Posts

Showing posts from April, 2010

Personaliti melalui jenis darah

Image
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya? DARAH A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga ...

MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM

Image
Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut; 1) Mumaiyiz Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat. 2) Pemuda/i Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya.Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun. 3) Orang tua Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal ma...

Hari Jumaat

Image
Bersempena ngan hari jumaat...maka teringinlah nak tulis tentang jumaat.... Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana kita dapat bertemu lagi di hari ini dengan limpahan nikmat kesihatan yang baik yang di kurniakan dari YANG MAHA ESA......semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah serta rahmat dari Allah swt pada hari ini iaitu penghulu segala hari dan hari-hari sterusnya..insyaAllah.... JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku....

3 PERKARA TENTANG SOLAT

Image
3 Perkara Berat Tentang Solat "Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.Berat ada 3 peringkatA. Berat sebel...

AWAS!!!!!!

Image

Kawal Nafsu Amarah Anda

" Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-A'raf:20) Baginda Rasul berpesan kepada para sahabatnya dengan berkata:"Jangan marah,jangan marah,jangan marah." Terdapat satu kisah iaitu ketika seorang lelaki dalam keadaan marah,disuruh oleh baginda Rasul memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syitan. "Dan aku berlindung kepada-Mu,wahai tuhanku,supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku" (Surah al-mukminun:98) "Sesungguhnya org2 yang bertakwa,apabila mereka di sentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan,mereka ingat(kpd ajaran Allah)maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)" (Surah Al-A'raf:201) Terdapat hal-hal yang dapat menimbulkan keresahan,kesedihan,emosi dan amarah di dalam hati,yang ubatnya ada pada diri Baginda Rasul: 1)Menahan Marah "Dan org2 yang menahan marahnya" (Surah Ali Imran:134...

Ramalan Kitab Hindu Tentang Nabi Muhammad S.A.W

Kitab tua Hindu telah meramalkan kedatangan seorang yang bernama Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan dengan detail bahawa Narashangsa itu adalah Nabi Muhammad saw berdasarkan beberapa pembuktian. 1. Narashangsa bermakna Yang Terpuji. Ia sama dengan nama Nabi Muhammad saw atau ahmad yang turut membawa makna Yang Terpuji. 2. Narashangsa dikatakan akan dilahirkan di padang pasir. Nabi Muhammad saw sememangnya dilahirkan di padang pasir. 3. Narashangsa dikatakan amat dikasihi oleh pengikutnya. Stanley Lane Poole dalam Speeches Of Muhammad menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw amata dikasihi pengikutnya. 4. Narashangsa dikatakan akan mendapat wahyu. Nabi saw menerima wahyu daripada langit. 5. Narashangsa dikatakan memiliki personality yang lembut, sama dengan nabi saw. 6. Narashangsa mencegah pengikutnya daripada melakukan dosa. Tugas Nabi saw adalah untuk mencegah daripada perbuatan dosa dan menggalakkan perbuatan yang mengundang pahala. 7. Narashang...

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

Image
KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut. Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka. Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini (gambar), juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut. “Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari...

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH(muqaddimah)

Entri kali ini berkisar tentang buku yang berjudul: RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH MUQADDIMAH Buku ini adalah ringkasan dan intisari kuliah yang telah saya sampaikan dalam beberapa pertemuan yang membincangkan masalah pendidikan. Dalam huraiannya saya menyentuh beberapa halangan dan penderitaan yang sering dihadapi oleh para pendakwah Islam. Saya juga menyentuh beberapa ciri-ciri dan sifat Imaniyyah yang wajib dimiliki oleh seorang Da’ei yang menyeru kepada Allah Subhanahu Wata’ala, supaya mereka menjadi golongan Rabbani, mampu menghadapi sebarang cabaran dan dapat mengatasinya dengan berkat pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Buku ini mengandungi 4 persoalan asas: PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5 jenis dugaan yan...

kenapa kita bermazhab

1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. tidak bermazhab, kenapa kita perlu bermazhab? 2. Persoalan ini sering kali menghantui segelintir umat Islam. 3. Mazhab ialah kefahaman para ulama. Apabila disebut mazhab Syafii, ia adalah kefahaman Imam Syafii dan ulama kemudian yang mengikut gaya kefahaman beliau dalam memahami nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga dengan mazhab yang lain. 4. Apakah perlu bermazhab? Sebenarnya tidak perlu jika kita mempunyai kemampuan untuk berijtihad secara langsung daripada al-Quran dan hadis. Jika tidak, seeloknya mengikut kefahaman para ulama. 5. Contohnya dalam keinginan untuk makan kek. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kek tersebut. Pertama dengan membeli bahan mentan seperti tepung, gula, telur dan sebagainya. Kemudian diproses masak hingga menjadi kek. Kedua dengan terus membeli kek di kedai. 6. Bagi yang mampu, silalah untuk membuat kek sendiri. Jika tidak, belilah kek di kedai. 7. Kenapa perlu bermazhab? Antaranya : - Ketidakmampuan memahami nas al-Q...

kenapa kita bermazhab

1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. tidak bermazhab, kenapa kita perlu bermazhab? 2. Persoalan ini sering kali menghantui segelintir umat Islam. 3. Mazhab ialah kefahaman para ulama. Apabila disebut mazhab Syafii, ia adalah kefahaman Imam Syafii dan ulama kemudian yang mengikut gaya kefahaman beliau dalam memahami nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga dengan mazhab yang lain. 4. Apakah perlu bermazhab? Sebenarnya tidak perlu jika kita mempunyai kemampuan untuk berijtihad secara langsung daripada al-Quran dan hadis. Jika tidak, seeloknya mengikut kefahaman para ulama. 5. Contohnya dalam keinginan untuk makan kek. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kek tersebut. Pertama dengan membeli bahan mentan seperti tepung, gula, telur dan sebagainya. Kemudian diproses masak hingga menjadi kek. Kedua dengan terus membeli kek di kedai. 6. Bagi yang mampu, silalah untuk membuat kek sendiri. Jika tidak, belilah kek di kedai. 7. Kenapa perlu bermazhab? Antaranya : - Ketidakmampuan memahami nas al-Q...

Renungkan

Image
(sekadar hiasan) Seorang hamba pergi bersiar2 di tepi hutan.Sedang dia asyik menghirup udara segar,tiba2 terdengar bunyi: AUMMMMM!!!!! rupa rupanya datang dari seekor harimau yang sedang menunggu mangsa. Alangkah terkejutnya hamba Allah itu lalu meninggalkan tempat itu untuk menyelamat kan diri. Oleh kerana harimau itu terlalu lapar maka harimau itu terus mengejar hamba Allah tadi yang sedang berlari sekuat kuat tenaga dalam hutan itu. Hamba Allah itu sempat berdoa Agar terselamat dari cengkaman harimau yang sedang mengejarnya.. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi. lalu hamba Allah itu mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri di dalam perigi itu secara kebetulan terdapat seutas tali yang diikat pada sebuah baldi maka bergayut la hamba Allah itu pada tali tersebut untuk mengelak dari dibaham oleh harimau tadi.. Malangnya tali itu pendek sahaja dan hamba Allah itu tergantung ditengah2 perigi.Dia mendongak keatas dan dilihat harimau tadi sedang menunggu di atas. kalau dia c...

BINGKISAN BUAT SAHABAT UKHWAHKU YANG DIKASIHI ALLAH

Image
Bismillahhir Rahmanir Rahim… Untuk Sahabatku Yang Dikasihi Kerana Allah.. Semoga isi surat ini semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah RasulNya dan dapat mengubati segala penyakit-penyakit hati. Sheikh Said Ramadhan Al Buty (Ulama' Syria) pernah menyebut dalam bukunya bertajuk “Dosa Batin” bahawa apa juga perbuatan yang tidak didasari keikhlasan hati, ia tidak akan menjadi perbuatan yang menghampirkan diri kepada Allah.. Sahabatku Yang Disayangi.. Pada hari ini kita sedang berada di suatu zaman yang dipenuhi dengan Jahiliyah yang bermacam ragam, dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya kefahaman Islam yang sebenar melainkan hanya segelintir manusia sahajayang mengetahui. Semoga Allah memilih hati-hati kita untuk diletakkan hidayah dan kefahaman.. Alangkah besar nikmat sekiranya Allah memilih kita.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam..! Sahabatku Yang Budiman.. Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam, ...

Lebih bersemangat

Image
hari ini saya memulakan hari seperti biasa, cumenya pada hari ini 'studygroup' dibuat seawal pagi...jadi seperti biasa mempersiapkan diri untuk mengulangaji ilmu Allah bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai negeri. Studygroup pun berlalu macam biasa,cuma pada pagi ini ada juadah mee goreng yang dihidangkan oleh seorang sahabat untuk kami semua..Alhamdulillah.... Selepas dari studygroup,dengan berbekalkan semangat waja dan jitu,aya bergerak ke satu tempat yang agak jauh untuk menghadiri mesyuarat bagi jabatan bendahari,,, Apa yang menariknya,dalam mesyuarat ini ada seorang ustazah bersuara didalam mesyuarat itu..camni la lebih kurang kata-katanya.... ""kita kena selesaikan segera,kalau tak selesaikan,takut sampai generasi anak-anak kita belajar disini dan selesaikan benda ni""" camtula bunyinya,tergelak gak bunyi nya... tapi bila fikir2 kan balik,ustazah ni seorang yang berpandangan jauh...bayangkanlah,sekarang umur kita 24tahun....kalau kahwin s...

AmiK SebAgAi PanDuAn..!!

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait - bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang... 1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. 2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak -ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. 3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat - tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai s...

Hudud

Muqaddimah. Menerusi entri kali ini, saya hanya membicarakan mengenai hudud secara umum dan ringkas berserta olahan yang mudah difahami, insya Allah. Dengan erti kata lain, entri ini hanya sekadar pengenalan mengenai hukuman hudud. Definisi. Hudud dari sudut bahasa Arab: Merupakan plural (jama') kepada kalimah had yang bermaksud "penghalang". Dari sudut syara', ia digunapakai untuk hukuman-hukuman yang dikenakan terhadap perbuatan-perbuatan maksiat tertentu. Oleh itu, para ulama' mendefinisikan hudud sebagai: Hukuman yang ditentukan syara' terhadap kesalahan-kesalahan melanggar hak Allah Ta'ala serta disandarkan kepada sebab-sebabnya.[1] Hukuman ini dinamakan hudud kerana ia boleh menghalang manusia daripada berterusan melakukan jenayah tersebut. Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud. Perbuatan maksiat yang dikenakan hudud adalah tujuh: 1) Murtad. Apabila seseorang Muslim murtad daripada Islam dengan ucapan atau perbuatan, maka dia akan diberi tempoh tiga...

Perwatakan Mengikut hari lahir.

1. Hari Isnin Tidak kedekut, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan duit, pembela kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara. 2. Hari Selasa Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, mudah marah, tidak sabar dan selalu inginkan kemenangan. 3. Hari Rabu Pendiam namun kalau sudah berkata tidak percaya, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan murah rezeki. 4. Hari Kamis Pendirian tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpengaruh oleh rayuan halus dan tidak sabar. 5. Hari Jumat Disukai ramai orang, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan 6. Hari Sabtu Rajin bekerja, rajin dan pandai mencari rezeki, ditakuti ramai orang, pandai membawa diri dan menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik. 7. Hari Minggu Pandai bergaul, disukai e\ramai orang, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik.

Umat Islam Kini........MasyaAllah!!!

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba- tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Ma...

Iklan BTEC BKAWM

Image

Hikmah di sebalik Musibah

Musibah mampu mengeluarkan nilai-nilai ubudiyah doa yang selama ini terpendam.Dikatakan:"Maha Suci Zat yang sudah mengeluarkan doa dengan musibah."Dalam athar ada disebut ertinya " Allah menurunkan ujian kepada seorg hamba yang soleh dari hamba-hambaNya.Dan kepada para malaikat Dia berkata :"Supaya Aku mendengar suaranya." Faedah yang lain,dibinasakan kesombongan dan keangkuhan jiwa.Allah swt berfirman,ertinya: Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas(yang sepatut atau yang sewajibnya).Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya." (Surah Al-'Alaq:6-7) Musibah juga mengugah cinta kasih sesama manusia,semakin menyatukan rasa cinta kepada sesama manusia, dan saling mendoakan kepada yang sedang ditimpa.Sudah menjadi lumrah seseorang itu terpanggil untuk bertanggungjawab dan mencintai orang yang sedang ditimpa musibah dan mendapat ujian. Musibah juga merupakan suatu penghapusan dosa yang akhirnya membawa kesedaran kepa...

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorangabid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilak...

Tip Kecemerlangan Dari Al-Quran

NABI MUHAMMAD - PERANCANG YANG STATEGIS Dalam surah Yusof ayat 47-49, Allah berfirman, "Yusof berkata, 'Hendaklah kamu bertanam selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan dan ketika itu mereka memerah anggur'." Ayat ini menekankan tentang perancangan yang strategik. Mereka yang gagal untuk merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal. Nabi sentiasa mementingkan perancangan yang rapi sebelum melaksanakan tugas-tugas penting. Sebagai contoh, sebelum berlakunya Hijrah dan penegakan negara Islam di Madinah, perancangan yang mantap telah dilakukan oleh nabi di Mekah. Ketika itu, baginda mengubah strategi dakwah dengan menyampaikan risal...

amal jamaie

Image
MUQADIMAH Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah. Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt: Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104) HUKUM AMAL JAMAIE’ Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh. 1. Al-Qur’an Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu...

Mentafsir al-Quran - Syarat dan adabnya

ISLAM merupakan agama Ilahi berpandukan kepada wahyu al-Quran. Ia adalah petunjuk hidayah dalam lautannya, tinggi fahamannya, dan tidak sampai kepada kefahamannya kecuali yang benar-benar berkecimpung dalam banyak ilmu. Di samping itu bermuamalat kepada Allah dengan penuh ketaqwaan dalam keadaan sir dan terang-terangan, terutamanya ketika dalam banyak perkara syubhat, lataif dan hakikat yang tidak difahami kecuali sesiapa yang diberikan kurniaan Allah. Al-Quran ialah kitab suci Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril, mengandungi 114 surah daripada al-Fatihah hingga al-Nas. Antara keistimewaan al-Quran ialah merupakan kitab Ilahi yang terpelihara, mukjizat, berisi penerangan dan mudah, kitab agama yang benar semuanya, sepanjang masa dan kitab insaniyah semuanya. Hal ini telah dinyatakan oleh Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Bagaimana Kita Berinteraksi Dengan Al-Quran, halaman 17-70. Antara matlamat-matlamat al-Quran al-Karim seperti kata al...

'Kami telah beriman' hanya kenyataan berpura-pura

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI SYEIKH as-Sya'rawi berkata dalam tafsirnya: ''Allah mengurniakan kepada kita di sini hikmat sebagaimana yang diriwayatkannya berkenaan kisah Bani Israel kerana mereka memainkan peranan penting bersama umat Islam di kota Madinah, kemudian di Baitul Maqdis dan seterusnya di Masjid al-Aqsa. "Allah menggambarkan kepada kita bahawa mereka menyebabkan nabi mereka berasa penat, di samping derhaka kepada Tuhan mereka. Mereka bertindak biadab; nikmat dibalas dengan maksiat dan rahmat dibalas dengan ingkar. Kalau beginilah sikap dan pendirian mereka, wahai Muhammad, terhadap Allah dan nabi mereka, justeru jangan sekali-kali kamu begitu berkeinginan supaya mereka beriman dan memeluk Islam. Ini kerana di sisi mereka ada Taurat yang menyeru mereka supaya beriman kepada Muhammad, sedangkan mereka enggan.'' "SESUDAH KAMU - WAHAI MUHAMMAD DAN PENGIKUT-PENGIKUTMU - MENGETAHUI TENTANG KERASNYA HATI ORANG-ORANG YAHUDI ITU) MAKA BOLEHKAH KAM...