coretan yang sedikit

Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat ALLAH yang masih memberi nikmat terbesar kepada kita,memberikan ruang masa dan peluang untuk mengabdikan diri kepadanya.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi tercinta,para sahabat,keluarga dan penjunjung perjuangan Baginda yang mulia.
Alhamdulillah masih mampu menaip dalam ruang lingkup kesihatan yang agak kurang memberangsangkan,berdepan pula dengan berbagai situasi-situasi yang agak menguji diri,ditambah pula dengan kekangan yang pelbagai.
Walau apapun kesyukuran tetap dipanjatkan kerana semua yang berlaku adalah pentarbiyahan dari tuhan buat hambaNya yang agak pelupa memahami akan erti syukur.

Sahabat yang dikasihi sekalian,
dalam kehidupan kita sehari-harian kita tidak dapat lari dari nikmat-nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada kita,bermula dari celiknya mata dari tidur,kita mula bernafas menggunakan udara ciptanNYA.tidak dinafikan kita mengucapkan syukur atas pemberiaanNYA,tapi memadaikah dengan hanya sekadar ungkapan syukur yang bermain dibibir,tanpa pengamatan erti syukur di hati yang akan melahirkan tindakan dan amalan.


Sahabat yang di Rahmati ALLAh,
Allah SWT memerintahkan kita untuk memakmurkan bumi ini berlandaskan syariat dan aturanNYA,dan jika keadaan ini berlangsung,maka bumi ini akan dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH,makhluk-makhluk dimuka bumi ini akan merasai erti kebahagiaan dan keamanan.
lihat zaman kita ini,bolehkah kita dikatakan sebagai orang yang merdeka?dimana kemerdekaan kita?kita dianggap merdeka sekiranya kita dapat memartabatkan Kalimah ALLAH ,dan meletakkan Agama Islam ditempatnya.sekarang kita masih dibelenggu penjajahan,penjajahan dari segi idealogi,dari segi hiburan juga tidak dinafikan,sehingga anak-anak yang melalui era ini lebih memikirkan kehangatan dan tarikan artis berbanding hangatnya azab ALLAH.Medan bersuara juga disekat,sedangkan kita mengetahui bahawa Mahasiswa merupakan satu kelompok masyarakat yang mengkaji dan mempunyai idea-idea yang mampu mengkritik dan membina ke arah yang lebih baik,bukan saja teguran tidak diendahkan malahan diletakkan pelbagai cara untuk menutup terus mulut para pemimpin masa hadapan.Merdekakah kita?

bukannya kita tidak tahu bahawa pemimpin masa hadapan dinilai dengan pemuda/di hari ini,sekiranya tidak diberi peluang untuk mengembangkan idea dan membuat penilaian bahkan mengurung pemikiran mereka untuk melontarkan kritikan terhadap kelemahan dan kesalahan,akan menyebabkan suara-suara kebangkitan ini tertimbus dan terkambus.....


Sahabat yang dikasihi,
kembalilah kepada Islam,ikut dan patuhlah akan suruhan dan larangan ALLAH,terdapat pelbagai hikmah yang akan kita temui,sungguh akal manusia ini terkesan dengan nafsu,kawallah ia agar tidak mempengaruhi diri.kita mahukan jiwa-jiwa yang mempunyai kefahaman dan semangat juang dalam urusan mengembalikan keizzahan Islam.Islam bukan sahaja diperlembagaan,islam bukan sahaja didalam doa pembuka majlis,Islam itu menyeluruh.

Sahabat yang dikasihi,
Dalam kita menyeru kepada Islam,hendaklah kita mentarbiyah diri kita ini dengan ilmu-ilmu islam dan memupuk kefahaman dalam perjuangan islam,memang tidak dinafikan,apabila kita berkehendak dan melakukan kerja-kerja islam ini,kita akan diuji,memang jalan ini jalan yang akan diuji.Nabi MUHAMMAD juga diuji sedangkan Baginda adalah kekasih ALLAH,apatah lagi kita yang belum tentu dipandang oleh ALLAH,sudah tentu kita diuji untuk memperlihatkan akan keteguhan dan kesungguhan kita dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini.Ujian dalam perjuangan seperti adik-beradik,tidak dinamakan perjuangan tanpa ujian,dan ujian adalah penceria di jalan ini.


banyak yang dipelajari dijalan ini,memahami erti sedih,penat jerih,dijalan ini mengenali erti persahabatan,memahami akan ukhwah,dan semakin meng'abdi'kan diri terhadap Tuhan Pencipta,kerana tidak ada pertolongan selainNYA.


888888888888888888888888

pesan buat hati-perjuangan itu bagai sampan dilaut,sentiasa diharung ombak,tiada pertolongan..melainkan pengharapan kepada ALLAH...

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Perjuangan - RASULULLAH SUNGGUH MULIA

نموذج خطة الدرس اليومية لمادة اللغة العربية للصف الأول