Jalan2 Cari Makan Di Rumah Arab(Said)



(sumber gambar masjid Al-Azhar ni:US.Zulfaisol-201)

Setelah habis sahaja imtihan baru-baru ini,pada hari yang sama kaki ini telah melangkah ke sebuah rumah yang terletak di'sakiet mekky' yang jaraknya satu jam perjalanan.Tujuan ke sana adalah untuk memenuhi pelawaan sahabat karibku dari bangsa arab mesir untuk menziarahi keluarganya yang dah tak sabar2 menunggu kedatanganku ke sana.


Madah bagi imtihan terakhir bagi tahun 3 kuliah syariah ialah Qadaya,ye...seperti semua sedia maklum,madah ini yang akan menahan kesemua pelajar dari keluar awal..hehehe...Jadi saya pun keluar lambat gak,tapi kawan saya tu tetap menunggu disebabkan keinginannya yang membuak2 untuk mengajak aku datang ke rumahnya...

Kami tiba di rumahnya pada waktu asar,jadi kami g tunaikan solat dulu...selepas solat saya dihidangkan dengan secawan air limau nipis...peerrggghhh...sedap giler...

Tidak lama kemudian ibunya memanggil kami ke tingkat atas untuk menikmati hidangan

Dengan berbekalkan perasaan lapo yang terhingga,saya pun berjalan dengan semangatnya untuk merasa juadah yang disediakan oleh bangsa arab...Sampai2 je,mak die terus hulur air basuh tangan,ha,ape lagi,cepatla saya duduk,sekali tengok makanan die..huhuhu...mak die siap cakap lagi-makanan ni semuanya untuk kamu-(setelah di terjemah ke dalam bahasa melayu)...ha..tengokla,saya pun terfikir,leh ke abis??




Ha..setelah habis melantak(xabis pun)maka badan ini terasa mahu berehat jadi kami pun melepetla kat bilik Si Said ni...lepak punye lepak nak dekat isya'..Jadi saya pun meminta diri untuk pulang ke rumah..Ha ni la pengalaman g ziarah umah kawan(arab).Jadi kepada sahabat2 yang lain,rajin2 la bercampur ngan sahabat2 dari negara yang lain...


(gambar sekadar hiasan)

Roslizan Bin Mohd Yusof
bilik 202
Rumah Wilayah Hayyu sabie
0015....ngantuk....

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول