Titian Pemandangan

Salam sejahtera kepada semua...
tujuan entri kali ini adalah untuk membangkitkan kesedaran pada diriku semata-mata...
Alhamdulillah kita di lahirkan dalam keadaan kita ni beragama islam,
mak ayah kita islam,
persekitaran kita islam...
Kita membesar dengan cara islam...
di didik dengan islam....
Ada di kalangan kita...
Sudah mengenali sirah2 Nabi2 semasa kecil lagi..
juga tahu pengorbanan sahabat-sahabat sekeliling Nabi-Nabi....
Alhamdulillah ramai di antara kita tahu tentang Islam.....
Sekarang ni,berapa ramai yang benar-benar menghayati Islam....
Kalau kita lihat dari jenis peranan....
Apa tanggungjawab kita yang belajar?untuk menghadapi masyarakat kita nanti?
Dapatkah kita jawab sekiranya di tanya kepada kita "Apa Dia Islam"????
Apa kita naka jawab?Sedangkan kita dari kecil lagi dah Islam....
Di mana Islam kita selama ini?....kenapa kita tidak bersungguh-sungguh mengkaji tentang Islam itu sendiri?Adakah disebabkan kita sudah lama beragama islam sehingga menyebabkan kita rasa kita mahir tentang islam...
Jika kita lihat pelbagai gerakan pada masa kini yang ingin menjauhkan masyarakat islam kita ini daripada mendalami islam...Kita sudah terdampar jauh sehingga pada masa kini ramai kanak-kanak,tak kurang juga remaja yang beragama islam,tetapi hanya tahu keislaman mereka ini hanya pada kad pengenalan,selain daripada warisan ibubapa mereka yang islam....

Di mana Peranan kita?

Kenapa benda yang begitu besar ini di pandang kecil,tu pun kalo sekiranya masih di pandang....

Sapa nak ubah?sapa nak bagi kesedaran?
Ini semua terletak di bahu kita...
Kita semua beragama islam,seharusnya mempelajari dan mendalami dari setiap segi tentang islam...
Semuanya ke atas kita,semuanya memerlukan peranan dan pengorbanan kita...
Sejauh mana kita sanggup bekerja dengan agama kita.

Kita semua harus melakukan gerak kerja...Bagaimana?terpulang kepada keadaan dan kemampuan kita..yang penting kita semua kena bekerja untuk islam...
Jangan pula kita jadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan dalam kerja2 islam..
Tatkala segelintir sahabat-sahabat kita bergolok-gadai tenaga,harta dan nyawa..Dengan mudah kita membantutkan kerja-kerja mereka.Jangan kita pula jadi musuh kepada agama sendiri...
Jika suatu masa dulu,seorang manusia yang telah berjaya menaikkan namanya sehingga sanggup melihat kejatuhan empayar islam,Janganlah pula kita pula menjadi punca terkuburnya islam di tanah air kita...

JAdi marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya melakukan gerak kerja islam...Marilah kita meneruskan mata rantaian perjuangan islam...

Bagaimana kita ingin memimpin dunia sedangkan liqa' kecil pun sering tak terlaksana...
Bagaimana nak menguatkan tenaga sedangkan hubungan dengan PemilikNya kita tak jaga..
Ku harap,cebisan idea di waktu subuh ini dapat menguatkan semangatku sendiri dalam melaksanakan setiap gerak-kerja dari segi idea,kudrat dan tenaga ini untuk Meneruskan perjuangan Pejuang-Pejuang Islam....




ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN......

ROSLIZAN BIN MOHD YUSOF
BILIK 202
RUMAH WILAYAH
HAYYU 7
2:13 PAGI

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA