peranan ilmu
Al-Quran.*
قال تعالى“قل هل يستوىالذين يعلمون والذين لايعلمون ”
الزمر:9
Ilmu itu umpama nur sepertimana yang dikatakan dalam nasihat Imam Waqi’ kepada Imam Syafie yang mana nur tidak dapat menembusi hati yang membuat dosa.
شكوت الى وكيع عن سؤ حفظي فأرشدني الى ترك المعاصى فأخبرنى بان العلم نور ونور اللة لا يهدى للعاصى
Tiada dapat tidak,kita perlu tajdidkan niat menuntut ilmu,adakah untuk mengejar pangkat mumtaz?Adakah untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t dan sebagai bekalan di akhirat?atau apa sahaja persoalan..Moga kita digolongkan daripada golongan Al-Muflihun iaitu untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengharapkan redha dan hidayah dariNya semata-mata.Maka,semakin banyak ilmu kita semakin dekat kita dengan Allah s,w,t,seterusnya semakin jauh kita meninggalkan maksiat.Oleh itu,dalam menuntut ilmu,kita harus sungguh-sungguh menjauhkan diri daripada perkara maksiat.lebih-lebih lagi penyakit hati yang kadang-kadang kita tidak perasan akan kehadirannya
Menurut kata Dr.Yusof Al-Qardawi,maksiat itu merupakan punca kegagalan dan musnahnya kehidupan seorang syabab muslim.Sesungguhnya maksiat yang dilakukan oleh manusia itu lebih bahaya daripada sekumpulan musang.Sama-sama kita beringat,ilmu itu milik Allah.Cuba bayangkan,ketika kita menuntut ilmu Allah s.w.t dan dalam masa yang sama kita masih melakukan perkara-perkara dosa malah banyak beralasan dan masih ingin sembunyikan perkara kebenaran.Nau’zubillah…
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Sungguh,orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keerangan dan petunjuk,setelah kami jelaskan kepada manusia dalam Al-Quran,mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat” Al-Baqarah : 159
Saya berminat selitkan petikan lirik nasyid ‘Kembara Ilmu’yang boleh kita ambil sebagai iktibar bersama sebagai pengembara ilmu:
“Kembara misi lembah nurani dan titisan ilmu lulusan budi
persiapan dari akal yang murni untuk diuntai mutiara sufi menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci jangan ditinggal gersang dan jangan dibiar hitam,
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda kembara sufi terasa sukar,sesatlah di dalam pelayaran
Hanya tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan”
Justeru itu,kita sebagai penuntut ilmu agama iaitu fatayat harapan agama berperanan memberi kefahaman hakikat Islam dengan neraca ilmu yang sebenar bukan dengan emosi dan fahaman sekularisme yang telah lama menular dalam kehidupan kita.Kita perlu bermula di sini,tunaikan hak seorang sahabat,seorang kakak,seorang
a’limah.Jangan sesekali mengelakkan diri daripada tugas ini.Ini tugas kita bersama...
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Jika kamu tidak berangkat(untuk berperang),nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun.Dan Allah Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.” At-Taubah : 39
*Kitab Haqaiq A’nit At-Tasawuf,karangan Seikh Abdul Qadir Isa Al-Halbi.
Comments