Saturday, April 24

Air yang tidak Membasahkan

Pasti ada yang tidak percaya apabila disebutkan bahawa terdapat air yang tidak membasahkan. Cairan ini bernama Novec 1230, berfungsi untuk memadamkan kebakaran. Masih tidak percaya..googlekan sahaja Novec 1230. Banyak laman yang akan menerangkan kepada anda tentang cecair ini.
Ikatan kimia Novec 1230

Novec 1230 ini sama sekali tidak mengandungi kesan buruk kepada manusia. Sekiranya ada barang elektrik dan elektronik (PC, laptop, hp) di atas meja kita terbakar, curahkan saja cecair Novec ini ke atas meja dan pastinya ia tidak memburukkan lagi keadaan.

P/s Kalau minum air ni tak basah la tekak kita kan?

Satu Gesaan…

Hari demi hari berlalu seperti biasa di Mesir ini, sebagai seorang pelajar, kita meneruskan agenda kita sebagai pelajar…
Bangun pagi-pagi , mengabdikan diri kepada Ilahi…
Terus bersiap-siap untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang yang bernama pelajar….
Hari demi hari berlalu , sudah beberapa tahun kita di sini , boleh dikatakan setiap masa telinga ini dihidangkan dengan masalah-masalah yang berlaku,antaranya masalah sosial pelajar-pelajar kita sendiri,tak kira pelajar jurusan agama mahupun perubatan…perlbagai cara dan jalan telah digunakan tetapi masih ramai yang tak ambil endah….
Macam-macam kisah disajikan..tapi…..
Sejak akhir-akhir ni,kita dihidangkan pula dengan salah laku terhadap akhwat-akhwat kita,pelbagai kes kita dengar…sungguh menakutkan,sadis,gerun,kesian dan macam-macam lagi…
Kesian sahabat-sahabat kita dikalangan akhwat,kaum mereka menjadi mangsa…
Tapi masih ada dikalangan akhwat kita samada dikalangan pelajar agama mahupun perubatan masih tidak mengambil endah tentang perkara yang amat membimbangkan ini.Sungguh menyedihkan,ada juga orang yang tidak memikirkan perkara yang boleh membahayakan diri sendiri…pelik..memang akhir zaman…

*peringatan untuk bersama :
kepada para akhwat yang menghargai dan menyayangi diri,diharap supaya tidak keluar dari rumah selepas waktu maghrib kalau xde hal yang mustahak,kalau kat Malaysia pun mak ayah tak benarkan anak-anaknya keluar malam kerana risaukan keselamatan,apetah lagi diluar Negara ini,seharusnya kita lebih menjaga diri…..
Dan kepada ikhwah , diharap agar dapat membantu akhwat dari segi bantuan sebagai “musyrif”.bantulah mereka,meraka ibarat adik-beradik kita disini,sanggup ke kita tengok adik-beradik kita berada dalam keadaan tidak selamat..pastinya tidak..jadi bantulah mereka….

*kepada pihak-pihak kerajaan yang berada di Mesir….
‘Saya tidak tahu ape tugas kalian di Mesir selain menandatangani surat akuan atau tandatangan pelbagai surat-surat yang lain,Jadi,sebagai orang yang ditaklifkan oleh kerajaan seharusnya kalian mengambil peranan dalam membantu mahasiswa/wi disini,Gunakanlah jawatan serta tugas kalian ditempat yang sebenar…Sepatutnya kalian yang terlebih dahulu bangkit dalam masalah sosial dan masalah yang bersangkut paut dengan keselamatan pelajar….
Entahlah,dah berapa tahun kat sini,xnampak pun satu tindakan kalian yang membantu pelajar….
Marilah kita bersam bergandingan dalam membenteras gejala sosial pelajar Malaysia di Mesir,dan sama –sam mempastikan keselamatan mahasiswa/wi di Mesir ini…FIKIRKAN DAN AMBIL TINDAKAN BERSAMA....

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN….

Roslizan Bin Mohd Yusof
Bilik 3A.
Rumah Negeri Sembilan Kaherah

solehah nye~~


“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tahmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

---------------------------------------------------------------------------------
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

------------------------------------------------------------------------------------

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!



ini ana copy dari blog sahabat...SHAHIR....
sebab die nak kongsi citer yang die bace,ana bace pun macam best je...jadi kongsikan gak.....

Sumber :
http://tramcocairo.blogspot.com/2010/04/solehah-nye.


--->>pesanan dari shahir
http://tramcocairo.blogspot.com/2010/04/solehah-nye.

p/s: assalamualaikum..pakcik tak reti menulis cerpen..ini adelah copy paste daripade sebuah blog cerpen..pakcik minat pulak dengan cerite nye..jadi pakcik share la ngn kawan2..
terime kasih kat penukil cerpen nih....pakcik nak kawen 1,2,3,4..hahai,

----------

ana pulak nak pesan...bace2 novel...jangan lupe habiskan buku kuliah...peksa nak hampir ni....

Lelaki mati terjatuh apartmen



GOMBAK – Gara-gara takut dicekup pihak berkuasa kerana dipercayai berkhalwat, seorang pelajar lelaki sebuah kolej komuniti nekad melarikan diri dengan keluar melalui tingkap di tingkat lima, Apartmen Jelutong di Selayang Heights di sini awal pagi semalam.

Bagaimanapun tindakan pemuda berusia 21 tahun itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.


LONGKANG tempat mangsa terjatuh.

Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 pagi itu disedari oleh ahli jawatankuasa masjid berdekatan yang pergi ke rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan berhubung satu pasangan bukan muhrim yang bersekedudukan.

Sebaik sampai di depan rumah, salah seorang daripada lima ahli jawatankuasa masjid yang mendapat tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu mengetuk pintu yang pada awalnya tidak dibuka.


ANAK panah menunjukkan tempat mangsa terjatuh dari tingkat lima di Gombak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, setelah beberapa minit menunggu, salah seorang daripada mereka dikejutkan dengan bunyi objek terjatuh sebelum seorang wanita membuka pintu rumah.

“Pihak berkuasa itu kemudian memperkenalkan diri mereka dan menunjukkan kad kuasa untuk melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, salah seorang daripada mereka melihat terdapat satu tingkap dalam keadaan terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Rosly, sebaik melihat ke bawah, kakitangan tersebut terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan terperosok di dalam longkang.

Oleh ATIKAH DALI
*sumber :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Friday, April 23

Abdullah Bin Mas’ud R.A.

Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib bin al-Huzali, Abu Abd. Al-Rahman.Ibunya ialah Ummu Abdillah daripada qabilah Huzali juga.Beliau merupakan golongan yang mula-mula masuk Islam.Diriwayatkan bahawa beliau orang yang keenam memeluk Islam.Antara manaqibnya ialah beliau orang yang pertama menyaringkan bacaan Al-Quran di Makkah di hadapan orang kafir.Berhijrah ke Kota Habsyah kemudian ke Madinah, menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W. iaitu Badar, Bai’ah al-Ridhuan dan semua peperangan.

Seterusnya menyertai peperangan Yarmuk selepas kewafatan Rasulullah.Beliau dimuliakan dan dikasihi oleh Rasulullah S.A.W.Pernah berkhidmat sebagai khadam Rasulullah S.A.W. dengan penuh amanah.Memegang banyak rahsia Rasulullah S.A.W.Menjadi teman Rasulullah S.A.W. dalam musafir.Beliau diizinkan masuk bertemu Rasulullah pada sepanjang masa dan membawa siwak, sepatu dan air untuk Rasulullah S.A.W.Termasuk di kalangan ulama sahabat yang besar dan menghafaz Al-Quran.Rasulullah S.A.W. pernah berkata padanya;

( إنك غلام معلم )

“ Sesungguhnya kamu seorang budak yang layak menjadi guru”

Umar R.A. berkata; “Bekas yang dipenuhi dengan ilmu.”Beliau meriwayatkan sebanyak 848 hadis.Umar R.A. melantiknya menjadi Gabenor di Kufah dan penguasa Baitulmal.Kembali ke Kota Madinah pada zaman pemerintahan Uthman R.A.Meninggal pada tahun 32 Hijrah atau selepasnya ketika berusia 60 tahun di Kota Madinah.Wallahu ‘Alam.

UCAPAN DASAR YDP LEMBAH PANTAI SEMPENA MESYUARAT AGUNG PAS KALI KE -22/2010

Terima kasih akhi pengerusi majlis merangkap Ketua DPP LP, Yang Berhormat Dr. Hj. Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, Yang Berhormat Pn. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ybhg. Dr. Ust. Hj. Azhar Yaakob, Tim. PJ PAS WP merangkap mantan YDP Lem Pantai, Tn. Hj. Nik Hamdan dan Tn. Hj. Sulaiman Bujang merangkap mantan2 YDP Lem Pantai, pemerhati daripada PAS WP, Tn. Hj. Osman selaku tuan rumah, seluruh AJK PAS Lem Pantai, para perwakilan drp. dewan2, caw2, Unit Amal, Amal Nisa’, guru-guru PASTI dan seterusnya para pemerhati sekalian.





Assalamualaikum wrh.

Segala puji dan syukur kita rafakkan kpd Allah (s.w.t) di atas rahmat dan kasih sygNya yang membuka ruang kepada keberadaan kita di dalam majlis ini pd hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad (s.a.w) yg menjadi cth teladan kpd kita di dalam setiap gerak dan langkah kehidupan terutama di dlm urusan perjuangan dan jihad. Juga ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat, pejuang2 agama Allah (s.w.t) dan seluruh umat Islam sehingga ke hari pengadilan.

Firman Allah (s.w.t):

“Wahai orang2 yg. beriman, mahukah kamu sekiranya aku tunjukkan kpd kamu satu perniagaan yg dapat menyelamatkan kamu drp azab yg cukup pedih? (bahawa) kamu beriman kpd Allah dan rasul-Nya dan kamu berjihad pada jalan-Nya dgn harta benda kamu dan jiwa raga kamu. Yg. demikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”.

(al-Shaf: 10-11)




Alhamdulillah, pada hari ini PAS Lem Pantai merayakan Mesyuarat Agung Tahunannya buat kali ke 22. Bermakna usia jemaah ini sudah sampai usia muda iaitu 22 tahun. Gerakan Islam PAS LP ini bersama 11 kawasan yang lain bergabung membentuk Jemaah Islam PAS Wilayah Persekutuan.



Muslimin muslimat pejuang kebenaran,



Sebagai sebuah harakah dakwah, Perlembagaan PAS pindaan (1993) menyatakan dalam muqaddimahnya:



“bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MAKRUF WAN NAHYU ANIL MUNGKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)”.



Inilah asas penubuhan PAS yang menjadi mata rantai kepada siri perjuangan Islam sepanjang zaman pada setiap tempat. Bukankah syarat khairal ummah (ummat terbaik) adalah dengan keimanan kepada Allah (s.w.t) dan gerakerja Amar makruf Nahi Mungkar?



Maka falsafah teras ini mesti dihadam oleh setiap ahli gerakan Islam PAS khususnya di LP. Kebersamaan kita dengan PAS LP mesti dilakukan secara sedar, insaf dan faham. Bukannya ikut-ikutan atau main-mainan. Keyakinan kita kepada nilai aqidah serta perkataan Allah (s.w.t) iaitu ( ) menjadi pemangkin kepada perjuangan dan kesetiaan kita kepada jemaah. Janganlah ada sekelumit rasa ragu atau curiga apatah lagi sifat main-mainan dalam diri kita terhadap perjuangan ini. Lupakah kita bahawa perjuangan ini menuntut pengorbanan yang bukan kepalang; wang ringgit dikorbankan, detik kerehatan dilupakan, anak-isteri ditinggal-tinggalkan. Justeru, ia bukan perjuangan main-mainan, bukan juga buat-buatan.



Firman Allah (s.w.t):

“dan hindarilah diri kamu drp orang2 yang menjadikan agama mereka sebagai bahan permainan dan olok-olokan serta mereka dikuasai kehidupan duniawi (semata-mata)” (al-An’am: 70)



Alangkah bertuahnya kita apabila berjaya meletakkan diri di dalam sebuah organisasi dakwah yang tersusun. Dalam situasi AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR semakin dipinggirkan pada masa yang sama tuntutan ke arahnya semakin mendesak. Bukankah hari ini kita berada dalam sebuah masyarakat yang sakit tenat? Masyarakat yang semakin buta agama, jahil iman dan berperasaan seperti Tuhan sudah mati! Lihatlah kepada angka-angka gejala sosial yang begitu menakutkan:



* Jenayah kanak-kanak (bawah 12 thn): 2001 = 1,036. 2005=7,201 (700%)!
* Jenayah remaja: 2007 sebanyak 3,383 kes pelajar di seluruh negara yang terlibat dalam kes rogol, cabul, curi, merusuh, ponteng dsbnya (BH: 18 Mei 2008).
* Bunuh diri: 2000 purata 7 orang satu hari.
* Rasuah: keputusan PBB: 1995: ke 23; 2004: ke 39.
* Anak luar nikah: 2009: 17,303 didaftarkan. 2005-2009, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status bayi tidak sah taraf (Melayu sahaja: 74,723 orang!)
* Arak: kedudukan 10 tertinggi pengambilan arak di dunia Belanja minum arak RM1.75 bilion setahun. Kuantiti pengambilan perkapita setanding eropah. Kedai runcit boleh jual arak tanpa lesen.
* Perceraian: 2007: 131, 086 perkahwinan, 20,259 bercerai! Dalam sehari: 359 kahwin dan 56 bercerai. (Harian Metro: Sumber JAKIM)



Lantaran itu, kita menjadi saksi mata kepala di atas nilai akhlak yang semakin bobrok, iman yang semakin polos. Apakah kita akan berasa selamat daripada tsunami maksiat dan kejahilan yang berlaku secara collateral damage ini? Apakah kita yakin generasi keturunan kita akan mewarisi “negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun? Kerana itulah kita meyakini kembali kepada Islam dan berada di dalam perjuangan Islam adalah jawabannya.



Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,



Sebagai sebuah harakah tarbiyah, PAS LP melaksanakan pelbagai program yang menjurus ke arah pentarbiahan diri ahli jemaah, keluarga seterusnya masyarakat. Program usrah menjadi tulang belakang, tamrin adalah lanjutannya, mukhayyam, liqa’fikri, jaulah tarbawi, hiwar ulama, kuliah2 dan pelbagai rencam warna dan bentuk pentarbiyahan lain telah diatur.



Ahli-ahli diperingatkan dengan tanggungjawab dan kewajiban sebagai ahli PAS. Fasal 14 Perlembagaan PAS di bawah perkara hak-hak dan kewajiban ahli menyatakan:



“kewajiban ahli antaranya ialah menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan. Juga kewajiban ahli adalah memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam”



Agaknya inilah rahsia PAS boleh bertahan dgn kelebihan 1 kerusi yang menang hanya dengan 2 undi sahaja di DUN Kemuning, Kelantan pada tahun 2004 yang lalu. Demikian juga pada ketika rakan-rakan dalam PR berhadapan dengan ancaman lompat melompat, PAS aman daripadanya.



Muslimin muslimat ahli gerakan Islam sekalian,



Sebagai sebuah harakah siasah pula, PAS LP telah, sedang dan akan sentiasa melakukan gerakerja-gerakerja politik secara berterusan.Usaha menambahramaikan ahli, urusan daftar pemilih, gerakerja pemutihan ahli, ceramah-ceramah kesedaran politik dengan penjelasan isu-isu semasa dan terkini dalam dan luar negara sentiasa dilaksanakan. Hubungan dengan rakan dalam PR terutama pihak YB Puan Nurul Izzah sentiasa diperkemaskan. Malah tidak keterlaluan diakui PAS LP satu-satunya kawasan di WP yang mempunyai hubungan “kawan tapi mesra” dengan rakan PR yang lain. Dalam persoalan ini Unit Amal terlalu berperanan sebagai duta dan penghubung silaturrahim. Tahniah kepada mereka.



Demikian juga halangan dengan non muslim dirobohkan menerusi dasar pintu terbuka PAS LP. Kami menyertai forum anjuran pihak YB LP yang bertajuk “Is PR sustainable?” yang membuka kefahaman non muslim bahawa kumpulan yang lebih dikenali sebagai “the group of pious men” ini tidak ada apa-apa masalah dengan non muslim. Kami juga menjadi penganjur bersama program Citrawarna 3 budaya (Islam, Cina dan India). Kami juga mengadakan edaran buah limau, “greeting card”, akhbar-akhbar HARAKAH dan masuk ke dalam pasar serta restoran orang-orang Cina di Bangsar. Blog kawasan LP pula dilancarkan sebagai medium utama memasarkan PAS LP kepada masyarakat.



Sekali lagi syukur kita yang berada dalam sebuah harakah siasah yang berjuang menerusi politik atau siasah untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia ini. Sirah Nabawiyyah mengajar kepada kita bahawa dakwah menerusi sistem bernegara ini adalah kemuncak dakwah. Dakwah fardiyyah tidak akan kemana-mana jika sistem negara tidak dirubah kepada sistem Islam. Teringat pula kepada kata-kata TG Nik Abdul Aziz pada hari-hari pertama beliau dinobatkan sebagai MB Kelantan:



“ Dulu waktu ambo ngaja, arok tu hare, ore pakat dok dengar jah. Takdok tindake, Tapi loni, bilo ambo royak arok tu hare dan najih, ore2 kerajae berlari2 ambik tindake…”



Muslimin muslimat rakan perjuangan Islam,



Marilah kita merapatkan barisan, menyatukan hati dan membulatkan tekad untuk mendokong harakah dakwah, harakah tarbiyah dan harakah siasah ini. Hari ini PAS LP menghadapi serangan musuh yang bertali arus, yang semakin tajam dan menggila. Raja Nong Chik yang berpengkalan di LP begitu ghairah menggunakan segala kelengkapan perang kerajaan pusat dan menyasarkannya kepada kawasan LP. Saban masa dan ketika kita melihat program memperbodohkan rakyat yang silih berganti di kawasan kita. Benarlah kata-kata YB Tian Chua, ahli Parlimen Batu bahawa LP dan Batu adalah 2 kawasan sasaran utama kerajaan BN.



Oleh itu, kita tidak mempunyai banyak masa dan pilihan. Marilah bersama PAS kawasan LP menyusun strategi, mempertajamkan kelengkapan dan mengatur perancangan menjelang PRU 13 yang semakin hampir ini.



Firman Allah (s.w.t):

“Dan bersiap sedialah dengan segala kelengkapan daripada kuda2 perang yg dapat menggerunkan dgnnya akan musuh2 Allah, musuh2 kamu dan yg lain daripada mereka yg kamu tidak mengetahuinya. Allah yg terlebih mengetahui mereka. Dan segala apa yg kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan kpd kamu sedangkan kamu tidak dizalimi (walaupun sedikit)” (Al-Anfal: 60)





Firman Allah lagi:

“Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kpd Allah, Sesungguhnya Allah amat kasih kpd orang2 yg bertawakkal”. (Ali Imran: 159)



Akhirnya saya mewakili PAS Kawasan Lembah Pantai mengucapkan terima kasih di atas kunjungan semua tetamu kehormat pada pagi ini. Terima kasih juga kepada seluruh sahabat yang terlibat menjayakan pertemuan kita pada hari ini. Segalanya kita serahkan kembali kepada Allah (s.w.t). Hanya Dialah sebaik-baik penilai.



Akhir kata:

Budak-badak main kotak,

Main kotak atas titi,

Terima kasih adik kakak,

Lain masa berjumpa lagi..

Takbir, takbir, takbiiiiiiiir!!!


*SUMBER : http://paslembahpantai.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=119:ucapan-dasar-ydp-lembah-pantai-sempena-mesyuarat-agung-pas-lembah-pantai-kali-ke-222010&catid=1:latest-news

Kronologi Peristiwa Pengerusi DPMT Dengan Pegawai JPMK

Encik Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status Encik Khairi Jalaluddin di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.
Kronologi Peristiwa Yang Berlaku

18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, Encik Khairi Jalaluddin juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan Encik Khairi Jalaluddin. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, Encik Khairi Jalaluddin mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:
Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut. Mungkin Encik Khairi Jalaluddin orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa Encik Khairi Jalaluddin datang ke sini tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan Encik Khairi Jalaluddin seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa Encik Khairi Jalaluddin nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca.Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya Encik Khairi Jalaluddin memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan Encik Khairi Jalaluddin di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.

Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah

*sumber dari : http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=860:kronologi-persitiwa-dpmt-dengan-pegawai-jpmk&catid=3:dpm&Itemid=65

Laut dan Dakwah – Sebuah Refleksi Jiwa

Salam sejahtera dan salam rasa dari hati… Gambar ini gambar pantai, tapi hati ini tergerak nak bercerita tentang laut. Laut yang tena...