mereka yang sudi

Sunday, May 16

NASIHAT PERTAMA Deen Itu Nasehat

”...Dan pastilah Allah akan menolong siapa saja yang mahu menolong (agama)-Nya. ..” (Al-Hajj: 40)

Dien Itu Nasehat
Ad-Diinu An-Nashiihah (agama adalah nasihat). Demikianlah pesan Rasulullah saw kepada kita, dan inilah yang melatar belakangi tulisan kami dalam lembaran-lembaran berikut. Kami menulis ini bukan kerana tidak ada pekerjaan, dan bukan pula kerana ada yang mahu membacanya.. Kami menulis kerana kami merasa ada nasihat yang harus kami sampaikan kepada ikhwah, para aktivis, sebagai satu bentuk penyertaan kami dalam ‘perjalanan’ yang diberkati ini. Perjalanan untuk menegakkan Dien dan meninggikan panji-panjinya.

Kami sebagaimana dikatakan oleh seorang sahabat yang mulia, ‘Abdullah bin Rawahah, “Kita tidak memerangi manusia kerana bilangan, kekuatan, dan jumlah kita. Kita hanya memerangi mereka kerana Dien ini. Dien yang Allah swt memuliakan kita dengannya”.

Oleh kerana itu, lazim bagi kita untuk berpegang teguh kepada Dien ini melebihi seorang muqatil (tenaga tempur) yang memegang erat senjatanya di tengah kecamuk pertempuran. Sebab muqatil, pada bila-bila masa ia akan mengendurkan pegangannya senjatanya, sirnalah harapannya untuk mendapatkan kemenangan, bahkan sirna pulalah segala asanya untuk tetap hidup. Demikian pula halnya dengan ‘ahluddiin’ (ahli ibadah), pada bila-bila masa pun mereka lengah di dalam Diennya – meski sesaat – semua citanya untuk menggapai kemenangan akan lenyap.

Pertolongan Allah bagi Siapa Yang Menolong (Agama)-Nya

Sesungguhnya Allah ta’ala hanya menolong orang-orang yang taat, ikhlas, berpegang teguh, dan bertawakkal kepada-Nya. Allah ta’ala berfirman:

”...Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. ...” (Al-Hajj: 40)

Maka barangsiapa tidak ’menolong’ Rabbnya, Dia pun tidak akan menolongnya. Barangsiapa bermaksiat kepadaNya, Dia akan meninggalkannya, membiarkannya bersama musuh-musuhnya.

’Umar al-Faruq pernah berkata, ”Kala kita tidak mampu mengalahkan musuh dengan ketaatan kita nescaya mereka akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka”.

Ternyata ’Umar lebih mengkhawatirkan dosa-dosa pasukannya daripada kekuatan musuhnya. Inilah bukti kesempurnaan pemahanan dan ke’brillian’an akal beliau.

Betapa kita di saat merasakan suasana ini, ingin senantiasa hadir di hati dan akal kita, tidak meninggalkan kita selama-lamanya.

Betapa kita ingin mengerti-dengan ilmu – yakin – bahawa Allah telah menjamin kemenangan Dien-Nya dan akan selalu menjaganya. Maka barangsiapa selalu bersama Islam ke mana pun ia berputar, hati dan anggota badannya sentiasa taat kepada Allah, pastilah Allah akan menolongnya. Barangsiapa menyimpang dari jalan yang lurus, pertolongan pun akan menjauh darinya.

Allah ta’ala Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Allah Maha Mengetahui. Artinya tidak ada sesuatu pun dari urusan kita yang tersembunyi bagi-Nya. Dia Maha Mengetahui akan batin dan niat kita seperti halnya. Dia Maha Mengetahui akan lahir dan amal kita. Dia Maha Bijaksana. Artinya, Dia akan selalu menempatkan segala sesuatu pada tempatnya. Dia tidak akan memberikan anugerah berupa penjagaan dan pertolongan kepada siapa yang tidak berhak mendapatkannya. Dan orang yang tidak berhak atas anugerah ini, sungguh tiada bahagian untuknya selain keburukkan. Na’udzu billah, kita memohon perlindungan kepada Allah dari kehinaan di hadapan-Nya.


Empat Perkara Yang Membinasakan

Nafsu terus memberontak, syaitan terus menggoda, dunia terus berhias, dan hawa sering kali memenangkan pertempuran.

Mereka semua telah hadir. Mereka ingin menghalangi antara seorang hamba dengan kemenangan dan kejayaannya di dunia dan di akhirat.

Mereka berempat benar-benar musuh utama kita. Jika kita mampu menguasai (nafsu, syaitan, dunia dan hawa) nescaya akan lebih mudah bagi kita untuk menguasai musuh-musuh kita dari kalangan manusia.

Sebaliknya, jika kita dikuasai oleh keempat-empatnya, sungguh antara kita dan musuh-musuh kita tiada lagi bezanya, sama-sama bermaksiat kepada Allah swt. Sementara mereka masih memiliki sesuatu yang lain, kekuatan yang lebih daripada yang kita miliki dan jika sudah demikian, kita akan kalah menghadapi mereka.
Kalimat-kalimat yang kami tulis di sini merupakan nasihat untuk membantu di dalam usaha mengalahkan nafsu, syaitan, dunia dan hawa.

Wahai saudaraku, yang kami inginkan hanyalah menunjukkan yang baik untuk menutup satu celah yang kami lihat atau menambahkan yang kurang atau menunjukkan yang makruf.

Peranan kami adalah berkata-kata dan memberi nasihat. Celah tidak akan pernah tertutup, kekurangan tidak akan pernah hilang, dan yang makruf tidak akan pernah terwujud kecuali dengan amal.
Disinilah perananmu wahai saudaraku, peranan kita semua.

Tentu saja, kata-kata bukan sekadar untuk diucapkan, tetapi ia untuk difahami dan di amalkan.

”Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan- Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan.
(At-Taubah:105)


As-Syahid Dr. Abdullah Azam

No comments: