Taqwa

Sebagai seorang insan, kita tidak akan terlepas daripada taklif atau undang-undang kerana kedua-duanya diadakan untuk kemaslahatan dan kebaikan kita.Tetapi sebagai seorang mukmin, undang-undang Ilahi lebih patut diutamakan daripada undang-undang ciptaan manusia.Antara isi kandungan undang-undang Rabbani ini adalah sifat KETAQWAAN kepada Allah Ta’ala, iaitu melakukan setiap suruhan dan meninggalkan segala tegahan dan perkara haram.Taqwa merupakan suatu ‘antibodi’ bagi umat Islam untuk mengelak virus kemaksiatan sebagaimana badan kita yang memerlukan antibodi untuk melawan penyakit.Masyarakat yang meninggalkan ‘ antibodi’ taqwa ini nescaya akan menemui kerosakan di dalam sistem sesuatu masyarakat itu.

Natijah daripada tersebarnya kerosakan masyarakat ini, mereka akan ditimpa dengan kehinaan, kehancuran, kelemahan dan kemudaratan.Maka ketika itu, ramailah para pemikir dan cendiakawan mencari suatu inisiatif untuk mencari penyelesaian terhadap konflik yang melanda untuk mewujudkan suasan kehidupan yang aman dan sentosa di samping mendapat nikmat daripada Allah Ta’ala.Jesteru, Allah meletakkan satu titik pemangkin untuk mencapai matlamat tersebut.

Firman Allah Ta’ala:”Wahai manusia, takutlah kamu akan Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada diri yang satu…”Surah An-nisa’:Ayat 1.

Firman Allah lagi:”Wahai orang beriman, takutlah Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan kamu Islam”Surah Al-Imran:Ayat 102.

Tetapi Allah tidak membebankan hambanya ketika suruhan untuk bertaqwa bahkan berdasarkan kemampuan setiap individu itu…

Firman Allah:”Maka takutlah kepada Allah sekadar kemampuanmu..”Surah Taghaabun:Ayat 16

Ada sesetengah pendapat ulama yang mengatakan ayat di dalam Surah Taghaabun ada Nasikh kepada ayat di dalam Surah Al-Imran tersebut.Nasakh merupakan suatu proses di mana ‘Perintah Allah Ta’ala yang menunjukkan terangkatnya hukum terdahulu’.Di mana berlakunya proses Nasakh ini?Proses Nasakh ini hanya berlaku pada hukum syara’ secara mutlak samaada secara terang atau petunjuk.Wallahu ‘alam.

Taqwa;melalui kata-kata dan perbuatan.Melalui kata-kata iaitu dengan berkata benar adapun melalui perbuatan iaitu perkara difardhukan untuk dilaksanakan dan diikuti sekiranya baik, dan ditinggalkan sekiranya buruk.Di dalam suatu Athar;suatu hari Saidina Umar R.A bertanya kepada seorang sahabat berkenaan TAQWA.Lantas sahabat tersebut tanya kepada Saidina Umar R.A:”Bagaimana kamu melalui suatu jalan yang padanya ada duri?”Jawab Saidina Umar:”Tentulah aku akan berhati-hati”.Sahabat itu pun berkata:”Itulah taqwa, kamu berhati-hati sebagaimana kamu berhati melalui jalan yang ada duri.”

Di dalam hadith, terdapat banyak hadith-hadith Rasulullah yang menggesa untuk bertaqwa.Bersabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Imam Tirmizi dan hadith Hasan Sohih daripada Abi Umamah al Baahili R.A beliau berkata:Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah pada Haji Wida’ dengan berkata:”Takutlah kamu akan Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah kamu pada bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kamu, taatilah pemimpin kamu nescaya kamu akan dimasukkan ke dalam Syurga Tuhanmu” Wallahu ‘alam.Ini merupakan contoh daripada suruhan Allah dan perbuatan-perbuatan yang datang daripada taqwallah..Taqwa adalah jalan untuk ke Syurga, dan istiqamah di dunia asas kejayaan umat di akhirat.Dan taqwa;patuh kepada undang-undang yang adil yang menyuruh kepada kebaikan dan tidak menyuruh untuk bermaksiat kepada Allah Ta’ala kerana tiada ketaatan kepada makhluk untuk buat maksiat pada Al-Kholiq.

Untuk mendapat ketaqwaan ini, Nabi S.A.W. mengajar kita untuk meminta pertolongan daripada Allah Ta’ala untuk memudahkan untuk bertaqwa.Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud Hibru Ummah R.A berkata:Sesungguhnya Nabi S.A.W. berdoa:”Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepadaMu hidayat, ketaqwaan, kesucian daripada perkara yang diharamkan syara’ dan kekayaan hati”.

Kesan Taqwa:
1-Mendapat keredhaan Allah, dihapuskan kesalahan, keampunan daripada dosa dan ganjaran Syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.Firman Allah Ta’ala:”Wahai orang-orang beriman jika kamu takut kepada Allah, nescaya Allah memberimu petunjuk dan menutupi kesalahanmu serta mengampuni dosa-dosamu, Allah mempunyai kurnia yang Maha Besar.”Surah Al-Anfal:Ayat 29.
2-Menyuluh hati dan aqal dan Nur Rabbani sehingga dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.
3-Melepaskan diri daripada kesusahan di dunia dan akhirat serta diberikan rezeki yang halal lagi diberkati.Allah berfirman:”Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dari kesusahan dan diberikan rezeki dari sumber yang tak disangka.”Surah At-Tolaq:Ayat 2-3.
4-Allah akan mengurniakan ma’rifat.Firman Allah:”Dan takutkanlah kamu akan Allah nescaya Allah akan mengajarmu….”

Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith yang lepas dapatlah dibuat kesimpulan bahwa taqwa merupakan asas Islam, penghimpunkan segala kebaikan, pelindung daripada kejahatan, pemangkin segala kelebihan dan akhlak mulia.Taqwa asas kejayaan manusia di dunia dan akhirat, jalan kebahagiaan, jalan menuju ketenangan dan keredhaan bahkan penyebab kepada berhasil mendapat rezeki yang halal.Wallahu ‘Alam.

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA