Posts

Showing posts from February, 2009

(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´): stori di sebalik story...layann..!!

(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´): stori di sebalik story...layann..!!

Ulama' Berkecuali ?

artikel ni di copy dari lobai kampung,rasa2 macam de manfaat untuk sumer,xkira ngah blaja agama @ sains @juruterbang... Lobai Kampung Motaz ( Motivasi dan Tazkirah ) Perlukah seorang orang berilmu mengambil pendirian berkecuali ? Mengambil pendirian berkecuali adalah salah satu cara yang paling selamat untuk keluar di dalam sesuatu kemelut. Tetapi ianya bukan kepada seorang berilmu yang menjadi ikutan dan panduan orang awam. Orang awam akan menilai sesuatu perkara berdasarkan pandangan terhadap sesuatu isu dinilai oleh seorang ilmuan. Contohnya mudah seorang pakar tanah ditanya mengenai keadaan tanah. Lalu dia menjawab merbahaya. Lalu ditanya pendiriannya apakah selamat diduduki ataupun tidak. Dia pun menjawab dalam hal ini saya tak boleh beri jawapan. Apa akan jadi kalau ada yang mengambil pendirian sendiri. Seseorang yang berilmu wajib mendidik mereka yang jahil menentukan mana yang baik dan mana yang tidak serta sedia menanggung risiko di atas pendirian berpaksi kebenaran. Nabi pern

2 pelancong antara 4 maut serangan bom di Kaherah

KAHERAH: Empat, termasuk dua pelancong asing maut apabila sebutir bom diletupkan di tengah dataran awam yang sesak di tengah ibu negara Mesir, malam tadi. Pelancong luar yang maut itu ialah seorang wanita warga Perancis dan seorang lagi yang belum dikenal pasti. Letupan yang berlaku pada waktu senja itu bertempat di pasar lama kurun ke-14, Khan el-Khalili di tengah kota raya Kaherah, dengan kebanyakan pelancong asing minum dan menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi di deretan tepi jalan. "Kami dengar dentuman yang amat kuat tetapi tidak tahu apa sebenarnya," kata seorang saksi kepada stesen tv Mesir. "Mereka adalah pelancong yang tidak berdosa, yang tidak terbabit dalam politik dan cuma datang ke Mesir untuk melancong," katanya. Menteri Kesihatan Mesir, Hatem el-Gabali, berkata wanita Perancis adalah antara yang terbunuh manakala 17 lagi cedera termasuk 10 pelancong Perancis, seorang Jerman dan tiga dari Arab Saudi. Enam daripada mereka yang cedera dilaporkan

2 pelancong antara 4 maut serangan bom di Kaherah

KAHERAH: Empat, termasuk dua pelancong asing maut apabila sebutir bom diletupkan di tengah dataran awam yang sesak di tengah ibu negara Mesir, malam tadi. Pelancong luar yang maut itu ialah seorang wanita warga Perancis dan seorang lagi yang belum dikenal pasti. Letupan yang berlaku pada waktu senja itu bertempat di pasar lama kurun ke-14, Khan el-Khalili di tengah kota raya Kaherah, dengan kebanyakan pelancong asing minum dan menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi di deretan tepi jalan. "Kami dengar dentuman yang amat kuat tetapi tidak tahu apa sebenarnya," kata seorang saksi kepada stesen tv Mesir. "Mereka adalah pelancong yang tidak berdosa, yang tidak terbabit dalam politik dan cuma datang ke Mesir untuk melancong," katanya. Menteri Kesihatan Mesir, Hatem el-Gabali, berkata wanita Perancis adalah antara yang terbunuh manakala 17 lagi cedera termasuk 10 pelancong Perancis, seorang Jerman dan tiga dari Arab Saudi. Enam daripad

Mujahadah teruji

Salam Sejahtera kepada semua pembaca... Musim pembelajaran sudah bermula kembali,maka semua kita akan bermujahadah dalam meneruskan usaha menggapai cita-cita... Teringat saya kalam Syeikh kami iaitu Syeikh Ahmad Taha Rayyan,di saat kami menghadiri kelas tafaqquh beliau ketika beliau membentangkan kitab tafsir Hasyiah sofi lil jalalin,beliau ada berkata-KITA SERING MENISBAHKAN NAMA KITA KEPADA SESUATU YANG HEBAT,YANG GAH,TAPI HAKIKATNYA SUDAH SAMPAIKAH ATAU LAYAKKAH KITA DENGANNYA??huh...terkesima gak saya ngan ucapan beliau itu...terfikir tentang persiapan diri,ilmu,ibadah,akhir zaman,macam-macam lagi... alang-alang kuliah pun dah bermula,jadi marilah kita rebut kesempatan yang ada dan ruang yang banyak untuk kita mengkaji dan mempelajari ilmu di mana pun kita berada. Jadi di kesempatan yang masih ada ni,saya menyeru diri yang lemah ini untuk terus memperbanyakkan ilmu dan tafaqquh...doakan saya

Misi Diteruskan

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS MENGENAI ISU PERAK RAJA DAN DEMOKRASI 1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an. 2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.” 3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semak

Bekerja untuk jawatan @ amanah?

Jawatan itu hanya satu nama sahaja , tetapi dlm hati kita bebas untuk meletakkan apa sahaja pangkat atau jawatan kita , yg penting matlamat dlm perjuangan kita tercapai , tanpa perlu utk kita memecah belah kan perpaduan sesama kita,walaupun tanpa jawatan dan sebagai tentera biasa terus membantu tentera islam mencapai kemenangan kerana perjuagan bukan lah untuk jawatan tetapi untuk menegakkan islam .

Perngorbanan

PERJUANGAN MUSLIM ADALAH PENGORBANAN Allah juga memberikan penjelasan bahawa umat yang benar-benar berjuang demi untuk mencapai cita-cita dan diperlukan sekali persediaan diri mengorbankan jiwa dan hartanya. Dan untuk terlaksananya dakwah, maka perjuangan tersebut adalah merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh. Allah berfirman di dalam KitabNya: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka …”. Selain pergorbanan tersebut, umat Islam yang benar-benar menyampaikan risalah dakwah, harus bersedia pula mengorbankan kepentingan dunia demi pahala yang akan diterima di akhirat. Oleh kerana itu sesiapa sahaja yang terjun di bidang ini haruslah memiliki sifat-sifat sebagai seorang da'ie. Penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh umat Islam pada zaman yang silam telah mencatatkan satu peristiwa sejarah yang merupakan kesinambungan kepada kewujudan peradaban, kemajuan, pendidikan dan pengajara

Syair

حسان بن ثابت بمدح الرسول ويهدد قريشا بالفتح ألا أبلغ أبى سفيان عني # فأنت مجوف نخب هوأ بأن سيوفنا تركتك كعبدا # وعبد الدار ساداتها الإماء هجوت محمد فأجبت عنه # وعند الله ذاك الجزاء أتهجوه ولست له بكفء # فشركما لخيركما الفداء هجوت مبارك برا حنيفا # أمين الله شيمته الوفاء فمن يهجو رسول الله منكم # ويمدحه وينصره سواء فإن أبي ووالده وعرضي # لعرض محمد منكم وقاء فإن تثقفن بنو لؤي # جذيمة إن قتلهم شقاء أولئك معشر نصروا علينا # ففي أظفارنا منهم دماء وحلف الحارث بن أبي ضرار # وحلف قريظة منا براء لساني صارم لا عيب فيه # وبحري لا تكدره الدلاء

Sentuhan Hati

Image
Seperti mana yang kita lihat pada hari ini,kelihatan manusia-manusia sekeliling kita ini seolah-olah sedang berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan di dunia yang fana ini.Bila difikirkan seolah-olah mereka sedang mengejar sesuatu yang dapat digunakan dan memberi manfaat dalam jangka masa yang sangat panjang,tetapi apabila diteliti dengan secara telus rupanya mereka sedang sibuk mencari kekayaan,ada di antara mereka pula sibuk mengumpul kekuatan,tak kurang juga yang sibuk mengumpul jawatan,yang mahukan nama mereka disanjung-sanjung oleh orang kebanyakan,sedar atau tidak atas perbuatan mereka ini sehingga sanggup menindas dan meninggalkan saudara mereka sendiri yang masih ramai dalam kesusahan,kepayahan,penderitaan akibat daripada perasaan cintakan dunia sehingga sanggup memijak saudara sendiri. Timbul persoalan dibenak hati ini,adakah mereka tak terfikir nasib saudara-saudara mereka ini?mereka tak tahu ke orang beriman ini bersaudara?mereka tak tahu ke

Qari

Image
Qari Tujuh Yang Masyhur Para Qari yang hafal Al-Qur'an dan terkenal dengan hafalan serta ketelitiannya, dan menyampaikan qira'at kepada kita sesuai dengan yang mereka terima dari sahabat Rasulullah SAW. Qira'at yang mutawatir semuanya kita kutip dari para qari yang hafal Al-Qur'an dan terkenal dengan hafalan serta ketelitiannya. Mereka ialah imam-imam qira'at yang masyhur yang meyampaikan qira'at kepada kita sesuai dengan yang mereka terima dari sahabat Rasulullah SAW. Mereka memiliki keutamaan ilmu dan pengajaran tentang kitabullah Al-Qur'an sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Sebaik-baiknya orang diantara kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya". Syaikh Abul Yusri 'Abidin telah menyebutkan nama-nama qari dalam dua bait sya'ir: Nafi', Ibnu Katsir, 'Ashim dan Hamzah, Abu 'Amer, Ibnu 'Amir dan Kisaiy. Itulah tujuh Imam yang tak diragukan lagi. 1. Ibnu 'Amir Nama lengkapnya adalah Abdullah al

Warkah Peringatan

Image
Warkah dari malaikat Izrael Oleh: Kalijaga Edit by: Gunung Jati Assalamualaikum w.b.t Kehadapan mahkluk yang bergelar manusia. Semoga kau berada dalam keadaan yang bersedia.dan tergolong dalam orang yang akyas. Dalam sepotong hadis baginda s.a.w pernah di tanya mengenai golongan akyas. عن بن عمر أنه قال كنت مع رسول الله  فجاءه رجل من الأنصار فسلم على النبي  ثم قال يا رسول الله أي المؤمنين أفضل قال أحسنهم خلقا قال فأي المؤمنين أكيس قال أكثرهم للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس Daripada Abdullah bin Umar telah berkata: Ketika aku bersama Rasulullah r maka telah datang seorang lelaki daripada golongan Ansar lalu memberi salam kepada Nabi r, kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Rasulullah r siapakah yang paling mulia dikalangan mukmin? Lalu Baginda Rasulullah r menjawab: Orang yang paling baik budi pekertinya. Dia bertanya lagi: Siapakah pula yang paling cerdik dikalangan mukmin? Rasulullah r menjawab: Orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu memperingati mati

Teka-teki

TEKA-TEKI DARIPADA IMAM GHAZALI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ? 2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ? 3. Apa yang paling besar di dunia ? 4. Apa yang paling berat di dunia ? 5. Apa yang paling ringan di dunia ? 6. Apa yang paling tajam di dunia ? Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya. Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-binta