amal jamaie


MUQADIMAH

Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah.

Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)

HUKUM AMAL JAMAIE’

Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh.

1. Al-Qur’an

Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:

Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata, dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 10 8)

Firmannya lagi di dalam al-Qur’an:

Maksudnya:
“Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)

2. As-Sunnah

Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut:

Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang ramai serta menghadiri masjid”

Sabdanya lagi:

Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka”

3. Kaedah usul Fiqh

Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:

Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib”

PENGERTIAN AMAL JAMAIE

Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.

Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam pengertian tersebut iaitu:

1. Amal yang diputuskan oleh jamaah.
2. Jamaah yang munazzamah (teratur).
3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.
4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.

1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH

Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandate oleh jamaah untuk membuat sesuatu keputusan.

Sebahagian daripada amal jamaah diperingkat luaran ialah seperti menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan (demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.

Syarat-syarat Amal Jamaie

a) Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.

b) Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana rukhsah.

c) Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah.

d) Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah bkepada Allah, berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.

2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.

Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:

a) Baiah
Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.

b) Imarah
Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.

c) Ta’at
Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.

d) Musyawarah
Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

3. MANHAJ

Manhaj ialah methodology atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:

a) Al-Qur’an
b) Sunnah Rasulullah
c) Sirah para sahabat.
d) Pendapat fuqaha’.
e) pengalaman para duat.

Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:
a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.
b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.
c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.
d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.
e. Hazar dan waspada.

4. MATLAMAT

Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga kea rah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan Uluhiyyah Allah dengan mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya.

PENUTUP.

Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan apabila mencburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan dan bukan hanya bahan perbincangan intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kursus

Comments

Popular posts from this blog

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA