Posts

Showing posts from October, 2010

Perbaiki Diri

Image
salam...post ni dikala diri ini sedang meneguk-neguk air kopi pekat berperisa 'caramellato',disamping kek 'coconut date tart' disebuah tempat minum yang dinamakan 'COSTA CAFE'...ni kali ketiga datang ke tempat begini. Maka terhasillah.... Sahabat yang di rahmati Allah, Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kalian dan dibahagiakan dengan keredhaan-Nya. Sentiasa beroleh taufik, hidayah dan keimanan mendalam. Hiasilah diri kalian dengan akhlak Islam dan ketakwaan yang tinggi, mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Jadilah kalian penyuluh ke jalan kebenaran. Elakkan kaki kalian menuju ke lorong maksiat dan keingkaran. Pimpinlah tangan rakan-rakan ke jalan ketaatan serta kejayaan hakiki. Dalam kesibukan kalian memburu cita-cita dan kerjaya, ambillah sedikit waktu untuk meneliti hakikat kejadian kalian. Renungkan maksud firman Allah s.w.t. dalam surah Az-Zariat ayat 20-21, "Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi ...

peringatan bersama

Hadis Nabi s.a.w mengenai buruk sangka dan mencari aib orang lain. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka kerana buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

benarkah kita???

Image
salam...malas nak ulas panjang-panjang...ada yang menyokong ada yang membangkang, sedangkan ALLAH dah turunkan garis panduan, adakah yang kita buat ini mengikut pensyariatan??? sekali pandang pun dah jelas, yang terdedah sana sini, itu ke busana islam??? kembalilah ke pangkal jalan, takkan nak tunggu musibah baru nak cakap kebenaran... nah...ambillah kalam tuhan sebagai panduan, adakah kita ni di pihak yang mempertahankan kebenaran atau membentengi kesalahan, kenapa tak mahu diperbetulkan. Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak merek...

fikir-fikirkanlah....

ASSALAMMUALAIKUM Sila baca, renung, dan fikir2kan bersma. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruhtubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu k...

peranan ilmu

Ilmu adalah asas segala amalan dan imam segala amalan serta sesuatu yang membaikkan segala amalan kita.Tiadalah faedah sesuatu ilmu itu tanpa amal yang disertai dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.Seterusnya tidak bermanfaat sesuatu amalan itu dengan tiadanya ilmu.Maka ilmu dan amal adalah pasangan kembar yang tidak boleh dipisahkan.Banyak kelebihan ilmu yang telah dinyatakan dalam Al-Quran.* قال تعالى“قل هل يستوىالذين يعلمون والذين لايعلمون ” الزمر:9 Ilmu itu umpama nur sepertimana yang dikatakan dalam nasihat Imam Waqi’ kepada Imam Syafie yang mana nur tidak dapat menembusi hati yang membuat dosa. شكوت الى وكيع عن سؤ حفظي فأرشدني الى ترك المعاصى فأخبرنى بان العلم نور ونور اللة لا يهدى للعاصى Tiada dapat tidak,kita perlu tajdidkan niat menuntut ilmu,adakah untuk mengejar pangkat mumtaz?Adakah untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t dan sebagai bekalan di akhirat?atau apa sahaja persoalan..Moga kita digolongkan daripada golongan A...

lelaki soleh

Image
1. Sentiasa taat kepada Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w. 2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 5. Ikhlas dalam beramal. 6. Kampung akhirat manjadi tujuan utama hidupnya. 7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya. 8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 11. Tawakal penuh kepada Allah s.w.t. dan tidak mengeluh kecuali kepada-Nya. 12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama Mukmin dan ukhwah diantara mereka. 14. Sangat kuat amar ma'aruf dan nahi munkarnya. 15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah s.w.t. 17. Kasih sayang dan penuh...

janji buruk....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ana menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian juga kepada diri ana sendiri supaya tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) juga kepada sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W).Moga-moga diri kita menjadi di kalangan hamba-hamba Allah yang benar-benar bertakwa kepadanya.Sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa kepada Allah S.W.T. Marilah kita merenung serta menghayati persoalan yang telah Allah keutarakan kepada kita semua di dalam surah Ali-Imran ayat yang ke 83; أفغير دين الله يبغون وله أسلم من في السموت والأرض طوعا وكرها وإليه يرجعون Maksudnya:”Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah,padahal kepada-Nya lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka akan dikembalikan” Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah,ini kerana Allah S.W.T ...

PENARAFAN SUMBANGAN KEPADA PENGORBANAN

Image
Firman Allah swt. : ا نفروا خفافا و ثفالا و جهدوا بأموالكم و أنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون at - Taubah : 41 Segeralah ( menuju medan juang ) samada dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta benda kamu dan jiwa raga kamu di jalan Allah. Sedemikian itu adalah suatu yang terbaik bagi kamu jika sekiranya kamu mengerti . Ayat di atas adalah satu arahan agar setiap individu yang mengaku beriman agar turun ke medan untuk berjuang dan berjihad, biarpun mengalami kesukaran dan kepayahan tanpa lengah. Mengorbankan harta benda ( wang ringgit / emas perak ) kamu serta jiwa raga ( tenaga , masa , darah & nyawa ) . Mungkin sebahagian dari ummat Islam akan menganggap, penglibatan atau pembabitan diri dalam perjuangan Islam ini adalah suatu yang merugikan justeru risikonya terlalu tinggi. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Syeikhul Islam Imam Taqiyyudin ( Imam Ibnu Taimiyyah ) ketika menafsirkan ayat 40 dari Surah al Anfaal , bahawa implikasi perj...

Islamic Fashion Festival Calar Kehormatan Orang Islam

Image
Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari. Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya. Jika kita melihat kepa...

keratan akhbar

Image
kejadian ini berlaku pada awal bulan 10. pada masa ni keadaan ARWP agak tunggang langgang disebabkan persediaan menyambuta kedatangan Datuk Menteri untuk merasmikan bangunan ARWP yang berusia lebih kurang 16 tahun kewujudannya di bumi Mesir ini, dan didiami oleh manusia sekitar setahun yang lalu. Dalam kesibukan membuat persiapan, dan berhadapan dengan beberapa pengarah program ini, beserta dengan sikap-sikap pejuang-pejuang kebenaran yang tidak menghiraukan kesusahan orang lain, arahan yang bertindih-tindih (sekejap ok ,sekejap ko), diriku disapa oleh seseorang dengan nada berharap...."tolong bawa wartawan ni g bilik kamu, die nak amek gambar bilik'.. Lalu ku bawa wartawan ini ke bilikku dengan penuh kepatuhan...huhu...maka terjadi lah dialog n gambar-gambar ini... 'agak terkilan,antara kalamku diubah...kerana jawapan yang kuberikan terhadap soalan beliau tentang sewa rumah,.jawapanku''''sewa rumah ni 90 pound, antara yang tertinggi dikawasan ni''...

Tarbiyah dan Kompetensi

Di dalam gerak kerja jemaah, unsur tarbiyyah sangat perlu dititik-beratkan oleh kepimpinan kepada ahli-ahli serta struktural organisasi. Ini menjamin kompetensi dan maintainance serta produktiviti kerja dan ahli berkualiti dan sentiasa bertambah seiring dengan tercapainya matlamat jemaah Islam. Kealpaan dalam tarbiyah bakal menjuruskan jemaah kepada bibit-bibit perpecahan dan hilang arah akibat jiwa tidak dibasahi dengan panduan rabbani. Beberapa kesilapan ini pernah diperkatakan oleh seorang tokoh gerakan Islam, Ustaz Mustafa Mahsyur bahawa setiap ahli jemaah tidak boleh cuai dan lalai. Beliau melihat hari ini gerakan dan jemaah Islam banyak melakukan kesilapan berikut: 1. Memberikan tumpuan yang lebih kepada bidang politik dan meringankan aspek tarbiyah. Hal ini berlaku kerana gerakan diatur oleh politik dan terlalu sibuk menghabiskan masa dalam menyelesaikan pelbagai masalah, kemusykilan dan perhitungan. 2. Tidak menyediakan murabbi (penasihat) dan para pelatih. Para m...

tak yah marah2 :)

Sahabat yang dirahmati Allah, Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af. Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh” (Surah Al-A'raaf ayat 199) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)" (Hadis Riwayat Baihaqi) Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud : "Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taal...

Di Antara Kalam Hikmah Imam asy-Syafi'i

Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi'i radhiyallahu 'anhu berkata:- 1) Ilmu itu bukan apa yang dihafal, tetapi ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan. 2) Perbalahan dalam ilmu hanya akan mengeraskan hati dan menimbulkan permusuhan. 3) Siapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka dia tidak memiliki kemuliaan. Siapa yang melihat dirinya lemah (di hadapan Allah Ta'ala), maka dia akan memperolehi istiqomah. Siapa yang sangat menginginkan dunia, maka dia akan menjadi hamba kepada pencintanya (dunia). Siapa yang puas dengan apa yang ada (bersifat qana'ah), maka dia tidak akan tunduk kepada orang lain. 4) Kebaikan dunia dan akhirat itu adalah lima perkara: - Kaya jiwa, - Tidak menyakiti orang lain, - Hasil usaha yang halal, - Pakaian taqwa, - Kepercayaan teguh kepada Allah Ta'ala dalam setiap keadaan. 5) Lelaki itu tidak akan mencapai kesempurnaan melainkan dengan empat perkara: - Kuat beragama - Bersikap amanah - Memelihara diri (daripada perkara yang menjatuhkan maruah)...

PULANGNYA SEORANG PERMATA BKAWM

Image
KAHERAH, 16 OKT.- Jasa mu sentiasa akan dikenang. Itulah ungkapan yang terbaik kepada Saudara Khairul Aswad yang merupakan seorang aktivis Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang sentiasa membantu BKAWM dalam apa jua keadaan sekali pun. Kepulangannya sungguh dirasai oleh semua ahli BKAWM. Kepulangannya ke Malaysia bagaikan sebutir mutiara yang tiada gantinya. Saudara Aswad yang memulakan kerjayanya di BKAWM sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKAWM memegang portfolio Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan sesi 2008/2009. Beliau merupakan graduan Maahad Al-Azhar Syoubra telah menamatkan pembelajarannya tahun lepas sebelum menyambung pengajian ke Syria untuk mengambil Kuliah Bahasa Arab di sana. Walaupun beliau sudah menamatkan pengajian tetapi komitmen beliau dengan persatuan tetap berterusan sehingga sebelum beliau pulang ke Malaysia semalam. Turut hadir untuk menghantarnya ialah mantan-mantan AJKT BKAWM, Saudara Roslizan, Saudara Khairul Afandi,S...

bersabar kerana Allah

Sabar, adalah kalimat yang mudah diucapkan. Namun berapa ramai antara kita yang bersabar dalam apa jua suasana dan ketika. Adakah sabar itu ada batasnya?, Sabar yang bagaimana sehingga ia diiktiraf sebagai sebahagian dari iman? Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah s.w.t.? Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar." (Surah Ali Imran ayat 146) Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi keh...

kawal hati...kaya peribadi

pemuda-pemudi Islam sejati; ku mengasihi kalian dengan kasih sayang Islam supaya dengannya kita dikumpulkan bersama-sama di yaumil akhir nanti. Di sana nanti tiada lagi naungan selain dari naungan-Nya. Hamba-hamba Allah yang beriman dan saling berkasih-sayang kerana Allah serta saling ingat-memperingati kepada kebenaran dan kesabaran, layak dihimpunkan di bawah naungan dan lindungan-Nya. Pemuda-Pemudi harapan! Mari sama-sama kita meneliti maksud sabda Rasulullah s.a.w; "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Iulah hati atau kalbu.(Riwayat Bukhari dan Muslim). Bertolak dari penelitian ini perlu sentiasa diingat, telah Allah sediakan dua pontensi pada hati;"Maka Allah mengilhamkankepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".(Surah Asy-S...

Suatu Masa Dulu, Suatu Masa Kini.........

Image
Suatu Masa Dulu... Budi adalah sakti Budi tak dijual beli Budi sangat diingati Suatu Masa Dulu... Atas Budi ditambat janji Janji setia Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun Takkan mengaib dan berbunuh Suatu Masa Dulu... Atas Budi, raja didaulat Air kaki raja menjadi ubat Ketulahan raja China yang tak kenal pangkat Suatu Masa Dulu... Budi bahasa diberi percuma Budi bahasa maruah harganya Budi bahasa tiada galang gantinya Suatu Masa Dulu.... Atas Budi, nenek moyang bergurindam Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Suatu Masa Kini, Budi tiada nilai erti Yang ada hanya tuan dan kuli tunjuk sana tunjuk sini Suatu Masa Kini, Budi hanya hiasan di akhbar Jadi lencana menteri dan pembesar Ditolak tarik ikut selera besar Suatu Masa Kini, Budi bahasa harganya diletak Aku bayar, kau bergerak No Money, No Talk Suatu Masa Kini, Budi itu gantinya duit Diberilah istilah menyelit-nyelit Panggil rasuah kang, orang hamun bukan sikit Suatu Mas...

............................................................

Imam Hasan Al-Bana pernah menitipkan : الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء . Islam itu adalah Peraturan yang meliputi seluruh kehidupan manusia . Termasuk perbahasan Negara, Negeri, pembentukan kerajaan dan pembinaan Masyarakat , nilai Akhlak, kekuatan, kasih-sayang dan keadilan, Kebudayaan, perundangan, Intelektual dan penghakiman. Islam juga meliputi Material, pendapatan dan kekayaan .Islam juga jihad, dakwah, tentera dan pencambahan idea. Seperti mana ia juga adalah aqidah yang betul dan Ibadah yang benar .