KHABAR GEMBIRA BUAT KITA PENDOSA

Assalamualaikum, bersyukur kepada Allah kerana masih lagi diberi ruang untuk menulis catatan disini,

 InsyaAllah hari ini kita nak berkongsi tentang rahmat Allah, ada sebuah cerita daripada Nabi s.a.w,

Sebelum saya tulis disini, anda boleh memilih, samada untuk meneruskan pembacaan atau menonton video, kerana kisah ini telah saya ceritakan dalam siri bual santai tapi berisi, satu hari satu isi di channel youtube saya, 

dan ini linknya : https://www.youtube.com/watch?v=I46L0h0Gt_g 

 Baik, bagi yang mahu meneruskan pembacaan, kita teruskan, 

 Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh manusia sebanyak 99 orang. pada suatu hari, dia ingin bertaubat lalu mencari-cari orang yang berilmu di negeri itu yang dapat memberikan bimbingan.

 Dia telah dibawa kepada seorang pendeta, lantas dia menceritakan kejahatannya yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanya kepada pendeta tersebut, "Adakah taubatku masih diterima?"

 Kemudian pendeta itu mengatakan, "Tidak, taubatmu tidak akan diterima."

 Lalu orang itu membunuh pendeta tadi. Maka genaplah menjadi 100 orang yang telah dibunuhnya.

 Dia pun mencari-cari lagi orang yang paling alim yang lain di negeri itu untuk meminta nasihat. Maka dia dibawa berjumpa orang Alim (ahli ilmu).

 Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang, maka apakah masih diterima taubatnya? Orang Alim itu menjawab, " Ya, masih boleh.

Dan meneruskan katanya, Siapakah yang berhak menghalangi seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke daerah sana kerana penduduk daerah itu menyembah Allah s.w.t. 

Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan janganlah engkau kembali lagi ke kampung halamanmu kerana perkampunganmu daerah yang melakukan maksiat." 

 Maka, orang itu pergilah ke tempat tersebut. Semasa di perjalanan, dia pun meninggal dunia.

 Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar merebutkan orang itu. 

Malaikat rahmat membela, " Dia pergi ke sana kerana benar-benar ingin bertaubat dan menyerahkan dirinya dengan sepenuh hati kepada Allah s.w.t." 

Sedangkan malaikat azab berhujah dengan katanya, "Sesungguhnya dia belum pernah berbuat kebaikan walaupun sedikit."

 Lantas seorang malaikat yang lain diutuskan allah dan kedua-dua malaikat itu bersepakat menjadikannya sebagai hakim. Malaikat yang menjadi hakim itu berkata, "Ukurlah jarak kedua-dua daerah itu, dan nasibnya akan ditentukan berdasarkan yang lebih hampir."

 Apabila diukur, mereka mendapati daerah yang hendak dituju, lebih hampir.

 Dengan demikian, dia diterima oleh malaikat rahmat."

 Kisah ini ada disebutkan di dalam Riwayat Bukhori, 3470; dan riwayat Muslim, 2766. 

 Baik, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah yang diceritakan ini,antaranya ialah : Apabila kita menghadapi masalah, hendaklah kita merujuk Ulamak, dan sentiasa berdamping dengan ilmuwan.

 Orang yang ingin bertaubat hendaklah berusaha mengubah cara hidup dan berusaha bersungguh-sungguh dengn tekadnya untuk bertaubat. 

 Moga bermanfaat, jemput layari dan tonton tazkirah saya setiap hari di 'satu hari, satu isi' 

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA