Ceritera Cinta Murabbi Terulung

Bersempena dengan sambutan maulidur rasul yang kita sambut setiap tahun,ana tertarik untuk mencoret sesuatu bagi mengisi ruangan ini.
Detik 12 RabiulAwal,semua individu di seluruh pelosok dunia ini yang mengikuti dan mengetahui sejarah peradaban dunia mahupun sejarah islam mengakui bahawa telah lahirnya seorang Insan Yang Menjadi Pilihan Allah dan Insan Yang dinantikan kelahirannya oleh seluruh isi dunia pada masa itu,yang dapat mengembalikan keharmonian dunia dan sahsiah masyarakat dunia pada masa itu,Beliau yang ana maksudkan dan telah pun diketahui oleh pembaca,tak lain insan yang dimaksudkan adalah Insan Yang Ke Atasnya Selawat Dan Salam,Kekasih hati kami dan kekasih ALLAH SWT Nabi MUHAMMAD SAW.
KelahiranNya ke atas dunia ini bagaikan Penyelamat ke atas dunia.Seprti mana yang kita ketahui dari sirah kehidupan Baginda,banyak liku-liku kesusahan dan kepayahan,jika kita perhatikan Baginda juga diuji oleh ALLAH SWT ketika masih bayi lagi sehingga Baginda dewasa,apetah lagi selepas Baginda di angkat menjadi rasul,maka lebih banyaklah ujian besar yang dilalui oleh Junjungan SAW.
Tujuan ana menulis pada kali ini bukanlah untuk menceritakan kembali sirah Nabi MUHAMMAD SAW,yang mana kebanyakan dari kita lebih arif dalam pengetahuan sirah Nabi,tetapi ana nak kaitkan sedikit dari sirah dan peribadi Nabi SAW dengan keadaan dan diri kita pada masa kini.
Cuba kita lihat Nabi MUHAMMAD segi akhlak,bagaimana akhlak Nabi SAW yang kita ketahui,semua yang kita nisbahkan kepada Baginda semuanya adalah terbaik,kerana Baginda memang yang terbaik,sehinggakan semua orang tak tahu bagaimana nak ucapkan akhlak Baginda,cuba kita hayati sedikit dari kisah seorang badui- Setelah Nabi wafat, seketika itu pula kota Madinah bising dengan tangisan ummat Islam; antara percaya - tidak percaya, Rasul Yang Mulia telah meninggalkan para sahabat. Beberapa waktu kemudian, seorang arab badui menemui Umar dan dia meminta, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad!". Umar menangis mendengar permintaan itu. Ia tak sanggup berkata apa-apa. Ia menyuruh Arab badui tersebut menemui Bilal. Setelah ditemui dan diajukan permintaan yg sama, Bilal pun menangis, ia tak sanggup menceritakan apapun. Bilal hanya dapat menyuruh orang tersebut menjumpai Ali bin Abi Thalib.
Orang Badui ini mulai heran. Bukankah Umar merupakan seorang sahabat senior Nabi, begitu pula Bilal, bukankah ia merupakan sahabat setia Nabi. Mengapa mereka tak sanggup menceritakan akhlak Muhammad. Dengan berharap-harap cemas, Badui ini menemui Ali. Ali dengan linangan air mata berkata, "Ceritakan padaku keindahan dunia ini!." Badui ini menjawab, "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini..." Ali menjawab, "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahwa sungguh dunia ini kecil dan hanyalah senda gurau belaka, lalu bagaimana aku dapat melukiskan akhlak Muhammad, sedangkan Allah telah berfirman bahwa sungguh Muhammad memiliki budi pekerti yang agung! (QS. Al-Qalam[68]: 4)"
Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r.a. Isteri Nabi yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun[23]: 1-11.
Hurm,jadi memang benarlah kita tidak mampu untu mengambarkan indahnya akhlak Baginda.Cuba sesekali kita bandingkan dengan diri kita,memang jauh bagaikan Sidratul Muntaha ngan bumi,tapi sekurang-kurangnya kita mestilah berusaha untuk mengikuti jejak langkah Nabi.Ana pernah membaca sebuah kitab yang bertajuk-محبة الكائنات وطاعتها للنبي صلى الله عليه وسلم-yang mana di dalamnya terkandung hadis-hadis yang menceritakan rasa cinta terhadap Baginda bukan saja dari insan sekeliling ,malah juga di cintai oleh batu,haiwan sebagai contoh kisah seekor unta,malah dicintai oleh Jabal Uhud.wah..Maha Suci Tuhan Yang mencipta,memelihara dan mendidik nabi MUHAMMAD SAW yang bukan saja dicintai oleh manusia malah dicintai oleh makhluk sekelian alam.Bagaimana agaknya muamalah Baginda dengan semua makhluk sekeliling sehingga semuanya jatuh cinta dan saying kepada Baginda.BTapi tidak kurang juga yang memusuhi Baginda disebabkan tidak mahu kebenaran yang dibawa oleh Baginda dan sifat tidak percayakan ALLAH yang menyebabkan mereka membenci Baginda,memang benar lah kalam Nabi-Ulama pewaris Nabi-Ulama bukan saja bergiat dalam bidang dakwah tetapi turut dibenci oleh sekumpulan manusia yang tidak mahu kepada kebenaran,jika dulu Baginda berjuang dengan cara berperang yang mana setiap seorang dari tentera islam terpaksa berdepan dengan 100@200 orang musuh,tapi mampu juga untuk beroleh kemenangan,kita?di uji dalam perjuangan dengan kawan-kawan,dan juga wang.Sebagai contoh seorang pelajar yang mendapat pinjaman dari sesebuah badan untuk menyambung pelajaran dan dinafikan hak-hak sebagai seorang Daei.Adakah wajar tidak membenarkan menegur sesuatu yang hak?malah yang menjadi duri dalam daging dalam perjuangan kita pada masa ini adlah rakan-rakan sepermainan kita satu masa dulu.ape ni?kita nilailah diri kita dengan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi.Bagaimana Diri kita?Di pihak mana kita?
Jadi ana rasa kita haruslah mengambil iktibar sirah Nabi bukan sahaja ketika menyambut Maulidur Rasul malah ianya akan berterusan menjadi amalan dalam diri kita.InsyaALLAH.
Alhamdulillah,kita masih menyambut Maulidur Rasul pada masa kini,Cuma bagi ana,sambutan tanpa penghayatan juga tidak bagus,jadi marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan perasaan dan penghayatan ke atas Junjungan Besar Kita Nabi MUHAMMAD SAW.
Akhir sekali ana memohon maaf atas segala kesilapan dalam artikel ini.ana akhiri dengan cebisan doa kehadrat Ilahi-YA ALLAH,YA TUHAN KAMI,Dengan berkat Junjungan Besar Kami maqbulkan doa kami,Ya ALLAH ampunilah kami kerana kelalaian kami dalam memahami agamaMu,Kuatkan diri kami dalam mengikut jejak langkah Kekasih-Mu,Jadikanlah kami orang yang kuat mempertahankan agamaMu,JAdikan kami orang yang kuat beramal dengan sunnah Nabi Mu.AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
Oleh-
روسليزان بن محمد يوسف

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA