PENGHAYATAN BERBEZA, MESKIPUN DARI BUKU YANG SAMA.
Seperti biasa, kebiasaannya, walaupun sudah dua tiga minggu terlepas peluang, untuk membaca buku bersama anak-anak.
Alhamdulillah, malam tadi, ketika sedang santai-santai di bilik hotel, kaklong Nurun datang mendekati dan mengingatkan.
Nurun: Ayah, dah lamakan ayah tak baca buku untuk kita orang. (nada memujuk)
Aku: Aah kan, jom la kita baca malam ni.
Nurun: Ayah ada bawa buku?
Aku : Ada, alhamdulillah, selalu ayah bawa. ( Memang menjadi tabiat, bawa buku ke mana-mana walaupun kadang di bawa sahaja tanpa baca 😅)
Nurun: yela, ayah memang bawa buku ayah, tapi ayah ada bawa ke buku yang kita orang boleh baca?
Aku : ada-ada, pun ada bawa.
Selesai perbualan tersebut, dengan lafaz bismillah dan pujian buat Allah, di sertakan dengan bacaan selawat Tafrijiyyah dari kaklong Nurun dan kakngah Tasnim, maka aku teruskan pembacaan dan anak-anak kusyuk mendengar sambil di selangi dengan beberapa tingkahlaku pergerakan dan lakonan dari kakngah Tasnim yang menghayati pembacaan tersebut.
Pada malam itu, kisah yang di baca tentang kisah Saidina Abu Bakar yang dipilih untuk menemani Rasullullah Sollallahu Alaihi Wasallam untuk berhijrah ke Madinah, maka, di setiap 'point' berharga, maka akan aku serapkan beberapa nilai penting dalam penceritaan.
Habis bercerita, isteri minta anak-anak untuk tidur, tapi raut wajah anak-anak semacam tidak puas dengan cerita. Muka kaklong Nurun menggambarkan sedih macam mahu menangis, wajah kakngah Tasnim gembira, senyum dan ketawa sikit-sikit, seakan-akan menonton upin dan ipin.
Pelik juga, jadi aku pun tanya untuk dapatkan kepastian dan berharap agar tidak salah faham dengan penceritaan.
Aku terus tanyakan kepada kaklong Nurun.
Aku: kenapa kaklong sedih, kan dah habis cerita tadi? (Aku cuba mengorek isi hatinya)
Nurun : sedih, kaklong nak menangis.
Aku: kenapa kaklong? Ayah ada marah kaklong ke masa ayah cerita tadi?
Nurun : tak, kaklong sedihla sebab kenapa ada orang yang tak nak kawan ( pulaukan) Nabi dan kawan-kawan Nabi, Nabi kan baik. Kenapa diorang kacau kawan-kawan Nabi? Kaklong tak suka orang buat macam tu kat Nabi.( Lagi sedih raut wajahnya)
Maka, aku terangkan semula tentang kisah-kisah sebelum berlakunya hijrah secara gambaran kepada kaklong Nurun.
Alhamdulillah.
Terus aku lanjutkan persoalan kepada kakngah Tasnim, kenapa pula dia senyum-senyum tak sudah-sudah dari tadi.
Aku : kenapa angah senyum? Angah tak sedih macam kaklong?
Tasnim: tak, angah tak sedih, aku suka.
Aku : kenapa angah suka? Angah suka yang mana?
Tasnim: angah suka la, cerita ayah tadi, Saidina Abu Bakar nak sangat teman Nabi, lepastu Allah pilih Saidina Abu Bakar jadi peneman, angah suka lah, kan best kalau dapat teman dan bersama Nabi.
Allahu Akbar.
Tiada lafaz dapat aku sambungkan kepada penghayatan cerita dalam minda kakngah, aku yang baca pun sekadar membaca, tapi anak-anak nampak dan gambarkan dengan jelas dalam pemikiran mereka.
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR,
Terus aku minta anak-anak membaca surah lazim yang ibu ajar beserta doa tidur.
Cuma, berfikir sendirian, dari buku dan tajuk yang sama, di baca bersama-sama, pada masa yang sama, tapi pemahaman dan penerimaan anak-anak itu berbeza, sudut pandang mereka berbeza, seorang sedih dan hampir menangis dengar Nabi SAW di sati, seorang lagi gembira tersenyum puas dengar Saidina Abu Bakar dipilih untuk menemani sepanjang perjalanan hijrah Nabi SAW, dan Alhamdulillah, kedua-duanya sama-sama berasaskan cinta kepada Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.
Allah.
Moga kaklong Nurun, kakngah Tasnim, kaklang Nuha, kami sekeluarga, dan kita semua, termasuk dalam hadis orang yang dirindui oleh Nabi Sollallahu Alaihi Wasallam. Aamiin.
#khutubkannah #kisahusrati #kisahnurun #kisahTasnim #kisahNuha #simpanuntukbacaanakandatang
Comments