Posts

Showing posts from August, 2010

puasa yang indah

Image
Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahailallah, Allahuakhbar! Sungguh Maha Pengasihi dan Maha Penyayang Allah, Sebesar-besar kegembiraan bagi diri ini ketika ini, Dengan izinya dapat kita bersama kembali dalam tautan hati yang sama-sama berhajatkan hidayah dan keredhaan Allah. Suatu petang yang kian pantas bergerak ke hujung Ramadhan... Seorang ibu separuh usia duduk menjahit pakaian bersama lima anak gadis remajanya. Mereka tekun membaca pelbagai judul buku mengikut pilihan masing-masing dan telah dipastikan bermanfaat oleh si ayah. Gadis yang bongsu berumur sekitar 11 tahun bertanya, " Semua yang ibu jahit ini baju raya untuk kami kah ibu?" "Yang warna biru muda ini, tentu untuk Cik kan ibu?" tangan lembut gadis manja berumur 12 tahun sambil menarik sehelai baju bercorak bunga-bunga kecil dari sisi ibunya. "Angah punya tentu yang ungu ni,"gadis manis yang paling pendiam pun dengan pantas menunjukkan sehelai baju tergantung kepada gadis palin

SEJARAH PARTI POLITIK (PAS)

Image
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengat

Redha ALLAH | perbaiki akhlak |

Image
Allah s.w.t. menciptakan manusia berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, supaya mereka dapat berkenal-kenalan dan mencari pasangan yang sesuai untuk membina ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak. Islam menggalakkan umatnya berkahwin supaya melahirkan zuriat keturunan umat Islam yang ramai, dari sinilah terbinanya keluarga-keluarga masyarakat Islam dan seterusnya kearah pembinaan Daulah Islamiyyah. Walaubagaimanapun, sebelum ikatan perkahwinan berlaku, Islam memandang serius pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas ketika menjalani hubungan sosial atau mencari pasangan untuk teman hidup. Perbuatan ini di larang keras kerana ianya boleh membawa kepada perbuatan zina, sedangkan zina adalah perbuatan yang sangat di kutuk oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat" (Surah Al-Israak ayat 32) Allah s.w.t. melarang menghampiri perbuatan zina adalah be

Ramadhan | kejayaan umat islam |

Image
Sahabat yang dikasihi, Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi Allah s.w.t. Kehadiran Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa dan melaksanakan ibadah dengan penuh kusyuk semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Namun begitu dibulan Ramadhan ini juga mengandungi rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat dan juga para mujahid Islam dalam usaha untuk mengembalikan balik kedaulatan dan hukum-hukum Islam. Islam hanya mampu dihayati sepenuhnya apabila wujud Daulah Islamiyyah. Perlulah kita memahami bahawa kewajipan berpuasa dengan kewajipan berjihad tidak ada bedzanya. Malah puasa yang sedang mereka lakukan benar-benar menjadi penguat ruhiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Semasa berpuasalah semangat jihad dan pengorbanan akan terbentuk didalam hati dan jiwa orang Mukmin. Terdapat beberapa peristiwa dalam sejarah Islam, kejayaan umat Islam berjaya dalam jihad dan peperangan ketika berhadapan dengan tentera kuffar ianya berlaku didalam bulan Ramadha

Nasihat Nabi

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Aku menasihatkanmu; * Kamu hendaklah bertakwa kepada Allah kerana Ianya sumber segala amalan. * Utamakanlah bacaan al-Qur'an dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut dilangit dan sebabkan nur dipermukaan bumi. * Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan-urusan agamamu. * Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan lenyap. * Utamakan jihad kerana itulah kebanggaan umatku. * Hendaklah mengasihi orang-orang miskin dan mengauli mereka. * Dan perhatikanlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. * Janganlah sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang lebih tinggi daripada keadaanmu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang Ia kurniakan kepada kamu. * Hendaklah mengukuhkan silaturahim dengan kaum ker

muhasabah fasa 1 ramadhan | permulaannya Rahmat |

Sahabat yang dirahmati Allah, Masa berjalan begitu cepat sekali, sekarang ini kita telah berada pada hari ke lapan puasa Ramadhan. Kita masih di fasa pertama iaitu 'permulaannya rahmat'. Marilah kita bermuhasabah dan menilai ibadah puasa yang dilaksanakan dan adakah segala pengisian Ramadhan kali ini dapat kita penuhkan dengan aktiviti ibadah atau masa berlalu begitu saja tanpa kita pergunakannya sebaik mungkin? Amalan seorang Mukmin adalah hari ini lebih baik dari semalam dan amalan hari esok lebih baik dari hari ini. Setiap hari amalannya meningkat dan lebih berkualiti. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t." Sahabat yang dimuliakan, Pergunakanlah masa yang Allah berikan pa

semakin tak keruan....ada panduan...

Image
alhamdulillah...sepertiga malam ni,dapat menghubungi mak,berbual dengan abah...rindu sangat rasanya hati ini bila mendengar suara mereka...mak ngan abah pun bertukar-tukar untuk mendengar suaraku... syukur ku panjatkan kerana masih lagi dapat mendengar suara-suara insan yang ku sayangi.... mendengar nasihat serta luahan mereka...lantas aku menceritakan situasi ku sekarang ni,mereka mendoakan serta memberiku kata-kata perangsang yang membuatkan tekanan itu menghilang..... selepas menghentikan perbualan dengan mereka, tetiba disapa di arena chating oleh kawan kuliahku....dengan nada yang agak sempoi die memberitahu bahawa natijah tahun 4 syariah da ditampal,tapi natijah yang tasfiah je....sedang aku ingin bertanya lebih lanjut,ahli rumahku mengajak untuk sahur,aduish,lantas ku g la jamah sikit sebab ati ni da nak macam keluar sebab denyutan jantung terlampau kuat...aku cubit sikit ayam goreng,ku kunyah lalu terus g mengadap laptop untuk meneruskan perbualan,tapi malangnya kawanku da sign

didikan tuhan

Image
BERBAGAI cara Allah mendidik dan menginsafkan manusia Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,melihatkan kekuasaan Memperlihatkan kebesaran,menceritakan kesudahan orang yang baik dan jahat Semua bentuk pendidikan ini untuk menarik perhatian manusia Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa Namun manusia degil juga Perhatiannya tiada Ada mata dipejamkan,ada telinga dipekakkan,ada akal tidak difikirkan Ada hati tidak ada perhatian Seolah-olah manusia tidak ada mata,tidak ada telinga, tidak ada akal,tidak ada hati Nafsu sahaja yang dibelainya Bertindaklah nafsu sesuka hatinya Manusia telah menjadi tawanan nafsunya Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan Manusia buat-buat tidak dengar aja Syurga-Ku indah,nikmatnya belum pernah mata melihat Belum pernah telinga mendengar Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja Engkau tidak lihatkah Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,sungai, lautan Aku cipta?! Manusi

?????????????????????

Image
dua tiga hari kebelakangan ni diri ini jadi xmenentu,tak keruan....hampir kesemua gerakkerja yang dirancang tak menjadi,...dimanakah penyelesaiannya...huhu....kedengaran suara2 sahabat2 yang telah mendapat kejayaan dalam peperiksaan,juga rintihan2 bagi mereka yang diuji untuk kali ini,...huhu..bagaimanakah aku??? bila natijah ni nak kua?tapi takut lak kalo kua...Ya ALLAH ...permudahkan urusanku..... sempena Ramadhan yang mulia ni,harap2 ALLAH maqbulkan doaku....

Ramadhan

Image

Ramadhan yang sama,natijah berbeza

alhamdulillah yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk menerima kunjungan Ramadhan... Sahabat yang dikasihi sekalian,para sahabat,alim ulama yang terdahulu cukup gembira serta meraikan akan kehadiran bulan yang dilimpahi rahmat ini,bagaimana pula kita... bagaimana persediaan kita...dalam bulan ini ALLAH menjanjikan promosi-promosi besar-besaran yang pasti menghasilkan syurgaNya,lalu bagaimanakah percaturan akal kita dalam usaha mengaut segala kelebihan dalam bulan ini.... teringat akan beberapa kata-kata.... Institusi Ramadhan.. Kelahiran graduannya ialah insan yang BERTAQWA. Masuk tanpa bayaran beribu malah ia datang dengan arahan Allah sebagai tetamu mesti diraikan oleh kita selaku Hamba. Dan pula membawa ole2 dan buah tangan "Rahmat Allah" , "keampunan Allah" dan "terhindar dari neraka Allah" kepada HambaNya. Marilah bersungguh2 "melayan" tetamu iaitu menghidupkan hari-hari Ramadhan. Mg ber

ketibaan tetamu | ramadhan |

Image
Salam rahmat dan barakah yang melimpah-ruah! Wahai setiap diri yang sentiasa mengecapi kasih sayang Ilahi... Lihat dan renungilah perjalanan hidup insan hari ini yang terpapar di hadapan mata kita... Berbagai ragam dan corak diiringi isu yang silih berganti. ADAKAH MENEPATI KEHENDAK ALLAH? Kita diberikan Allah keupayaan untuk berfikir. Sewajarnya kita berfikir mengikut neraca kebenaran. hayati maksud firman Allah; "Maha Suci Allah yang di tanganNya segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa di antaramu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"(QS Al-Mulk:1-2) Sedarilah! Hakikat keimanan memerlukan kepada bukti pengorbanan dan perjuangan. Jalannya panjang, memenuhi sepanjang hayat. Setiap diri mukmin dalam meniti jalan berliku ini sangat memerlukan perlindungan Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melindungi hambaNya yang berhubung terus kepadaNya, yang be

persediaan Ramadhan

Image
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengisi kekosongan ini dengan beberapa peringatan,memandangkan kita akan menerima kunjungan Ramadhan tidak lama lagi,jadi apakah persediaan kita untuk menyambut dan menghidupkan bulan yang mulia ini,bulan yang banyak ditawarkan promosi-promosi pahala... Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini. Firman Allah: “Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26) Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut: 1.Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir. Dari Anas bin Malik r.a berkata: “ Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatila

tunaikan | Hak Muslim Terhadap Muslim |

Image
Hak sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain. Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda: 1. Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya. 2. Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya. 3. Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat. 4. Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia. 5. Jika dia sakit, maka kunjungilah dia. 6. Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah) nya. (Hadis Riwayat Muslim) 888888888888888888888888888888888 Sahabat yang dirahmati Allah, Sebagai seorang Muslim kita mempunyai beberapa tanggungjawab dan hak kepada saudara sesama Muslim. Tanggungjawab ini kita tidak boleh di abaikan dan memandang ringan sahaja. Apabila kita dengan ikhlas memenuhi tanggungjawab ini maka kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar disisi Allah s.w.t. Begitu juga sebalikny