Kemeriahan yang berterusan

Semalam telah berlangsung majlis penutup ekspo Gempak PMRAM di dataran HAYYU ASYIR...
Majlis yang di hadiri oleh lebih dari 2 ribu pelajar yang menuntut di Bumi Mesir ini memang amat2 mengagumkan ana.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengarah program iaitu Us. Jamal,kemudian di susuli pula dengan ucapan dari Presiden PMRAM Us. Muiz,Dan kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Us. Hairul Nizam.
Dalam ucapan Us.Hairul Nizam,beliau menegaskan tentang peranan kita di Bumi Anbiya' ini,beliau memperingatkan kita tentang hadaf kita ke sini,tak lain dan tak bukan iaitu mencari ilmu,tetapi beliau menimbulakan persoalan kepada sidang penonton tentang berapa ramai yang datang ke sini yang benar2 melaksanakan hadafnya iaitu menuntut ilmu...Beliau juga memperingatkan kita semua bahawa menuntut ilmu di luar negara ini merupakan amanah dan tanggungjawab..Dan setiap yang dipertanggungjawabkan akan disoal mengenai tanggungannya(amanah).
Dan selepas itu program di teruskan dengan persembahan nasyid dari Johan nasyid tahun ini iaitu pasukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..ehemm...ni negeri ana ni..ana sendiri bersama mereka menjalankan latihan tapi ana tak mempunyai suara selunak mereka,ana cume memberikan komen n tegurn ketika latihan...Dan akhirnya mereka menjadi johan bagi acara nasyid...
kemudaian program diteruskan lagi ngan persembahan dari negara jiran iaitu Thailand yang mempersembahkan seni mempertahankan diri mereka iaitu 'MUAY THAI'..Memang seronok dan teruja dengan cara mereka menggunakan lutut dan siku dalam pertarungan..
Seterusnya persembahan dari negara Indonesia.Acara kemudiaanya diteruskan dengan persembahan dari Ustaz Bazli UNIC.Beliau menyampaikan sebuah lagu sebelum beramah mesra bersama beberapa orang untuk sama2 menyanyikan lagu...Memang sangat menarik kesemua persembahan...Di sudut belakang terdapat pula pameran2...Juga aktiviti yang menyerokkan ialah bazar makanan...Banyak makanan Malaysia di jual....
Bila difikir2 kan,macam kat Malaysia je....
Memang Best...
Ekspo Gempak yang ternyata gempak....

Sekian....

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول