Coret2 hari Keluarga 2009

السلام عليكم,
Kehadapan semua pembaca diharapkan sihat dan bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi ini,ya..memang tidak dapat dinafikan kita diciptakan dimuka bumi ini dalah untuk meneruskan perjuangan2 orang-orang terdahulu dalam usaha mengekalkan,mempertingkatkan dan mengembang kalimah tauhid kepada semua manusia.
Tujuan penulisan pada hari ini adalah untuk perkongsian sekitar hari keluarga negeri sembilan mesir yang di adakan baru-baru ini.

Secara Umumnya dapatlah dikatakan dan diperakui bahawa saf-saf kepimpinan program kali ini berjaya.Hal ini terbukti dengan kehadiran peserta dan respon dari setiap pihak.

sedikit tentang Hari Keluarga yang dijalankan pada 22-25 jun.

Program dimulakan dengan majlis perasmian,dan dirasmikan oleh pegawai khas kebajikan N9.

Pada hari selasa bersamaan 23 jun,Kesemua peserta di hidangkan dengan acara dan slot2 ilmiah yang amat menarik hati kerana ianya dijalankan secara kreatif oleh pihak penganjur,seperti contoh 'ilmiah cafe'dalam program ini peserta berkongsi maklumat dan ilmu dengan juru acara secara santai,memang menarik minat dan menmbah thaqafah peserta.

Acara lain seperti slot 'Safari hunter' 'Debat' memeng menunjukkan peserta mempunyai ilmu dan thaqafah yang terpendam.

Pada hari berikutnya,acara indoor yang tidak kurang meriahnya,acara2 seperti Teh Tarik memang menarik perhatian semua,tidak ketinggalan acara 'Iq Genius'dan 'Who Wants to Be A Daie'memang mengerah dan memerah iq para peserta.Ini kerana dalam slot ini peserta2 diajukan soalan2 berbentuk ilmiah,kontemporari dan ilmu sampingan.
Pada malamnya pula,acara 'Dakwah Kreatif'yang mana kumpulan2 peserta dikehendaki membuat sesuatu berkisar tentang dakwah secara kreatif.Pada malam tersebut terbukti peserta2 hari keluarga ini mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan kewartawanan.

Pada hari berikutnya yakni hari terakhir,acara outdoor yang mana memerlukaqn persediaan mental dan fizikal dari setiap peserta.Acara2 seperti Futsal,Tarik tali dan macam2 lagi[http://roslizanfikrahmujahid.blogspot.com/2009/06/laporan-sukan-hari-keluarga-ns.html]memang menarik hati.
Pada malam tersebut juga diadakan majlis perasmian penutup,walaupun dalam keadaan letih,para peserta tetap juga menghadiri dan memeriahkan majlis.

Kesimpulan dari program ini,kita dalam kita mempersiapkan diri sebagai Jundullah dan daie ini,kita memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal.Hal ini kerana dalam memenuhi tuntutan sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi ini kita tidak boleh lari dari tanggungjawab kita sebagai daie.
Dan diharapkan kepada semua termasuk diri yang lemah ini,sebagaimana kita memeriahkan da memenuhkan program hari keluarga ini,dapatlah kiranya kita meneruskan semangat tersebut untuk memenuhkan kelas2 pengajian yan melimpah2 di bumi Mesir ini..
Sekian

Roslizan Bin Mohd Yusof
Bilik 202,
Rumah Wilayah,
Hayyu Sabie,

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA