi impak dalam rutin hari...