Penyakit Hati dan Rawatannya
Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia ialah seperti berikut: 1. Mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba yang Muslim. 4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 5. Meninggalkan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain. Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tetapi umumnya apabila dikemukakan k...