Posts

Showing posts from May, 2010

langkah-langkah menghadapi peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran. 2. Melakukan ulangkaji bagi semua topik. 3. Tidur yang mencukupi. 4. Menjaga kesihatan diri. 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. 6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat . 7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas. 8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh. 9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak. 10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai. 12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan. 13. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar. 14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. 15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan. 16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperik...

10 Petua Menghadapi Peperiksaan

sebab lusa da nak menghadapi peperiksaan,jadi saya pu mencari2 petua2 untuk menghadapi peperiksaan....cari punye cari...jumpe ni...huhu...syukran kepada tuan blog ..saya copy ye.. Jangan panik Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek) Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan. Banyakkan pembelajaran secara output learning Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali k...

'rahsia@bola hitam putih

Image
Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je. Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagi tau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?" "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola ...

patutla....

Image
beberapa hari yang lalu...berjalan2 ke HSBC abbas untuk mengeluarkan duit buat bekalan perbelanjaanku.... setibanya ku disana,........ argghhh....sungguh mengecewakan...... (pakai window xp tu) ku langkahkan kaki ku terus pulang ke rumah....huhu

kata2 untuk hatiku....(penguat semangat)

Image
Kerja dakwah ni kita tau mmg bnyak ujian dan rintangan. Banyak duri dan ranjau.. Berada di atas jalan perjuangan menegakkan agama Allah adalah satu urusan perniagaan yg tidak akan merugikan biarpun sukar. Kita sbnrnya berurus niaga/ berjual beli dgn Allah. Kita akan sentiasa untung, kecuali yg tercicir. Janji Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).( As-saff 61 : 10,11) Sedih diuji? Biasalah.. Sedangkan Rasulullah SAW diuji, kita yang lemah ni lagi la. Tapi ingatlah... Firman Allah lagi: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), ...

Dai'e

Jiwa daei itu jiwa memberi.. Terdorong kasih pada yang mencari.. Belas ihsan menjadi intipati.. Satu perjalanan menuju redha Ilahi.. Jiwa daei itu jiwa memberi.. Ke sana ke mari, tetap kental berbakti.. Tak kenal lelah menabur budi.. Menerus usaha para Nabi.. Jiwa daei itu jiwa memberi.. Terkadang dipulau, terkadang dibenci.. Sungguh, medan ini penuh liku dan duri.. Sudah resam perjuangan suci.. Jiwa daei itu jiwa memberi.. Terus berusaha walau termakan diri.. Namun satu ketika perlu berhenti.. Mengambil nafas, MUHASABAH DIRI.. Apa guna badan yang lemah.. Kusut fikiran mendatang masalah.. Kita perlu badan yang gagah, minda yang bercambah.. Sumber kekuatan kegemilangan ummah! Sungguh, tiada noktah dalam perjuangan.. Daei itu, harus terus kuat pada pegangan.. Kerana masa yang benar untuk penamatan.. Adalah di kala janji Tuhan datang bertamu, Putus nafas dari helaan.

Millatfacebook cabar Facebook

Image
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli. “Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ket...

PMRAM dan Akta Pertubuhan 1966

Salam Bai’ah, PMRAM selamanya tidak boleh dinafikan hak kewujudannya oleh kerajaan Malaysia, malah tidak boleh langsung mengambil sebarang tindakan yang berkait dengan undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan. Hujah saya adalah hal yang berkait dengan AKTA PERTUBUHAN 1966 (AKTA 335). Di bawah akta ini, iaitu kuasa menteri (menteri yang berkuasa dengan akta ini) adalah boleh membatalkan mana-mana pertubuhan yang dianggap telah menyalahi undang-undang Negara. Seksyen 5(1); iaitu yang berbunyi, 5.Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. (1) maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budibicaranya yang muthlak, dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan, cawangan atau peingkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya, adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenterama...

Mahasiswa v.s AUKU

Salam Bai’ah, 4 mahasiswa UKM ditahan di bawah akta AUKU kerana telah membabitkan diri dalam politik ketika mana PRK di Sibu baru-baru ini. Anda adalah mahasiswa, anda berhak atas hak anda di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan menyebut; BAHAGIA 8. PILIHANRAYA Perkara 119. Kelayakan pemilih-pemilih. (1) Tiap-tiap warganegara yang- (a) Telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan; Adalah berhak mengundi dalam bahagian pilihanraya itu dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri… Saya berpendapat, Adakah dikira dengan umur 21 tahun maka tugas anda hanya perlu pergi mengundi, tidakkah mengundi itu secara tidak langsung adalah pembabitan anda ke dalam politik Negara ? Pada hemat saya, Jika anda telah mencapai umur 21 tahun sepertimana di dalam kad pengenalan anda, maka perkara 119 tersebut telah mengiktiraf anda bahawasanya anda adalah diterima untuk terlibat di dalam pembabitan politik negara. Baru-baru ini berlaku kes 4 orang mahasiswa UKM ya...

7 Langkah Mencapai Matlamat

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda inginkan. Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut: 1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan. Bagaimana menyemarakkan keinginan anda? Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda ter...

Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Pengertian Mengulangkaji Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru. BAGAIMANA MENGULANGKAJI? Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah: Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan den...

pelajar cemerlang

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Amanah Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. Bijak Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melak...

kisah cinta

Image
Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang dit...

HTC Touch Pro....

Image
telah diuji..sangat best dan memuaskan hati... Processor Qualcomm® MSM7201A™ 528 MHz Operating System Windows Mobile® 6.1 Professional Memory ROM: 512 MB RAM: 288MB Dimensions 102 mm (L) X 51 mm (W) X 18.05 mm (T) Weight 165 g (with battery) Display 2.8-inch TFT-LCD flat touch-sensitive screen with VGA resolution Network HSPA/WCDMA: Europe/Asia: 900/2100 MHz Up to 2 Mbps up-link and 7.2 Mbps down-link speeds Quad-band GSM/GPRS/EDGE: Europe/Asia: 850/900/1800/1900 MHz (Band frequency and data speed are operator dependent.) Device Control TouchFLO™ 3D Touch-sensitive navigation control Keyboard Slide-out 5-row QWERTY keyboard GPS Internal GPS antenna Connectivity Bluetooth® 2.0 with EDR Wi-Fi®: IEEE 802.11 b/g HTC ExtUSB™ (11-pin mini-USB 2.0, audio jack, and TV Out* in one) Camera Main camera: 3.2 megapixel color camera with auto focus and flash light Second camera: VGA CMOS color camera Audio Built-in microphone, speaker and FM radio with RDS Ring tone supported formats: MP3, AAC, AAC+...

Aku mahu berterus terang

BUAT RENUNGAN BERSAMA "Aku mahu berterus terang kepada kamu dengan tegas. Tiada sebarang manfaat bagi kita kecuali dengan berterus terang. Medan bercakap bukanlah seperti medan berkhayal. Medan bekerja bukanlah seperti medan bercakap. Medan berjihad bukanlah seperti medan bekerja dan medan berjihad yang benar bukanlah seperti medan berjihad yang salah.. Banyak orang mudah berkhayal, tetapi tidak semua khayalan yang terlintas dalam fikiran itu mampu digambarkan dengan perkataan. Banyak orang mampu bercakap tetapi sedikit sahaja yang bertahan ketika melaksanakannya. Banyak kalangan yang sedikit itu mampu bekerja tetapi sedikit sahaja yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan memerlukan kerja keras. Mereka itulah angkatan mujahidin yang terpilih dan penyokong yang kecil bilangannya. Pun begitu mereka boleh jadi tersalah dan tidak sampai kepada tujuan sekiranya tidak dengan pertolongan daripada Allah s.w.t. Persiapkanlah dirinu. Hadapilah dia dengan tarbiyah yang sohih dan ujian...

MATA LELAKI VS ANGGOTA WANITA

ni saya copy je...sebab isi cerita die leh tahan.... بسم الله الرحمن الرحيم Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang per...

Judi Itu Haram

salam,saya nak mengkedepankan link dalam shoutbox ke sini terus.... blog yang hidup kembali..... post ni dari blog Us Humair ....selamat membaca Allah Ta’ala berfirman, mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tilikan nasib menggunakan anak panah hanyalah najis (keji dan kotor) daripada perbuatan syaitan (yang menjadikannya menarik pada pandangan manusia), maka jauhilah ia agar kamu berjaya. Sebenarnya syaitan itu hanya ingin menimbulkan permusuhan dan kebencian dalam kalangan kamu dengan sebab arak dan judi serta menghalang kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu, adakah kamu mahu berhenti?! [Surah al-Maidah: 90-91] Daripada ayat di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan yang membuktikan pengharaman judi iaitu:- [1] Allah Ta’ala meletakkan judi sebaris dengan perkara-perkara yang dipandang keji iaitu arak, pemujaan berhala dan tilikan nasib. Di antara perkara yang disenaraikan di sini, pemujaan berhala a...

Didikan Tuhan..

BERBAGAI cara Allah mendidik dan menginsafkan manusia Merayu, memujuk, mengumpan, menakutkan,melihatkan kekuasaan Memperlihatkan kebesaran,menceritakan kesudahan orang yang baik dan jahat Semua bentuk pendidikan ini untuk menarik perhatian manusia Agar terpujuk kepada Allah yang Maha Esa Namun manusia degil juga Perhatiannya tiada Ada mata dipejamkan,ada telinga dipekakkan,ada akal tidak difikirkan Ada hati tidak ada perhatian Seolah-olah manusia tidak ada mata,tidak ada telinga, tidak ada akal,tidak ada hati Nafsu sahaja yang dibelainya Bertindaklah nafsu sesuka hatinya Manusia telah menjadi tawanan nafsunya Marilah segera kepada-Ku, kata Tuhan Manusia buat-buat tidak dengar aja Syurga-Ku indah,nikmatnya belum pernah mata melihat Belum pernah telinga mendengar Manusia tidak peduli, adakalanya jadi bahan perli Neraka-Ku dahsyat, hebat untuk orang jahat Manusia tidak rasa apa-apa, biasa sahaja Engkau tidak lihatkah Bagaimana langit, bumi, gunung, haiwan,sungai, lautan Aku cipta?! Manusi...

PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH

Image
PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Surah al-Kahfi 18: 13) Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan kondisi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk. Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah kondisi suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral ...

Wahai pemuda!

Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dalam merealisasikannya, dan kesiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karekter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.

wanita idaman.........

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah : 1. Bertakwa. 2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk. 3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu. 4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya. 5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya. 6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata. 7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat. 8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangg...

RINTANGAN KEDUA: ORANG MUNAFIQ YANG BENCI KEPADANYA:

Halangan kedua yang dihadapi oleh para da’ei Muslim ialah kebencian dan tipu-daya golongan munafiqun. Orang-orang yang munafiq memang ada di mana-mana dan dalam zaman apa pun sepanjang sejarah tidak sunyi dan kewujudan mereka. Ini adalah kerana motif dan karenah kemunculan golongan ini memang ada dan mungkin wujud bila-bila masa. Ada yang menjadi munafiq didorong oleh pertimbangan untuk merangkul kepentingan duniawi. Kadang-kadang ia berselindung di sebalik taqwa dan agama untuk sampai kepada tujuannya. Ada yang menjadi Munafiq dengan tujuan mencetuskan krisis, melaga-laga dan memecahbelahkan barisan umat Islam. Ada yang berbuat demikian kerana niat jahatnya sendiri. Ada pula yang mendapat arahan dan orang lain. Mereka pun meresapi jamaah untuk tujuan-tujuan tadi. Terdapat juga golongan yang sifat Munafiq telah mendarah daging dalam dirinya hingga sukar untuk melepaskan diri dari sifat ini. Ada yang menjadi haipokrit untuk berkuasa atau melepaskan diri dan penindasan penguasa. Dengan s...